For You ^_^

Sunday, October 30, 2011

Buat Kek untuk Hari Jadi Adik Cik Bunny I Entry Bergambar

Salam 1 blogger,
Hujung Bulan October yang istimewa khas untuk adik Cik Bunny yang bernama Nana. Mak pulak selalu buat kek hari jadi kalo mak tak malas. Kadangkala beli kek kalo malas buat =p
Mesti nak tau resipi cara buat kek untuk hari jadi. Tapi sayang cik Bunny tak bagi, just gambar saja. Bukan tak nak tapi sememangnya malu nak bagi sebab hasilnya kek jadi keras je =.="

Gaul gaul dan gaul then bakar, hasilnya seperti dibawah...

Heartbreaking untuk Hari Jadi =.=" kasi cover dengan ising



Siap! sob sob sob... takkan blank je? kasi hias ckit, tabur manik, eh silap. kang tercekik dengan manik skali 0_0

Mula menghias, 15 minit kemudian....




Tara! tu baru dari segi presentation, belum lagi merasa...


Reaksi muka dari Masterchef yang menyambut Hari Jadi. Apa macam, sedap tak?or reject? =p



Dia wish nak jumpa Yoseob from Beast face to face. Dia memang teringin sangat nak jumpa (padahal ramai peminat wat camtu) siap wat air muka skali. Memang kesian kat dia. Oh ya, kebetulan dengar cerita cousin Cik Bunny ade kawan yang skarang dok kat korea tinggal 1 apartment dengan SNSD termasuk Beast. Jangankan sekali jumpa,dah banyak kali jumpa siap amik gambar lagi. Dengan cara ni harap membantu. Dan dengar cerita lagi,secara peribadi Beast sempat wish birthday Nana. biar betul! 0_0 Tapi ingat, jangan pergunakan kawan semata2 ingin jumpa yang tersayang sudah =.="

P/S: Jangan terkejut dan jangan heran sebab mende camni tak mustahil leh terjadi.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, October 28, 2011

Tips Ajak Orang LIKE gambar contest di Facebook

Dipetik dari atok google



Salam 1 blogger,
Contest gambar like terbanyak ni semestinya menjadi kebiasaan di facebook. Segelintir facebooker tak suka plus menyampah bile diajak atau disuruh untuk like gambar fb betul kan? siap kutuk mengutuk sebab menganggu semak notification =.="
Kali ni Cik Bunny nak kongsikan tips cam mane nak ajak rakan2 korang LIKE gambar fb dengan cara yang betul.

1) share gambar untuk like di wall fb anda & rakan
- Bile contest dah start, firstly, apa yang perlu korang buat ialah copy link gambar contest, paste dekat wall fb korang, tulis ayat2 yang korang rasa tarik perhatian rakan2 dan klik share. Jangan share kat rakan2 korang yang tak dikenali. silap haribulan korang dapat pelempang. Kalo boleh, share gambar korang kat wall kawan rapat, saudara mara ataupon orang yang pernah korang jumpa.

2) Create Event di Facebook anda sendiri

- means korang buat event untuk LIKE gambar kat fb korang sendiri bukannya buat event di mana2 group MELAINKAN korang adalah owner fb group. caranya just pegi home then kat sebelah kiri klik event dan klik "create event". contohnya,


Cara betul ajak kawan like FB melalui event guna fb sendiri. klik pix ni untuk tumbesaran




Cara salah ajak kawan like FB melalui event di mana2 group. klik pix ni untuk tumbesaran

3) Rajin Blogwalking

- Tidak dinafikan. If terdesak sangat nak dapat like banyak2, rerajin singgah dari blog ke blog orang dan tinggalkan jejak like gambar di chatbox.

4) Wat Contest, Giveaway atau segmen

- Itupon kalo korang berduit nak beli hadiah untuk pemenang GA/contest atau wat segmen tanpa hadiah. Wat syarat2 untuk like gambar contest. Dengan cara ni mungkin berkesan untuk dapatkan liker yang banyak. Sebagai contoh, korang boleh tengok GA like gambar kat SINI.

Sampai sini saja tips dari Cik Bunny. Berkesan atau tak, yang penting jangan sampai orang menyampah wat semak notification dengan kita sudah =.=
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, October 26, 2011

Review: Blogshop Terbaik Membeli Tudung secara Online!

Salam 1 blogger,

korang ape kabar? Sihat? Alhamdullilah sihat walafiat, bagi yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau! Now, Cik Bunny nak kongsi tips terbaik dimana nak beli tudung secara online. Sekarang ni banyak sangat online shop jual tudung betul tak? kalau nak tau Luna Shoppe merupakan blogshop terbaik dan paling sesuai untuk korang beli tudung secara online. Selain shawl/ hijab,Luna Shoppe ade jual handbag yang comel2 belaka. ^_^


Luna Shoppe ni bukan sahaja terbuka kepada pelanggan perempuan, malah pelanggan lelaki pon boleh beli tudung nak bagi kat isteri/awek/adik/kakak mahupun dijadikan sebagai hadiah atau pemberian untuk ibu yang tersayang. Lebih afdal kan? sejuk hati mak bile dapat hadiah dari anak ^_^ Kalo nak buang tebiat dijadikan bajet shoting macam Video Cinta Muka Bulu pon tak kisah, lagi gempak! XD




Pasti korang tertanya2 kenapa Cik Bunny pilih Luna Shoppe ni TERBAIK? Setiap yang TERBAIK pasti ada KELEBIHAN. Antaranya:


- Pihak blogshop ni sporting2 belaka. Luna Shoppe akan bagi diskaun RM3 kepada sesiapa yang FOLLOW atau LIKE di facebook Luna Shoppe. Cayala beb... (klik SINI untuk maklumat lanjut)
- mystery gift dari Australia untuk 7 pelanggan pertama. Sape cepat dia dapat! (klik SINI untuk maklumat lanjut)
- Harga berpatutan yang pastinya BERKUALITI.


Handbag yang comel n gorgeous!
Grab yours now *_*



Shawl ni senang nak match dengan macam2 warna baju memandangkan warnanya yg multicolour. Sesuai dipakai semasa bersiar2 atau menghadiri majlis. Memang nampak glam dan menyerlah :)




Tudung ni tiada awning keras. Senang dibentuk. Fabriknya sangat lembut. Sesuai bila nak bersiap secara ekspres tetapi masih nampak menarik!





Detail Luna Shoppe:
Blog: http://lunashoppe.blogspot.com
Facebook: http://www.facebook.com/pages/Luna-Shoppe/273582346005369
Email: lunashoppe@hotmail.com
Tel: 011-19313318
Order: http://lunashoppe.blogspot.com/p/terms-conditions.html
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, October 24, 2011

Akibat Menternak Lemak Berlebihan Di Sri Kandi

Salam 1 blogger,
Adeh, dah mula bajet macam cik epal plak =.=" nway, cik bunny nak kongsi entri bergambar menternak lemak bersama family besar sebelah bapa di warung Sri Kandi. Hujung minggu yang pasti seronok bersama sanak saudara ^_^


Dimulakan dengan muka Cik Bunny dulu. Harap bersabar =p




My little sis, her birthday tak lama lagi ^_^




Anak buah dengan ketinggian macam budak darjah 4 padahal berusia 6 taun je 0_0

Memperkenalkan seorang anak angkat yang comel ahli keluarga baru. Samat datang =)




Tak sempat nak snap gambar makanan gara2 nafsu makan tak ingat dunia setelah 3 jam tak makan =.=" Balik kepada tajuk akibat menternak lemak secara berlebihan. Gara2 order secara berlebihan like mee goreng 2 kontena besar, nasi, udang goreng, ikan, sup timun, sirap merah 2 bekas, ditambah lagi order air secara individu dan keseluruhannya hampir mencecah seribu ringgit =.=" sepupu yang kuat makan =p Nak wat cam mane, next time plan awal2 dulu barula semuanya berjalan dengan lancar.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, October 21, 2011

Sunday, October 16, 2011

Top 5 perkara yang paling menyampah ketika Menerima Panggilan Telefon

Dipetik dari atok google


1) Curi Talian
- Jawab je panggilan, mesti ade bunyi orang tengah dail no. mak cakap tu tandanya ade orang curi talian kita. kalo kita tunggu lama2, silap haribulan bil. telefon meningkat! 1 family Cik Bunny dah puas dalam situasi camni. Of course maki habis habisan. Siap menyumpah lagi!

2) Salah Nombor tapi Masih call jugak
- Panggilan pertama, cakap salah nombor. Panggilan kedua, tanya siapa. Hoi, dah tau salah nombor buat apa kau kol aku balik dan tanya siapa aku?! So, jangan sebarkan no. telefon korang terutamanya internet sebab berkemungkinan besar pemanggil nak main mainkan korang atau bagitau maklumat peribadi. Bahaya woo...

3) Keadaan sibuk, pastu jawab panggilan, malangnya panggilan terputus
- Tengah sibuk mengemas rumah, kerja di dapur, tetiba telefon berbunyi. Bile dah angkat, panggilan terputus. Potong stim betul!

4) Jawab panggilan tapi suruh call balik, sembang panjang2. Jimat duit kononnya
- atau miskol. Dia suruh call balik semata2 menjimatkan kedit or bil telefon. Bijak rupanya kau nih! Pemanggil pulak yang menanggung beban. MELAINKAN ade kecemasan or hal penting. Kalo Cik Bunny call balik dan sembang hal tak penting, cakap "aku nak out dulu, aku ada hal ni", padahal tak sibuk pon. Boring ma! Untuk pengetahuan, Cik Bunny ni jenis tak banyak cakap,bukan sombong. Kalo hal penting, automatik cakap 24 jam tak habis!


5) Menerima panggilan dan cakap menang peraduan ape ntah
- Malas nak mention panjang2. Senang cerita. Sila baca entri ni.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, October 15, 2011

Drinking Water for Healthy Body


Gambar sendiri tanpa mengharapkan atok google =.="


Salam 1 blogger,
Korang apa kabar? sihat? Cik Bunny nak kongsikan pendapat waktu paling sesuai minum air yang Cik Bunny amalkan selalu.

Waktu Paling Sesuai Minum air :


1) Bangun dari tidur: Selepas bangun dan gosok gigi, jangan lupa minum air untuk jantung, melancarkan penghadaman semula dan membersihkan perut kita.

2) Sebelum dan selepas mandi: tak kira walaupon mandi air panas skalipon, suhu badan kita akan sejuk selepas mandi. So, minum air sebelum dan selepas mandi kerana mampu membantu merendahkan tekanan darah.

3) Sebelum makan : Untuk membersihkan tekak korang. Kalo tak, silap haribulan tercekik sewaktu makan =.=*

4) Sebelum dan selepas duduk depan komputer: Yela, kebanyakkan orang sekali on komputer terus tak lepas 1-24 jam duduk depan komputer sampai terlupa makan minum. Cuba bayangkan jantung kita dipam brapa banyak liter kali sehari? huhu

5) Sebelum tidur: Yang ni lagi penting. Tak kira apapun alasan tak nak minum air sebab nanti buang air tengah malam buta, kena Minum segelas air sebelum tidur untuk mengelakkan risiko jantung dan strok. Antara buang air dengan strok, mane lagi teruk?

P/S: Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari dan elakkan minum air berlebihan bagi mengelakkan risiko kembung perut =.=
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, October 14, 2011

Tutorial Buat Pages

Salam 1 blogger,
Tengok tajuk ni je tetiba bajet macam Lyssa plak. Bukan apa, setiap kali dah share entri baru kat fb, mesti tengok komen dulu. Ade sorang pengomen nak request tutorial buat pages. Walaupon blog Cik Bunny adalah blog peribadi, tak salah nak share tutorial lagipon blog ni blog Cik Bunny yang punya =p




So, mari kita mulakan.

1) klik Edit Posts > klik Edit Pages > klik New Page

2) Buat entri macam biasa dan publish page. Tapi page ni takkan ada di reading list follower. Maknanya, follower tak nampak korang update page.

3) pastu klik Design > Add a Gadget > Pages > korang boleh tick page pilihan korang, ubah kedudukan dan save. Kalo korang nak letak page kat bawah header, pastikan add gadget kat bawah header k =)

After that, kalo nak buat page baru, lakukan step no. 1-2

Kalo nak background color page, just gi template designer > Advanced > Tabs background. Tak semestinya korang dapat warnakan page sebab itu semua bergantung pada Templates.

Kalo tak paham, Cik Bunny nak minta maaf sebab cik Bunny tak biasa wat entri tutorial. Nway, Cik Bunny cuba perbaiki ayat2 yang kurang paham.

P/S: Berapa banyak kalola =.="
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Pengajaran Binatang liar untuk Kita, manusia...

Salam 1 blogger,
Dah lama Cik Bunny tak update entry. korang apa kabar? sihat? sempena entri Jumaat ni Cik Bunny nak kongsikan kisah benar yang betul2 menyentuh hati. Walaupon cerita ni dah lama, tak salahkan nak share mane tau kot2 korang belum tau hal ni.

Sebelum itu, jom kita tengok video ni =)



Untuk pendekkan lagi cerita, jom tengok video ni




Apa macam? segelintir orang cakap manusia kurang ajar, Perangai Dah Macam Binatang. Abis tu, singa siap peluk2 tuannya yang dah lama ditinggalkan(sebab terlalu besar & dikuathiri mengancam penduduk) sejak setahun tu ape? Inilah kasih sayang anugerah ALLAH yang tak ternilai. Binatang tidak mengira kejam mana sekali pon tau erti kasih sayang terhadap tuannya. Berbeza dengan manusia. kes buang anak la, derhaka dengan ibubapa, lupa diri leka kekayaan dunia dan lain2...



So, anggaplah video ni sebagai iktibar untuk kita.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, October 9, 2011

Kenali Umai, Sepupu Sushi Jepun Di Sarawak l Entry Bergambar

Salam 1 blogger Malaysia,
Ramai di antara korang yang dok semenanjung or some people di Sarawak yang belum tau pasal Umai. Kebetulan Pertandingan membuat Umai diadakan kat kampung so kononnya timbul idea nak wat entri apa yang Cik Bunny tau pasal Umai.

Umai merupakan sejenis makanan tradisi Melanau yang popular di Sarawak dan boleh dikatakan Umai ni sepupu kepada Sushi di Jepun sebab Umai merupakan ikan yang dipotong dan dihiris halus (buang tulang) sebelum digaulkan dengan bawang besar, bawang merah, bawang putih, air limau nipis dan cili. Jangan lupa tambah garam secukup rasa. Tak yah masak pon. Tapi, makesure ikan itu mentah dan segar punya. Rasa pelik kan kita makan ikan segar mentah2. Bagi Cik Bunny,bile ikan dicampur dengan limau nipis dah kire masak gak dan boleh dimakan dengan sagu.Huh lepas makan Umai mesti bajet diri berada di Jepun XD If korang nak melancong kat sarawak, trylah makan umai ni. Belum cuba, belum tau ^_^




Tengah wat Umai, Juri tetap nak tengok orang buat umai

















Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, October 8, 2011

Ulangtahun Pertama: 15 Fakta Menarik Tentang Blog Cik Bunny



Salam 1 blogger,
Kini Blog Cik Bunny sudah berusia Setahun dan hari ini merupakan hari ulangtahun Pertama Blog Cik Bunny. Maknanya, Cik Bunny sudah setahun berblogging. Dan Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar =)



15 Fakta Menarik Tentang Blog Cik Bunny:

1) Sepanjang berblog, Nama sebenar Cik Bunny langsung tidak dinyatakan atas sebab tertentu. Hanya blogger tertentu sahaja yang tahu nama sebenar Cik Bunny.

2) Tarikh lahir Cik Bunny tidak pernah ditulis di blog kerana hari lahir Cik Bunny paling senang diingati orang. Sebagai klu, 'my birthday is a last day of a year.'

3) Pada mulanya, blog ni bertujuan blog peribadi(bukan blog gosip artis) yang pernah mengamalkan 'i follow you, you follow me' dan suka letak widget banyak2. Sejak terbaca panduan dari Mas Ahmad, blog Cik Bunny jauh lebih berubah.

4) Link asal blog ini ialah cutedalover.blogspot.com , kini ditukar ke inspirebunny.blogspot.com kerana link blog asal macam 'link gedik'. If tak caye klik sini dan perhatikan link blog pada setiap gambar XD

5) Target sebenar follower untuk setahun adalah 1k followers. Alhamdullilah sudah tercapai lebih dari 1k =D

6) Sudah setahun berblog, walaupon wat entri dan pose gedik mana skalipon, Alhamdullilah Cik Bunny bersyukur kerana rasa tiada haters di blog Cik Bunny.

7) Dihana ialah orang pertama follow blog ni dan Chazz ialah orang pertama komen blog ni.

8) Mula berblog pada 8 October 2010 dan mula aktif berblog pada bulan April 2011. Entri pertama Cik Bunny ialah My First Post.

9) Nama gelaran "Cik Bunny" sempena nama binatang peliharaan arnab dulu yang bernama Bunny (sekitar 2002-2003).Nama ni hanya di dunia blog, twitter dan Octove sahaja. Semua laman sosial berdaftar atas nama "Fai". (Dulu Cik Bunny pernah bela arnab, kini tiada lagi =.= )

10) Segmen pertama cik Bunny ialah Segmen Siapa Idola Anda? dan orang pertama yang join segmen ni ialah http://cheksunnyboomboom.blogspot.com


11) Kata kunci yang paling banyak masuk ke blog ni ialah mamee monster.

12) First time join giveaway ialah magnoliapert Giveaway dan first time menang giveaway ialah Giveaway Melati Cantik.

13) Dah mencuba Heartbeat, Advertlets, nuffnang, says.my dan churp2. Yang paling berbaloi setakat ni ialah Churp2.

14) Entri yang mendapat pageviews tertinggi ialah . Jom blogwalking ramai2

15) Penyumbang trafik terbanyak dalam setahun adalah www.benashaari.com ,www.lailyqaisyirah.com dan www.ceritamamat.com

Terima kasih kepada semua penyokong,pembaca dan followers kerana support Cik Bunny selama ini sepanjang berblogging. Walaupun blog Cik Bunny tidak sefemes yang disangkakan, yang penting Cik Bunny berpuas hati dengan blog Cik Bunny. Keep in Blogging =)

UPDATED!

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat Cash Out Churp2 pada tepat hari ulangtahun Pertama Blog Cik Bunny! Thanks atas sudi klik Churp2 Cik Bunny =D

P/S: Akan terjah blog dan balas komen kepada blogger yang komen entri ni ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, October 7, 2011

Misteri Panggilan Telefon


Mak: Hello
Anonymous: Hello, saya dari Celcom. Tahniah cik. Anda telah memenagi wang tunai sebanyak RM5000 menerusi no. telefon anda (no. hp). Sila beri keterangan maklumat peribadi anda. Apa nama bank anda?
Mak: Cik ni siapa?
Anonymous: Cik tak perlu tahu siapa saya. Saya dari pihak Celcom. Apa nama bank anda?
Mak: Apa?!
Anonymous: Cik ni tak dengar ke?! (dengan nada marah) Apa nama bank anda?

Mak terus letak telefon...

Kau ingat mak Cik Bunny terus percaya ke cakap kau, ha? Ade ke patut orang umumkan pemenang dah marah2...huhu =.=

Hari Jumaat yang mulia, Cik Bunny nasihatkan walaupon anda bukan pengguna celcom, jika anda menerima panggilan cam ni, lebih baik jangan layan untuk mengelak wang dalam akaun bank anda kebas buat selamanya...

Mak baru sahaja menerima mesej dari real celcom punya:
" RM0 Bank Negara: Sila berwaspada! Jgn melayani permintaan utk info kewangan/pemindahan wang melalui pggln, emel, SMS yg tidak diduga."
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, October 1, 2011

Pengajaran Angry Bird untuk Kita semua

Salam 1 blogger,
nowdays cik Bunny rasa 1 dunia dah tau sape angry bird termasuk rakan2 dia skali. Cik Bunny mula kenal angry bird sejak kecoh berita pasal movie dia. Actually, angry bird tu just game je terutama kita melastik angry bird or rakan2 guna superpower diorg masing2 untuk hancurkan mane2 kayu or batu bata kepunyaan si musuh mereka yang bernama khinzir demi menyelamatkan telur2 angry bird masing2.



main game Angry bird bersama Samsung Galaxy



Bile dah klik PLAY, Cik Bunny tertanya tanya pulak kenapa angry bird sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan telur2 mereka yang dicuri oleh khinzir? Cik Bunny rasa tak sanggup nak lastik angry bird sebab tak nak tengok diorg mati tapi diorg seperti degil nak suruh cik Bunny lastik diorg =.="
Cuba bayangkan, angry bird pon sayang anak...setengah manusia pula buang anak yang baru lahir ke merata tempat... kes buang anak memang sentiasa di newspaper. Tak kire tua atau muda. Dah jemu dengar.... Angry bird, it's just game, tengok ape dia buat? Renung2kan lah...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html