For You ^_^

Saturday, July 9, 2011

Tip Blogging Terbaik

Assalamualaikum,
Cik Bunny ingin menyertai satu contest SEO dari 2DAYBLOGGER.COM dan Cik Bunny pilih Tip Blogging Terbaik.

Cik Bunny ingin kongsikan kepada anda mengenai tip blogging terbaik dan merupakan kunci kejayaan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Cik Bunny nak kongsi tip blogging terbaik kat korang pon free je tak payah beli e-book tip blogging terbaik. Buang duit je kan =p

Disini Cik Bunny menyenaraikan tip blogging terbaik yang boleh dikatakan amat berkesan. Berikut adalah tip blogging terbaik yang telah disusun sebagai permulaan hingga pengakhiran di dunia blogging.


Tip Blogging Terbaik 1 : URL Blog mestilah senang diingat
- Perkara yang pertama untuk blogging terbaik ialah pastikan URL Blog atau alamat Blog anda senang diingati dan mudah disebut oleh pembaca.Tak kira nama anda ke tapi jangan guna ejaan yang agak saintifik ,ejaan berbentuk spam dan terlalu panjang kerana sangat TIDAK SESUAI serta agak menyusahkan pengunjung untuk mengeja alamat blog anda. Contohnya:

xdeleonshafiqzntz.blogspot.com
atau
kaulahsegalanyafaizulahmad.blogspot.com

Cuba hafal kedua-dua url blog ni dalam 30 saat. Dah ingat? Next!


Tip Blogging Terbaik 2 : Buat Entri Gempak
- Yang ini agak mencabar sikit sebab nak menghasilkan satu entri menarik memerlukan idea yang hebat. Tajuk entri dan isi kandungan mestilah:
  • Entri yang sesuai serta menarik perhatian pembaca.
  • Buat entri yang popular dan terbaru untuk menaikkan trafik blog dan SEO.
  • Jangan buat ayat yang "gedik" bagi mengelakkan pembaca rasa bengang dengan entri anda. Contohnya: saya pakai baju kurung dan saya sangat cantik tau. Jangan buat macam tu. Ini lebih memalukan jika ade orang komen yang anda tak cantik dan buruk.
  • Elakkan pengunaan short form kerana sukar difahami oleh sesetengah pembaca . Contohnya seperti: bdk, kpg, slh, xde. Jadi, rajin rajinlah buat ayat yang panjang ok.
  • Elakkan buat entri copy paste. Atau senang nak cakap buat entri dari orang lain. Tak salah anda copy entri orang lain tapi haruslah minta kebenaran dari penulis asal, kredit dan backlink. Jika boleh, sekurang - kurangnya kita belajar buat ayat sendiri.
  • Jangan guna font yang sukar dibaca. Sila guna font yang simple seperti Arial, Courier dan lain lain kerana pembaca lebih fokus dengan isi kandungan dari font.
  • Sentiasa berfikiran positif untuk menghasilkan entri yang baik. Bukannya cari publisiti murahan serta kutukan, carutan dan memaki orang. Memangla kita berhak untuk berblogging tapi please take note, kita tidak berhak untuk menjatuhkan maruah orang walaupun musuh. Buat dosa free je. Bak kata Detective Conan, orang yang berfikiran positif setiap masa adalah orang yang berjaya. Cewah, Cik Bunny sentiasa ingat dengan ayat tu.ehmm...
Tip Blogging Terbaik 3 : Blog tidak serabut.
- Ramai blogger menganggap kalau letak banyak widget dan template yang menarik dicop sebagai blog paling canggih. Sebenarnya salah! Kalau boleh,jangan letak autoplay music di blog anda kerana tidak semua pengunjung suka lagu citarasa anda. Cuba bayangkan kalau pengunjung tengah syok dengar lagu, bila masuk blog anda tetiba ade autoplay song,apa pengunjung rasa? Pertama,ini lebih kepada menyakitkan telinga. Kedua,pengunjung dah hilang mood nak baca entri anda. Elakkan letak widget yang mengarut, ade salji salju, lampu kelip2, banyak doodle serta word verification kerana ini lagi memberatkan blog anda. Secara tidak langsung, lagi menyusahkan pengunjung bile loading yang agak lama kerana blog yang berat. Blog biar simple janji entri yang menarik adalah lebih baik dari blog yang cantik tapi entri yang kurang menarik.


Tip Blogging Terbaik 4 : Promosi Blog
- sebelum kita beralih ke tip blogging terbaik 4 ,pastikan tip blogging terbaik no 1 hingga 3 setel terlebih dahulu.
Cara Cik Bunny promosi blog adalah dengan rajin blogwalking atau tinggalkan jejak di shoutbox, komen,rajin join mana2 segmen terutama dari abang ben serta ping entri ke Facebook page/group blogger.


statik untuk seminggu. Klik banner untuk tumbesaran. Medium utama adalah Facebook (594 visitor), shoutmix(600 ke atas) dan dari segmen abang Ben.

Cara promosi blog hendaklah dengan cara kreatif dan mempengaruhi pengunjung singgah ke blog kita. Ramai blogger cakap "I follow you, you follow me" , Cik Bunny sendiri pun tak faham ape tujuan sebenar mereka berblogging. Sedangkan Hanis Zalikha tak de pun buat cam tu.Cik Bunny tahu follower tu memang penting tapi ingat, tak semua follower tu pembaca setia kita.Kalau nak tarik follower ramai, ikut saja tip blogging terbaik di atas dan promosi dengan ayat yang kreatif.Contohnya, "Salam, Cik Bunny singgah sini, jom singgah blog saya,[Link] banyak entri menarik disana. Kita jumpa lagi ya". Ayat panjang macam ni menarik perhatian pengunjung pegi blog kita.Jadi, sekali lagi Cik Bunny nampak "I follow you, you follow me" , dah lama Cik Bunny tak pegi,Bukannya baca entri orang pon! =.=



Akhir kata, Kalau nak jadi blogger yang popular dan berjaya, kita kena ada usaha dan bersabar. Insyallah, Lama kelamaan membuahkan hasil =)

p/s: Bile dah femes, jangan jadi sombong sudah.


pesanan penaja:
Contest SEO Tip Blogging Terbaik ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh2DayBlogger,upprofits,broframestone dan MJ“.

Tag: blogger Terbaik, tip blogger, tip blogging, Tip blogging terbaik
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



23 comments:

  1. Nice tips cik bunny! :)

    Hehe...

    ReplyDelete
  2. wah... tips dari cik bunny... huhu.. nice..:)

    ReplyDelete
  3. ok.tips ni best ,best . hihik.. glad to found this blog :)

    ReplyDelete
  4. thnaks for the tips.,woo.,byknya yg dtg dr benashaari kn.,hehe^^
    nice blog anyway^^

    salam perkenalan dari Alahai~ jemput la ye^^

    ReplyDelete
  5. thanks share tips bloging ni cik bunny.:)

    ReplyDelete
  6. very good tips cik bunny! thankss :)

    ReplyDelete
  7. saya selalu buat benda kat atas tu ==

    ReplyDelete
  8. As salam. Bery informative esp for new blogger like me. Noe baru tahu apa itu BW.

    Regard
    Azie Kitchen
    http://aziejaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. hebat cik bunny ni..mcm2 tips..boleh terpukau dibuatnyer..

    ReplyDelete
  10. Nice tips :) Saya akan cuba ikut tips Cik Bunny :D

    ReplyDelete
  11. Terbaik.Insyallah saya akan guna tips nie..Thanks!

    ReplyDelete
  12. hebat! BW kat sini..t kasih anfo nyer..

    ReplyDelete
  13. hye :) entri yg bgus. .walau entri sya ta brape bgus mcm awk :'( harap dapat singgah ke bl0g sya
    http://akmaleija.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. http://chalotmalots.blogspot.com/
    my news blog :)

    ReplyDelete
  15. will try ikut tips ni. im new blogger here. tak pandai sangat lagi buat entri gempak. huhu

    ReplyDelete