For You ^_^

Sunday, July 31, 2011

[Bunny Diary] 1 Hari Di Sibu, Sarawak



Salam 1 blogger,
30 Julai 2011 adalah hari yang best bagi Cik Bunny. Awal pagi Cik Bunny & sekeluarga pergi Sibu nak beli baju raya. Huhu dari jauh pergi sana semata-mata nak beli baju raya. Apeka? =.=" Tapi tak pe. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Tengok daun2 dan pokok2 kehijauan dah menjadi tabiat Cik Bunny untuk menghilangkan stress. Bila dah sampai...





Sebelum pergi beli baju raya, kami singgah kedai perabot dan selepas mak saudara Cik Bunny dah wat tempahan, kami dapat freegift pen sebatang sorang ^_^


Nak freegift pen ni? Singgah je Kedai Perabot Jati, Sibu =p


Tengah hari makan kat kedai mamak. kat sana banyak sangat frame gambar bersama artis. Kalo cam ni la kurang selera pelanggan nak makan =.="
Seperti yang ditargetkan, lepas makan terus pergi mall untuk beli baju raya. The best part is, ade sehelai baju yang menarik perhatian Cik Bunny dan sama dengan tema blog Cik Bunny 0_0

Like a cute Bunny, Cik Bunny hari2 cute (Dengan penuh confident perahsantan XD)


Dah abis beli baju,tanpa membuang masa kami terus pulang dan tunggu 3-4 jam untuk sampai ke Bintulu =.= Bila dah sampai, rezeki dah datang. Cik Bunny dan sekeluarga dijemput untuk makan malam di Anjung Selera. Pengalaman yang best bersama saudara dan saudari Cik Bunny~keke.



Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, July 27, 2011

Perkara Yang MESTI ELAK samasa berblog Di Bulan Ramadhan

Salam 1 blogger,
Wah dah ramai tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan, ada plak yang tak sabar nak raya. Puasa pon belum dah mula nak raya =.=" Sekarang, Cik Bunny wat topik ni sebagai persediaan semasa berblogging sepanjang di bulan Ramadhan. Nak berblog bukannya main2, ini lebih kepada berhati hati. Silap2, puasa terbatal lagi susah. Lebih2 lagi kena ganti. Berikut adalah perkara yang mesti elak mesti dijauhi sepanjang berblogging di bulan Ramadhan:

1) MENIPU DALAM FOLLOWING

Situasi A, Kata follow tapi tak follow pon.


Situasi B, Dah Follow, suruh orang follow balik dan akhirnya Unfollow


Gambar kredit oleh: http://fahmijaafar.blogspot.com/

2) Wat entri serta gambar korang tengah makan



Gambar dipetik dari pokok google


3) Header blog atau mana2 gambar yang tidak menutup aurat

- Of course ramai pengunjung kita adalah stranger dan bukan mahram. Ramai blogger komplain pasal header blog Cik Bunny makin simple, tak de gambar dan tak cantik. Bagi Cik Bunny, biar simple janji tiada sebenang aurat disitu. Bukan apa, dikuathiri ibadat kita tidak diterima Allah. So, kalau header korang seperti point ini, lebih baik tukar header sekarang!

4) Link Iklan ( Churp2, says, heartbeat, dll)
, Lain dibuka, lain yang keluar.


Gambar kredit oleh: http://www.ceritamamat.com/

5) Menipu Dalam Chatbox


Contohnya: "saya singgah sini sambil baca entri awak." -padahal just singgah je, tak baca entri pon,huhu

6) Menipu Dalam Komen

- Contohnya entri tutorial daftar Churp2, ramai plak yang komen baru dah daftar, padahal dah lama daftar atau tak daftar langsung pon.

Dan mungkin banyak lagi perkara2 yang perlu dijauhi. Cuma Cik Bunny masih perah otak nak cari point seterusnya *kesian =.=
Bagi Cik Bunny, lebih baik kita wat entri agama dan share kat kawan2. Sama juga kita berdakwah.

Jom terjah blog mereka:
91) http://depalma-sp.blogspot.com
92) http://asmiza-handmadejewelry.blogspot.com
93) http://headayahchul.blogspot.com
94) http://beautiful-twinklingeyes.blogspot.com
95) http://pinklevel.blogspot.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, July 25, 2011

Cik Bunny nak KLIK HEARTBEAT korang

Salam 1 blogger,
Cik Bunny nak klik Heartbeat korang TAPI dengan syarat Klik Heartbeat Cik Bunny dulu dan leave your blog URL here for me to hit you back! So, kita sama2 menjana pendapatan. Baru adil ^_^


Klik my Heartbeat ^_^


PERINGATAN:
1) Cik Bunny tak halalkan sebarang penipuan di sini. So, I'll check my Heartbeat Acc before accepting your comment.

2) Sebarang komen yang tiada kaitan dengan entri Heartbeat akan delete dengan sepenuhnya. HEARTBEAT sahaja...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, July 17, 2011

5 Tips Kurangkan Stress Korang style Cik Bunny

Salam 1 blogger,
Hari ni Cik Bunny nak share tips kurangkan stress dan cik bunny harap tips ini dapat dimanfaatkan untuk korang semua.


1) Muzik & Nyanyi
Muzik memainkan peranan penting untuk menenangkan fikiran. Jadi,dengar lagu2 tenang atau dengar sambil nyanyi,tak kisah lagu lama atau baru dan jangan dengar lagu2 rock sampai tahap gaban kerana makin stress + memeningkan kepala dan lama kelamaan = http://www.kampungfm.com/images/smilies/m040.gif
Kongsi Lagu:



2) Komedi
Hiburkan diri korang dengan baca buku2 komik atau cerita lawak.Ataupun menonton drama / filem komedi atau apa2 program komedi. Elakkan menonton cerita sedih kerana boleh menyentuh perasaan dan pada masa yang sama korang makin stress bila berfikir pasal cerita yang tiada penghujungnya. Brapa banyak ataula =.="
Kongsi Lawak:
  • Video lawak:


  • Senang cerita,pergi Google.com, search "lawak" dan cari sendiri http://www.kampungfm.com/images/smilies/icon_razz.gif



3) Melihat Pemandangan Indah

Gambar ini dipetik dari pokok Google ^_^

Daripada asyik berfikir perkara yang stress, sekali sekala rehatkan mata. Pandanglah objek berwarna hijau atau pemandangan yang indah kerana ini dapat merehatkan mata! Secara tidak langsung mampu mengurangkan stress korang ^_^ Bukannya tengok porn atau gambar lucah. Wat dosa free je kan kan http://www.kampungfm.com/images/smilies/icon_cool.gif

ATAU

Keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang korang rasa agak menyenangkan sambil exercise dan menghirup udara segar. Contohnya di pantai. Tak perlu susah payah keluar duit untuk bercuti sampai ke Hawaii =p Kang makin stress sebab kewangan.

4) Makan Coklat atau aiskrim
Selalunya kita rasa pening kepala kerana stress dan banyak berfikir. Untuk pengetahuan anda, pening kepala juga berpunca dari kurang pengambilan gula. Jadi, Cik Bunny sarankan makan coklat atau aiskrim kerana makanan yang manis mampu mengurangkan kestressan korang.Kalau Cik Bunny rasa pening, kena makan coklat choki choki .~keke

5) Ingat Allah SWT
Tidak dinafikan,bagi yang beragama Islam, tak kira senang atau susah termasuk stress, sentiasa ingat pada Allah SWT, solat & berdoa kepada Allah SWT kerana mampu menenangkan hati dan fikiran.

Apa pendapat korang tentang tips kurangkan stress cara Cik Bunny?


Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, July 16, 2011

Apa Dah Terjadi Dengan Detective Conan?


Gambar dipetik dari atok google

Salam 1 blogger,
Sudah lebih 15 tahun citer Detective Conan dan buat masa ni dah lebih 600 episod ditayangkan (belum tamat lagi).Cerita Detective conan sebenarnya belum ada penyelesaian dari Aoyama (penulis) itu sendiri. Yang lawaknya, dari dulu sampai sekarang si conan masih lagi tak besar besar. Cik Bunny tertanya-tanya bila lah citer ni nak abis?dan sampai bila conan bertahan untuk bongkar rahsianya? Wah, bukan main lagi dia sentiasa bongkar rahsia kes orang lain sedangkan rahsia sendiri yang belum terbongkar. setiap kali cik Bunny tengok citer ni, cik Bunny selalu meneka siapa pembunuh misteri. Ada yang betul dan ada yang salah. saspen woo.

Apa yang pasti, dengar khabar dari peminat DC dari Indonesia, semua ahli2 organisasi hitam berjaya dikalahkan, shinichi kembali ke tubuh semula dan berkahwin dengan ran.... semua cerita yang ada di Detective Conan diceritakan oleh Shinichi Kudo sendiri yang sedang duduk di kerusi santai miliknya serta dikelilingi oleh wartawan dan ditemani oleh isterinya,Ran.

Kenapa Cik Bunny minat Detective Conan?
- jadi matang dan sentiasa berfikiran positif.
- jalan citer ni (part siasat) macam real detective.

Banyak perkara misteri yang masih tergantung. Apa yang Cik Bunny tahu adalah:
- 2 orang ahli organisasi hitam.
- Kaito Kid adalah sepupu Sinichi. (tak pasti)

Persoalan: Bila cerita Detective Conan akan berakhir?

Jom terjah blog mereka:
52) http://solahadi.blogspot.com
53) http://iniceritakulha.blogspot.com
54) http://zieadikchuwetz90.blogspot.com
55) http://pelik-oh-pelik.blogspot.com
56) http://farrahyong.blogspot.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, July 15, 2011

Lelaki yang paling sesuai untuk aku luahkan perasaan?

Salam 1 Blogger,
Jari jemari tak berhenti menaip apa yang dah terjadi pada Cik Bunny. Cik Bunny buat entri ni dah macam entri budak budak. Padahal dah besar panjang.Bukan apa, Semalam mak tanya:
"Kalau kau ade masalah, siapa lelaki atau teman lelaki yang kau nak luahkan?kat facebook ada tak? "
Cik Bunny terkejut dengar soalan mak. 0_0 Selalunya mak ayah lah tempat yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan. kali ni lelaki?kat facebook? Adus, bergetar getar cuba mencari jawapan. Bukan soal kantoi. Dekat 3 tahun berfacebook dan sejak ade fb Cik Bunny pernah terfikir tapi tak pernah cari atau jumpa lelaki yang paling sesuai untuk Cik Bunny luahkan perasaan. Sebab Cik Bunny jenis yang sangat berhati-hati bila duduk berfb atau mana2 akaun media social. Dengan hati yang kembali tenang dan menjawab dengan hati yang sedih :
"Mak tau kan Cik Bunny belum ade teman lelaki so tak ade. Bukan senang nak cari lelaki yang dipercayai kat fb. Lebih2 lagi nak luahkan perasaan. "
Dulu Cik Bunny ade ramai kawan lelaki biasa but most of them are Chinese. =.=" yang tu Cik Bunny akan terangkan di entri seterusnya.
Sebenarnya Cik Bunny sendiri belum pernah alami bila Cik Bunny ada teman lelaki. Pasal cinta dan tips2 bukan main lagi rajin godek sebab nak tau apa yang mereka alami tapi sendiri yang belum ada usaha. Secara tidak langsung Cik Bunny masih single lagi,huhu =.= Dulu pernah gak ade sorang lelaki yang cik Bunny kenal tu nak jadikan cik Bunny teman wanita dia but memandangkan Cik Bunny fokus dengan pelajaran so Cik Bunny buat dia makin benci dengan Cik Bunny. Aish, sampai kesitu plak =.= Good girl Cik Bunny =p

Kesimpulannya, hanya ALLAH SWT yang paling2 sesuai untuk kita luahkan segalanya. Ingatlah Allah ketika susah dan senang =)

Persoalan: Kalau Cik Bunny ada masalah, nak ke korang (lelaki) dengar luahan Cik Bunny? Tup tup Cik Bunny kene marah atau nasihat(rasa diri bagus sangat) ,tu ar makin sedih dibuatnya =(

Jom terjah blog mereka:
47) http://luvnifca.blogspot.com
48) http://sophieisa.blogspot.com
49) http://bila2akurajin.blogspot.com
50) http://amanithecraziest.blogspot.com
51) http://kawaienana.blogspot.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, July 13, 2011

Siapa Kata Banyak Follower Happy?!

Salam 1 blogger,

Sebelum itu, jom baca entri tip blogging terbaik.
Dah larat jari jemari menaip entri. Hakikatnya, Cik Bunny happy ade orang follow TAPI tak de yang nak baca dan komen entri Cik Bunny. Bukan maksud Cik Bunny nak harapkan korang baca dan komen entri. Cik Bunny tak suka paksa memaksa orang buat cam tu. Janji ikhlas sudah. Yang tak ikhlas tu terpulang =.=

Katakan dari entri Tutorial Daftar Churp2, wah bukan main lagi ramai yang kata dah join. Bila tengok balik, 1-2 orang je yang join. Abis tu, yang lain macam mana? Adakah sebab nak harapkan Cik Bunny komen balik entri korang? Bila time bulan puasa, patut ke korang nak buat benda yang sama? Daripada menipu, baik tak payah komen la! Kalau nak komen, biarlah ikhlas. Jangan sampai orang menyampah dengan komen korang sudah. Kalau tak de idea nak komen, cukuplah sekadar baca entri dari A sampai Z. Itu dah dikira bagus bagi Cik Bunny. Kalau ada entri menarik nak dishare, sharelah kat fb cik bunny atau kat mana2 entri Cik Bunny,bukan spam. Brapa banyak kalaula =.=


p/s: First time buat entri "lepas geram". Tak perlu sampai tahap kutuk mengutuk.So, Cik Bunny minta maaf kalau ade sesape yang terasa dengan entri ni.

Jom terjah blog mereka:
37) http://akusukasenyumlah.blogspot.com
38) http://miszshoyy.blogspot.com
39) http://misschubbycheek.blogspot.com
40) http://shaznzcraft.blogspot.com
41) http://ayuinsyirah.blogspot.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, July 12, 2011

Tips Elak Gambar Dicuri


Gambar hiasan dicuri dari atok Google =p



Salam 1 blogger,
Hari ni Cik Bunny dah tukar layout baru. Ala2 kuning oren dan simple dah cukup. Tak perlu tambah banyak widget. Bagi Cik Bunny memang menyusahkan je lebih2 lagi lambat loading. keke

Back to this topic, mengupload gambar adalah perkara biasa dilakukan kat mana2, tak kisah kat photobucket, facebook, myspace dan lain lain. Asalkan ade tempat nak upload gambar. Sedar atau tidak, pernahkah adakah anda terpikir selepas gambar yang anda diupload , orang lain akan tengok gambar anda dan mungkin ada orang lain yang mengambil kesempatan untuk copy paste gambar anda ke file. Walaupun gambar anda sudah delete,gambar yang disimpan oleh orang lain tetap ada kecuali dia delete sendiri =.= Bahaya tuh. Kalau nak secure atau disable right click pun tak de guna jugak sebab pencuri sekarang ni dah semakin bijak.Mereka pun ada cara lain nak dapatkan gambar anda. Cik Bunny dah tahu cuma tak kongsi takut korang pulak yang buat bende yang sama =.= Jika gambar anda dicuri, berkemungkinan besar orang yang yang gunakan gambar tu untuk menyamar dan secara tidak langsung, mereka telah memburukkan nama anda. Faker la tu.

Untuk mengelakkkan gambar anda dicuri:
1) Elakkan mengupload gambar banyak banyak. Semakin banyak gambar anda diupload, semakin banyak peluang keemasan untuk faker menjadi anda supaya orang lain percaya dengan faker.

2) Edit gambar anda dengan watermark. Watermark yang Cik Bunny maksudkan adalah letak link website/blog kat gambar anda. Contohnya seperti gambar dibawah:



nampak tak ade link " http://asiarosehouse.blogspot.com " (sempat pomot plak tu =p )? Jadi, itulah watermark yang Cik Bunny maksudkan.Letak logo skali pun boleh. Cik Bunny nak bagi tip . untuk watermark, make sure link gambar/logo letak kat korang rasa pencuri susah cut gambar anda. Jangan sampai gambar anda kurang cantik sebab watermark terlindung sudah.

So, sebelum gambar anda diupload, pastikan gambar anda sudah diedit dengan watermark ok. Jangan sampai tak buat, macam ni



jangan teka ni gambar siapa. Ni bukan muka cik Bunny and of course ni bukan pakwe Cik Bunny. Juga dipetik dari awek google. =.= Ada rasa nak curi tak gambar dia? muekeke =p

Jom terjah blog mereka:

32) http://wardahalisya.blogspot.com
33) http://farieyna.blogspot.com
34) http://maszull.blogspot.com
35) http://zarathinkingcorner.blogspot.com
36) http://putributterflypunyablog.blogspot.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, July 9, 2011

Tip Blogging Terbaik

Assalamualaikum,
Cik Bunny ingin menyertai satu contest SEO dari 2DAYBLOGGER.COM dan Cik Bunny pilih Tip Blogging Terbaik.

Cik Bunny ingin kongsikan kepada anda mengenai tip blogging terbaik dan merupakan kunci kejayaan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Cik Bunny nak kongsi tip blogging terbaik kat korang pon free je tak payah beli e-book tip blogging terbaik. Buang duit je kan =p

Disini Cik Bunny menyenaraikan tip blogging terbaik yang boleh dikatakan amat berkesan. Berikut adalah tip blogging terbaik yang telah disusun sebagai permulaan hingga pengakhiran di dunia blogging.


Tip Blogging Terbaik 1 : URL Blog mestilah senang diingat
- Perkara yang pertama untuk blogging terbaik ialah pastikan URL Blog atau alamat Blog anda senang diingati dan mudah disebut oleh pembaca.Tak kira nama anda ke tapi jangan guna ejaan yang agak saintifik ,ejaan berbentuk spam dan terlalu panjang kerana sangat TIDAK SESUAI serta agak menyusahkan pengunjung untuk mengeja alamat blog anda. Contohnya:

xdeleonshafiqzntz.blogspot.com
atau
kaulahsegalanyafaizulahmad.blogspot.com

Cuba hafal kedua-dua url blog ni dalam 30 saat. Dah ingat? Next!


Tip Blogging Terbaik 2 : Buat Entri Gempak
- Yang ini agak mencabar sikit sebab nak menghasilkan satu entri menarik memerlukan idea yang hebat. Tajuk entri dan isi kandungan mestilah:
  • Entri yang sesuai serta menarik perhatian pembaca.
  • Buat entri yang popular dan terbaru untuk menaikkan trafik blog dan SEO.
  • Jangan buat ayat yang "gedik" bagi mengelakkan pembaca rasa bengang dengan entri anda. Contohnya: saya pakai baju kurung dan saya sangat cantik tau. Jangan buat macam tu. Ini lebih memalukan jika ade orang komen yang anda tak cantik dan buruk.
  • Elakkan pengunaan short form kerana sukar difahami oleh sesetengah pembaca . Contohnya seperti: bdk, kpg, slh, xde. Jadi, rajin rajinlah buat ayat yang panjang ok.
  • Elakkan buat entri copy paste. Atau senang nak cakap buat entri dari orang lain. Tak salah anda copy entri orang lain tapi haruslah minta kebenaran dari penulis asal, kredit dan backlink. Jika boleh, sekurang - kurangnya kita belajar buat ayat sendiri.
  • Jangan guna font yang sukar dibaca. Sila guna font yang simple seperti Arial, Courier dan lain lain kerana pembaca lebih fokus dengan isi kandungan dari font.
  • Sentiasa berfikiran positif untuk menghasilkan entri yang baik. Bukannya cari publisiti murahan serta kutukan, carutan dan memaki orang. Memangla kita berhak untuk berblogging tapi please take note, kita tidak berhak untuk menjatuhkan maruah orang walaupun musuh. Buat dosa free je. Bak kata Detective Conan, orang yang berfikiran positif setiap masa adalah orang yang berjaya. Cewah, Cik Bunny sentiasa ingat dengan ayat tu.ehmm...
Tip Blogging Terbaik 3 : Blog tidak serabut.
- Ramai blogger menganggap kalau letak banyak widget dan template yang menarik dicop sebagai blog paling canggih. Sebenarnya salah! Kalau boleh,jangan letak autoplay music di blog anda kerana tidak semua pengunjung suka lagu citarasa anda. Cuba bayangkan kalau pengunjung tengah syok dengar lagu, bila masuk blog anda tetiba ade autoplay song,apa pengunjung rasa? Pertama,ini lebih kepada menyakitkan telinga. Kedua,pengunjung dah hilang mood nak baca entri anda. Elakkan letak widget yang mengarut, ade salji salju, lampu kelip2, banyak doodle serta word verification kerana ini lagi memberatkan blog anda. Secara tidak langsung, lagi menyusahkan pengunjung bile loading yang agak lama kerana blog yang berat. Blog biar simple janji entri yang menarik adalah lebih baik dari blog yang cantik tapi entri yang kurang menarik.


Tip Blogging Terbaik 4 : Promosi Blog
- sebelum kita beralih ke tip blogging terbaik 4 ,pastikan tip blogging terbaik no 1 hingga 3 setel terlebih dahulu.
Cara Cik Bunny promosi blog adalah dengan rajin blogwalking atau tinggalkan jejak di shoutbox, komen,rajin join mana2 segmen terutama dari abang ben serta ping entri ke Facebook page/group blogger.


statik untuk seminggu. Klik banner untuk tumbesaran. Medium utama adalah Facebook (594 visitor), shoutmix(600 ke atas) dan dari segmen abang Ben.

Cara promosi blog hendaklah dengan cara kreatif dan mempengaruhi pengunjung singgah ke blog kita. Ramai blogger cakap "I follow you, you follow me" , Cik Bunny sendiri pun tak faham ape tujuan sebenar mereka berblogging. Sedangkan Hanis Zalikha tak de pun buat cam tu.Cik Bunny tahu follower tu memang penting tapi ingat, tak semua follower tu pembaca setia kita.Kalau nak tarik follower ramai, ikut saja tip blogging terbaik di atas dan promosi dengan ayat yang kreatif.Contohnya, "Salam, Cik Bunny singgah sini, jom singgah blog saya,[Link] banyak entri menarik disana. Kita jumpa lagi ya". Ayat panjang macam ni menarik perhatian pengunjung pegi blog kita.Jadi, sekali lagi Cik Bunny nampak "I follow you, you follow me" , dah lama Cik Bunny tak pegi,Bukannya baca entri orang pon! =.=



Akhir kata, Kalau nak jadi blogger yang popular dan berjaya, kita kena ada usaha dan bersabar. Insyallah, Lama kelamaan membuahkan hasil =)

p/s: Bile dah femes, jangan jadi sombong sudah.


pesanan penaja:
Contest SEO Tip Blogging Terbaik ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh2DayBlogger,upprofits,broframestone dan MJ“.

Tag: blogger Terbaik, tip blogger, tip blogging, Tip blogging terbaik
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, July 1, 2011

Tutorial Daftar Chrup Churp


Entri Melekat


Salam,
Hari ni Cik Bunny nak ajar korang cam mane nak menjana pendapatan dengan Churp Churp. Untuk pengetahuan korang, Churp Churp dah kira "adik" kepada Nuffnang. Tak rugi join Churp Churp kerana menambahkan pendapatan sambil berblogging lebih2 lagi daftar free! Sebelum mendaftar, jika korang tidak mempunyai Facebook atau twitter, jangan risau, sekurang kurangnya korang ade mana2 sosial media seperti blog, Friendster, myspace dan lain2.

So jom mulakan.



1) Klik banner burung Churp2 atau klik DAFTAR CHURP CHURP.Daftar seperti biasa. Jangan risau, pendaftaran adalah percuma.



2) Selepas isi pergi ke Dashboard dan akan kuar page macam ni:



3) Apa yang korang perlu buat adalah share kempen. klik share dan gunalah ape cara korang nak share kempen, contohnya share ke fb, twitter dan lain2.

Cik Bunny bagi iklan percuma + review selama seminggu jika mendaftar Churp2 Cik Bunny. Klik sini untuk maklumat lanjut.


DONE! Selamat mendaftar ^_^

Nota kaki: Baca panduan umum terlebih dahulu sebelum berkongsi.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html