For You ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Tips Tingkatkan Follower dan Trafik Blog dengan Berkesan



Dipetik dari atok google

Salam 1 blogger,
huh dah lama cik Bunny tak share tips2 berguna untuk korang. Cik Bunny rasa dah ramai blogger yang share tips ni. Tak kisah tips ni dah lapuk ke yang penting berkongsi perkara yang berguna. Bukan kah berkongsi itu amalan mulia =p

Sudah tentu ramai blogger nak jadi popular dan berjaya seperti cik epal, Ben Ashaari, yuyu dan lain2. Tapi korang pasti tertanya2 macam mane diorang boleh berjaya? Kalau nak jadi macam diorang sudah semestinya memerlukan usaha. Usaha yang macam mane? Ape strategi diorang untuk maju ke depan? Itulah tajuk yang kita cari. Kepada blogger baru mahupon lama, jom tingkatkan follower dan trafik blog cara cik Bunny ^_^

1) Tidak mengamalkan "i follow you, you follow me"



- Bende macam ni selalu terjadi terutamanya blogger baru atau blogger tidak biasa dengan blogging. Contohnya seperti diatas. Sebenarnya cara macam ni adalah cara yang paling salah dan berkemungkinan besar trafik dan follower akan berkurang. Sebab apa? Bile kita follow diorang dan suruh follow balik, diorang akan follow balik tak? Ade yang follow balik dan ada yang follow tapi esok hari unfollow. Diorang follow pon sebab kita paksa diorang follow sedangkan diorang tak baca pon entri kita. Jadi, untuk tarik follower ramai, pastikan buat entri yang menarik so diorang akan follow sebab entri / ikhlas follow dan pada masa yang sama trafik akan meningkat sekiranya kita ade update terbaru. Sebelum itu, cik Bunny nak tanya, Hanis Zalikha merupakan seorang blogger yang mempunyai follower yang paling ramai, tapi dia pernah tak amalkan "i follow u, u follow me"?

2) Sertai Segmen Melibatkan Trafik dan Follower
-Kalo boleh, join mana2 segmen yang dianjurkan oleh blogger dan mungkin penganjur akan listkan link blog korang tujuan mengajak pengunjung2 masuk ke blog korang. Disitulah diorang akan singgah dan baca entri menarik di samping meningkatkan trafik dan follower blog korang. Bile penganjur dah listkan link blog korang jadi...

3) Rajin Blogwalking
- Blogwalking ialah singgah dari blog ke blog yang lain dengan tinggalkan jejak atau link blog melalui shoutbox. Bile ada masa lapang nanti rerajin la blogwalking. Tak perlu sampai tunggu pengunjung lain singgah blog kita betul tak. If korang nak tinggalkan jejak kat blog cik Bunny gi SINI. Insyaallah ada masa cik Bunny jejak blog korang =)

4) Blog tidak berat serta widget tidak mengarut
- Terus terang, bile singgah je blog yang banyak sangat widget serta berat(blog jam) memang nampak sangat tidak bertimbang rasa dengan pengunjung! Jangan anggap kalo letak widget snow ke autoplay lagu ke dicop sebagai blog cantik dan canggih! Bende camni bukan sahaja lappy jam, malah menyukarkan pengunjung baca entri kita. Tengah syok baca entri tetiba keluar lagu entah ape. Potong stim nak baca entri dan takkan singgah blog ni lagi. So,Automatik follower dan trafik berkurangan. Sebab itulah kenapa ramai blogger popular buat blog simple je. Diorang pon reti hormat pengunjung. Boleh dikatakan blogger professional. Ingat, tak semua pengunjung suka lagu kita. Nak letak lagu boleh, tapi secara manual ok. Blog biar simple janji tidak menyusahkan pengunjung!

5) Baca dan Fahami tips blogging
- kalo nak tau macam mane buat entri yang baik, trafik dan follower blog jemput baca Tips Blogging Terbaik. Kalo ade ape2 soalan boleh tanya cik Bunny =)

6) Tempah beriklan di blog
- sekiranya mampu, korang boleh tempah iklan dari mana2 blog yang membuka tempat pengiklanan. Berkemungkinan besar trafik dan follower akan meningkat hasil dari tempahan. Cik Bunny ade buka tapak pengiklanan. Jika berminat klik SINI.

Itu sahaja tips yang ada. Cik Bunny mohon maaf sekiranya ada yang terasa atau menyakitkan selepas baca entri ni. Sharing is caring ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



34 comments:

  1. no. 1 , tu saya sokong :D
    no. 2 , saya baru sekali je sertai :P
    no. 3 , tgk mood , nk bw :P
    no. 4 , x thu la , tgk la blog saya :P
    no. 5 , cara saya berblog , bebas :D
    no. 6 , mls laa :P

    ReplyDelete
  2. nice info cik bunny...saya akan buat panduan la...mcm panduan GPS....hehehhe

    ReplyDelete
  3. nice entri... cik bunny, agak2 blog saya berat x? hehe

    ReplyDelete
  4. memang terbaekkkk aa! hehehe....blog ku berat x?

    ReplyDelete
  5. btol2....ske ape yg cik bunny ni g tau.. ^_^ siap paksa2 yg x ske tu..

    ReplyDelete
  6. blog korang ok ape. tak berat pon ^_^

    ReplyDelete
  7. ding dong..
    singgah komen sini..
    nice entry..
    thanks for sharing this for me :p

    ReplyDelete
  8. soo true!!!blogging biarlah ikhlas..heeehe

    ReplyDelete
  9. yeahh dats true
    nice. nasihat yang best.:)

    ReplyDelete
  10. setuju serba serbi..tak berapa suka bila org suruh follow balik..

    ReplyDelete
  11. Herk akak bunny betul tu fariz sokong...jgn gune konsep i follow u u folo me...fariz lebih suke share entri best2...Alhamdullilah follower meningkat╰☆╮╰☆╮

    ReplyDelete
  12. hoho! No. satu tu waktu mua-2 berblogging selalu .
    jeles derr /

    tp , lama-2 ..
    terpikir gak .
    Untuk apa ramai follower kalau sorang pun takde komen entry melainkan mereka ditag?

    ReplyDelete
  13. skrg ni sebok join mcm² segmen/contest/GA. alhamdulillah. lumayan. ;)

    ReplyDelete
  14. TQ ya. Terharuuuuu... huhu ;)

    ReplyDelete
  15. Btul jgk kata cik bunny ! :) THANKS SHARE:D

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing Cik Bunny!! XD
    nice...

    ReplyDelete
  17. setuju.... hoooo
    lama plak lepak sini.. ok nk kuar mkn dulu.

    ReplyDelete
  18. info bergunaaa..terimakasih cik Bunny... :D :D :D

    ReplyDelete
  19. hikhik, yg first tu pernah buat tapi ngan kawan2 yg kenal lah, dgn blogger tak kenal, tak berani buat. 3rd, I rajin blogwalking tapi jarang tinggalkan jejak -,-' almaklumlah baru lagi. wink2 ;)

    ReplyDelete
  20. Nice info, tq cik bunny...sesuai la dengan blogger yg baru nk aktif cam saya ni...jemput ke blig saya ye kawan2 =)

    ReplyDelete