For You ^_^

Friday, November 18, 2011

Hati hati: Tips Post Status Terbaik di Facebook

Salam 1 blogger,


Sejak ramai facebooker LIKE post cik Bunny sebagai blogger pilihan, menambahkan keyakinan cik Bunny untuk terus berblogging. Sebelum itu, Cik Bunny ucapkan ribuan jutaan terima kasih atas sudi menyokong blog cik Bunny yang masih tak seberapa ni. Memandangkan target sebenar berblog ni untuk berkongsi segala luahan kehidupan dan tips2 menarik, hari ni cik Bunny nak kongsikan tips posting status cara baik di Facebook.




Dipetik dari pokok google

Sudah tentu Malaysia catat paling ramai rakyat Malaysia ade facebook. Tapi, segelintir facebooker masih tak tau atau tak ambil berat bukan sahaja keselamatan akaun fb, malah keselamatan wall juga kene diperbaiki (* bajet karangan BM plak =.= ) Dah masuk 3 tahun cik Bunny berdepan dengan facebook. Macam2 bende terjadi sepanjang berfb. Ade yang cakap facebook pembawa masalah la, siap buat anti-facebook lagi. Ade yang cakap facebook jalan penyelesaian dalam sekelip mata. cik Bunny, rilex je...dah puas katakan. Puas sakit kerana facebook. Daripada masalah ni berulang, meh ikot tips ni:


1) Tulis kata kata hikmah atau hadis
- Anggap saja Facebook ni sebagai medium untuk berdakwah. kongsi kata2 hikmah atau hadis yang korang tau. Kalo tak de idea wat ayat2 camni cari je kat kaunseling google. copy pon copy juga, jangan lupa kredit k. Korang kongsi, orang baca, pahala beb... ^_^ Cuba bayangkan kalo facebooker bukan Islam yang baca dan tertarik?

2) Update status aktiviti sihat / kebaikan

- Ibarat sakit sikit pon update jugak, pembaca makin menyampah adela. Alangkah baiknya buat kerja ke arah kebaikan dan sebarkan di wall. Sudah pasti pembaca suka punya! Contohnya, sambil tolong mak buat kerja, cer update status macam ni: "sedang menolong ibu mengemas rumah" dan lepas tu cuba tengok brape orang akan like dan komen status anda...


3) Elakkan update status berbaur makian atau kutuk mengutuk
-Yang ni lagila cari nahas. Walaupon diorang sejahat mana sekalipon, bile dah hilang sabar, cukup setakat ikot tips no.1, tak yah nak ikot macam diorang... jangan syok sangat mengata, mengutuk mahupun mengumpat orang sebab perbuatan ni LAGI TERUK sebenarnya!

4) Jangan update status yang memalukan!

- Kalo stakat period berdarah tak payahlah nak bagitau kat wall.

5) Elakkan update tempat/lokasi korang berada
- Yang ni tak ramai yang tau. Actually pernah kes kecurian sebab dapat maklumat melalui facebook. So, cik Bunny sarankan jangan sekali update wall di mana korang berada dan buat ape. contohnya, "saya dijemput ke majlis makan malam di Dewan Bla bla bla pada 17 nov 2011". Jangan wat camtu! Sape kate pencuri tak de fb ha? Xp

6) Tak perlu tunjuk kuat
- Tak perlu nak update wall semata2 nak tunjuk menunjuk baru beli Iphone dan ntah pape, ingat orang suka ke? Jangan anggap orang tak suka sebab jeles atau dengki tapi orang tak suka sebab MENYAMPAH baca status camni. Dah dapat ape yang diinginkan, kita patut bersyukur, fikir orang lebih susah dari kita. Bukannya riak. kita sama2 makan nasi juga la weh!

7) kongsi mana2 kempen dari syarikat pengiklanan
- Daripada boring tak de idea nak post ape, cer post link churp2, kat wall. sekali klik dapat reward. Biar spam di wall sendiri, jangan spam di wall orang lain sudah =.="
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



5 comments:

  1. skongg semuaa tips kat ats tuu .

    eyra slaluu buat kata2 hikmah yg myedarkan org . tapi kalau tk sedar tktaulahh

    THANKS for the tips cik Bunny !

    ReplyDelete
  2. tapi2.. kdg2 tak perlulah hipokrit sgt kan? eheeee :D

    ReplyDelete
  3. seram pulak bile pk perompak ade FB. huhu.

    ReplyDelete
  4. emm betul lau menunjuk2 gitu la jadinya hehe

    ReplyDelete