For You ^_^

Monday, November 28, 2011

2 Tips Elak Ditipu Di Facebook

Dipetik dari atok google

Salam 1 blogger,
Hari yang cukup indah cik Bunny nak kongsikan 2 tips elak ditipu yang mungkin bukan sahaja difb malah di laman2 sosial or website yang lain. Tak yah citer panjang2 =.="

1) Business (Online Shopping, installation, software dll)
- Kita sering dengar log in fb je dapat sejuta ringgit. Tak logik kan? Juga ramai dah kene tipu shopping kat fb. Nasihat cik Bunny tak kira yang baru ade fb mahupon dah lama berfb, jangan cepat terpengaruh sangat dengan perniagaan difb. Sebelum ke proses pembayaran, make sure pastikan tokey penjual ni boleh dipercayai atau tak. Ataupon Senang citer, korang boleh rujuk Fanpage ni.

2) Personal (kenalan dll)
- Jangan heran sekarang ni budak2 bawah umur pon pandai menyamar tau! sebelum korang nak berkenalan dengan orang yang korang nak kenal atau orang nak berkenalan dengan korang, first skali, detect gambar dia untuk pastikan sama ada itu gambar curi atau tak. Cara nak detect gambar dari fb senang je. Ikot step2 dibawah:
  1. copy link mana2 gambar fb dia.
  2. pergi ke google image dan klik icon kamera seperti dibawah.



  3. Paste gambar tu dan klik search. Korang akan jumpa dari mana dia dapat gambar tu. kalo takde means tu gambar dia yang sebenar. So, korang nilai sendiri sama ada dia tu fake atau bukan. Sama juga dengan online shopping.

Itu sahaja Cik Bunny nak kongsikan hari ni. Sebenarnya banyak lagi tips2 untuk entri ni cuma cik Bunny bukanlah terer buat karangan BM dengan cepat . Nak buat 1 entry pon kene tunggu 1 jam atau lebih kasi pembaca paham dengan entri cik Bunny =.=" Nway harap tips ni membantu korang supaya berhati2 bila berfacebook mahupon dunia maya ni. Salam...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, November 26, 2011

Pertama Kali Singgah Blog Guna Samsung Galaxy

*Short Entry

Salam 1 blogger,
Bace je tajuk ni macam CB ni ketinggalan plak =.=" First time Cik Bunny singgah blog sendiri guna Samsung Galaxy milik kakak CB. Hasilnye jadi macam ni:




P/S: Contest Gaya Hidup Sihat dengan wang tunai RM2K untuk dimenangi! Jom join =D
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, November 25, 2011

Hadiah Dari Blogger yang Bermakna



Salam 1 blogger,
Minggu lepas cik Bunny syukur sangat menang GA dari Mama Rayyan. Alhamudullilah akhirnya hadiah GA dah sampai. Dapat kotak cermin dan Surah Yassin yang masih baru lagi. Terima kasih banyak2 to Mama Rayyan. Semoga dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bukan senang jadi pemenang bertuah..keke

P/S: Sebenarnya hadiah ni dah sampai selasa lepas. Cuma memandangkan hadiah ni penuh bermakna jadi entri ni sesuai dipublish pada hari yang penuh bermakna iaitu hari Jumaat =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, November 24, 2011

5 Perkara Yang Mesti Elak Untuk Persembahan Silap Mata

Salam 1 blogger,

kebelakangan ni Cik Bunny asyik wat entry bergambar je. Nak try wat entry yang gempak ckit. Bace je tajuk entri ni nampak macam cik Bunny seorang magician padahal abang cik Bunny yang magician. Cik Bunny cuma krew dia. Kalo nak tau abang CB ni start wat magic kalo tak silap sejak 2007. Kire dekat 5 tahun pengalaman silap mata la. CB slalu gak jadi juri magic show dia. Setiap kali CB tengok orang buat magic, pasti bajet jadi juri =.=" Now, cik Bunny nak kongsikan tips ni terutamanya yang masih baru belajar silap mata.



Gambar hiasan dipetik dari fb abang CB



5 PERKARA YANG MESTI ELAK UNTUK PERSEMBAHAN SILAP MATA:


1) Jangan Paksa orang lain menonton persembahan silap mata
- kecuali magic show atas pentas. kalo betul2 nak ajak orang lain tonton magic, ni tipsnya. Sebagai permulaan, cari tempat yang sesuai dan ramai orang, sediakan sorang atau 2 cameraman tak kisah guna kamera DSLR or compact jangan kamera tepon suda dan lakukan persembahan silap mata TANPA penonton. Cuba tengok brapa ramai orang lalu akan tertarik & tonton magic show anda. Sudah pasti mereka berkumpul dan anda start buat magik untuk mereka. Nak wat magic biar tenang.

2) Jangan Tiru bulat-bulat setiap persembahan yang telah dipersembahkan oleh ahli silap mata terdahulu
- Walaupon anda sebenarnya meniru atau belajar silap mata dari ahli silap terdahulu, anda berhak untuk mencipta trade-mark sendiri untuk bidang ni dan berusaha melakukan sesuatu lain dari yang lain supaya anda tidak kelihatan 100% sama dengan magican yang lain. Kire jadi diri sendiri le untuk bidang ni.

3) Jangan Ulangi persembahan yang sama
- Cukup sekadar 1-2 kali di 1 lokasi. Ini mengelakkan penonton rasa bosan dengan persembahan anda. Cuba wat persembahan magic yang "lagi best" dari sebelumnya.

4) Berpaling muka(muka berlagak) depan penonton selepas persembahan
- Cik Bunny agak menyampah segelintir magician wat camtu. Jangan diri hebat sangat! Ingat, tak semua penonton suka magic anda. Pendapat penonton berbeza. At least, lepas wat magic ungkirkan dengan senyuman. Bersyukur dengan kelebihan yang ada.

5) Selepas abis wat magic, jangan tanya kepada penonton terutamanya, "Magic tak?" atau seangkatan dengannya.
- Lepas magic show, cik Bunny sarankan jangan sesekali menanyakan kehebatan persembahan tadi. Kenapa? Ini kerana kalo tanya camtu dikuathiri penonton wat kritikan negatif lebih2 lagi memalukan diri sendiri sebagai seorang ahli silap mata. Biarlah penonton sendiri yang berpendapat terhadap persembahan anda.

Sebenarnya banyak lagi cuma itu saja yang cik Bunny nak kongsikan. If nak tambah lagi silekan=)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, November 23, 2011

Saturday, November 19, 2011

Wordless Saturday: Hadiah Dari Blogger


Special thanks to Cik Bambam

P/S: Wordless Saturday? ade ke? =.=" sukahati cik bunny la. ni kan blog cik Bunny =p
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, November 18, 2011

Hati hati: Tips Post Status Terbaik di Facebook

Salam 1 blogger,


Sejak ramai facebooker LIKE post cik Bunny sebagai blogger pilihan, menambahkan keyakinan cik Bunny untuk terus berblogging. Sebelum itu, Cik Bunny ucapkan ribuan jutaan terima kasih atas sudi menyokong blog cik Bunny yang masih tak seberapa ni. Memandangkan target sebenar berblog ni untuk berkongsi segala luahan kehidupan dan tips2 menarik, hari ni cik Bunny nak kongsikan tips posting status cara baik di Facebook.




Dipetik dari pokok google

Sudah tentu Malaysia catat paling ramai rakyat Malaysia ade facebook. Tapi, segelintir facebooker masih tak tau atau tak ambil berat bukan sahaja keselamatan akaun fb, malah keselamatan wall juga kene diperbaiki (* bajet karangan BM plak =.= ) Dah masuk 3 tahun cik Bunny berdepan dengan facebook. Macam2 bende terjadi sepanjang berfb. Ade yang cakap facebook pembawa masalah la, siap buat anti-facebook lagi. Ade yang cakap facebook jalan penyelesaian dalam sekelip mata. cik Bunny, rilex je...dah puas katakan. Puas sakit kerana facebook. Daripada masalah ni berulang, meh ikot tips ni:


1) Tulis kata kata hikmah atau hadis
- Anggap saja Facebook ni sebagai medium untuk berdakwah. kongsi kata2 hikmah atau hadis yang korang tau. Kalo tak de idea wat ayat2 camni cari je kat kaunseling google. copy pon copy juga, jangan lupa kredit k. Korang kongsi, orang baca, pahala beb... ^_^ Cuba bayangkan kalo facebooker bukan Islam yang baca dan tertarik?

2) Update status aktiviti sihat / kebaikan

- Ibarat sakit sikit pon update jugak, pembaca makin menyampah adela. Alangkah baiknya buat kerja ke arah kebaikan dan sebarkan di wall. Sudah pasti pembaca suka punya! Contohnya, sambil tolong mak buat kerja, cer update status macam ni: "sedang menolong ibu mengemas rumah" dan lepas tu cuba tengok brape orang akan like dan komen status anda...


3) Elakkan update status berbaur makian atau kutuk mengutuk
-Yang ni lagila cari nahas. Walaupon diorang sejahat mana sekalipon, bile dah hilang sabar, cukup setakat ikot tips no.1, tak yah nak ikot macam diorang... jangan syok sangat mengata, mengutuk mahupun mengumpat orang sebab perbuatan ni LAGI TERUK sebenarnya!

4) Jangan update status yang memalukan!

- Kalo stakat period berdarah tak payahlah nak bagitau kat wall.

5) Elakkan update tempat/lokasi korang berada
- Yang ni tak ramai yang tau. Actually pernah kes kecurian sebab dapat maklumat melalui facebook. So, cik Bunny sarankan jangan sekali update wall di mana korang berada dan buat ape. contohnya, "saya dijemput ke majlis makan malam di Dewan Bla bla bla pada 17 nov 2011". Jangan wat camtu! Sape kate pencuri tak de fb ha? Xp

6) Tak perlu tunjuk kuat
- Tak perlu nak update wall semata2 nak tunjuk menunjuk baru beli Iphone dan ntah pape, ingat orang suka ke? Jangan anggap orang tak suka sebab jeles atau dengki tapi orang tak suka sebab MENYAMPAH baca status camni. Dah dapat ape yang diinginkan, kita patut bersyukur, fikir orang lebih susah dari kita. Bukannya riak. kita sama2 makan nasi juga la weh!

7) kongsi mana2 kempen dari syarikat pengiklanan
- Daripada boring tak de idea nak post ape, cer post link churp2, kat wall. sekali klik dapat reward. Biar spam di wall sendiri, jangan spam di wall orang lain sudah =.="
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, November 15, 2011

Tips Tingkatkan Follower dan Trafik Blog dengan Berkesan



Dipetik dari atok google

Salam 1 blogger,
huh dah lama cik Bunny tak share tips2 berguna untuk korang. Cik Bunny rasa dah ramai blogger yang share tips ni. Tak kisah tips ni dah lapuk ke yang penting berkongsi perkara yang berguna. Bukan kah berkongsi itu amalan mulia =p

Sudah tentu ramai blogger nak jadi popular dan berjaya seperti cik epal, Ben Ashaari, yuyu dan lain2. Tapi korang pasti tertanya2 macam mane diorang boleh berjaya? Kalau nak jadi macam diorang sudah semestinya memerlukan usaha. Usaha yang macam mane? Ape strategi diorang untuk maju ke depan? Itulah tajuk yang kita cari. Kepada blogger baru mahupon lama, jom tingkatkan follower dan trafik blog cara cik Bunny ^_^

1) Tidak mengamalkan "i follow you, you follow me"



- Bende macam ni selalu terjadi terutamanya blogger baru atau blogger tidak biasa dengan blogging. Contohnya seperti diatas. Sebenarnya cara macam ni adalah cara yang paling salah dan berkemungkinan besar trafik dan follower akan berkurang. Sebab apa? Bile kita follow diorang dan suruh follow balik, diorang akan follow balik tak? Ade yang follow balik dan ada yang follow tapi esok hari unfollow. Diorang follow pon sebab kita paksa diorang follow sedangkan diorang tak baca pon entri kita. Jadi, untuk tarik follower ramai, pastikan buat entri yang menarik so diorang akan follow sebab entri / ikhlas follow dan pada masa yang sama trafik akan meningkat sekiranya kita ade update terbaru. Sebelum itu, cik Bunny nak tanya, Hanis Zalikha merupakan seorang blogger yang mempunyai follower yang paling ramai, tapi dia pernah tak amalkan "i follow u, u follow me"?

2) Sertai Segmen Melibatkan Trafik dan Follower
-Kalo boleh, join mana2 segmen yang dianjurkan oleh blogger dan mungkin penganjur akan listkan link blog korang tujuan mengajak pengunjung2 masuk ke blog korang. Disitulah diorang akan singgah dan baca entri menarik di samping meningkatkan trafik dan follower blog korang. Bile penganjur dah listkan link blog korang jadi...

3) Rajin Blogwalking
- Blogwalking ialah singgah dari blog ke blog yang lain dengan tinggalkan jejak atau link blog melalui shoutbox. Bile ada masa lapang nanti rerajin la blogwalking. Tak perlu sampai tunggu pengunjung lain singgah blog kita betul tak. If korang nak tinggalkan jejak kat blog cik Bunny gi SINI. Insyaallah ada masa cik Bunny jejak blog korang =)

4) Blog tidak berat serta widget tidak mengarut
- Terus terang, bile singgah je blog yang banyak sangat widget serta berat(blog jam) memang nampak sangat tidak bertimbang rasa dengan pengunjung! Jangan anggap kalo letak widget snow ke autoplay lagu ke dicop sebagai blog cantik dan canggih! Bende camni bukan sahaja lappy jam, malah menyukarkan pengunjung baca entri kita. Tengah syok baca entri tetiba keluar lagu entah ape. Potong stim nak baca entri dan takkan singgah blog ni lagi. So,Automatik follower dan trafik berkurangan. Sebab itulah kenapa ramai blogger popular buat blog simple je. Diorang pon reti hormat pengunjung. Boleh dikatakan blogger professional. Ingat, tak semua pengunjung suka lagu kita. Nak letak lagu boleh, tapi secara manual ok. Blog biar simple janji tidak menyusahkan pengunjung!

5) Baca dan Fahami tips blogging
- kalo nak tau macam mane buat entri yang baik, trafik dan follower blog jemput baca Tips Blogging Terbaik. Kalo ade ape2 soalan boleh tanya cik Bunny =)

6) Tempah beriklan di blog
- sekiranya mampu, korang boleh tempah iklan dari mana2 blog yang membuka tempat pengiklanan. Berkemungkinan besar trafik dan follower akan meningkat hasil dari tempahan. Cik Bunny ade buka tapak pengiklanan. Jika berminat klik SINI.

Itu sahaja tips yang ada. Cik Bunny mohon maaf sekiranya ada yang terasa atau menyakitkan selepas baca entri ni. Sharing is caring ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, November 14, 2011

Cik Bunny dan Pengantin 11.11.11 di Miri l Entri Bergambar


Salam 1 blogger,
bace je tajuk ni nampak sangat cik Bunny lambat update =.=
Our family di jemput ke majlis perkahwinan di Miri. Apalagi nak jumpa saudara mara sebelah bapa, the best part is kami bermalam kat homestay sebesar rumah banglo with them...

Hari Pertama (11.11.11)



Dari Bintulu ke Miri, singgah sebentar di Niah...Buang segala kotoran dalam perut =p


Bile dah sampai, trafik jam, lagi jam dari Bintulu 0_0



Sementara menunggu family yang lain, Singgah sebentar di rumah pengantin perempuan

senyum itu sedekah =p


Sambil makan, sambil layan anak kucing ni, yang lain dah dicuri =.="


Bile semua dah sampai, kami pegi ke homestay dan sebelum ni banyak kali sesat, biasalah bukan dok Bintulu =.=

Bile dah sampai apalagi rebut dari bilik ke bilik nak cari tempat tido =.=

Mak bersama anak buah =)



Buang tebiat amik gambar sendiri =.=


Ramai dah sampai...gi makan sat


Majlis akad nikah 11.11.11

Senyum tak terkata =D



Majlis akad nikah 11.11.11 dah setel. Now, gi dewan Perpaduan nak tengok pelamin Perkahwinan esok...









Malam 11.11.11...

Kerusi ditukar

Ni ujibakat kilauan emas ke? =p


Hari Kedua (12.11.11)

Bersambung.....
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, November 13, 2011

Sandwich Nugget Tempura l Entry Bergambar

Salam 1 blogger,
*Bukan entry bajet Mat Gebu =p
Minggu lepas cik Bunny ade post entry percubaan sajian petang , kali ni cik Bunny nak try wat sandwich simple untuk sajian pagi. Kalo untuk sajian petang malam pon tak pe. cik Bunny tak kesah. Bagi yang masih bujang tak tau nak masak ape, tryla wat sandwich ni ^_^


Bahan2nya seperti di atas. cara membuatnya just wat telur goreng tapi makesure pukul telur sampai kembang iaitu bila telur putih dan telur kuning dicampuradukkan dengan sepenuhnya. Time goreng nanti telur tu akan jadi kembang.(*ayat baru belajar masak telur plak =.=" )
Pada masa yang sama sediakan 4 ketul tempura ayam untuk 1 sandwich dan goreng seperti biasa. Pastu toskan dan biarkan sejuk ckit. Then barula hiris tempura dibelah tepi supaya nampak nipis dan sama rata. Lastly, korang pandai2la nak hias sandwich. Kalo nak tambah dengan bahan lain pon boleh asalkan sedap.


Hasil yang agak memuaskan. awat kabur sangat gambar ni =.=


Sajian ni simple je. Mane tau kot timbul idea nak try wat sajian simple cam ni. Nway,Selamat mencuba ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, November 10, 2011

Spontan Khamis: First Time Masak Cucur Udang Hasilnya...





Pastinya gelak lepas baca tajuk entri ni. Awat umo 19 taun baru skarang nak masak cucur udang? =.=
first time masak cucur udang dan berfikir mungkin tak menjadi. Last2 hasilnya menjadi dan sedap ^_^ Mak cakap setiap kali cik Bunny cuba memasak pon masih sedap. Thanks to Masterchef =p

P/S: Pecah tabung churp2 beli ramuan tapi ade orang sudi nak klik churp2 cik Bunny? =.="

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, November 9, 2011

Tips Tingkatkan Earning Churp2

Salam 1 blogger,





Cik Bunny rasa ramai blogger tau kot ape itu Churp churp. Untuk pengetahuan korang, Churp Churp dah kira "adik" kepada Nuffnang. Tak rugi join Churp churp kerana menambahkan pendapatan sambil berblogging lebih2 lagi daftar free! Tapi sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai akaun Facebook untuk log in Churp churp. Bagi cik Bunny mutahil korang xde fb kan =p


Cara2 daftar churp2:

1) klik Daftar Churp churp dan klik sign in with facebook
2) Masukkan email fb korang dan password. Klik Allow.
3) Korang akan jumpa 4 steps dan ikut je step tu.
4) step pertama klik Authorize With Facebook.
5) step kedua klik Authorize With twitter. Jangan risau, if korang takde twitter just klik skip je.
6) Pastu korang isi butiran tentang diri korang dan pastikan isi dengan betul tujuan pihak churp2 memproseskan earning korang.
7) Dah siap? klik dashboard dan kongsikan kempen korang dengan klik "Kongsi" dan start sharing kat Facebook, twitter, myspace dll dan korang akan dapat ganjaran dari Churp2 dengan usaha. ^_^

Contoh kempen:


Now, back to topik. Untuk tingkatkan earning, korang rerajin share kempen sekurang kurangnya 2-3 kali sehari. Tapi semakin banyak sebarkan kempen korang, peluang earning akan meningkat! =D

Pastikan korang baca General Guide di bawah twitter feed terlebih dahulu sebelum berkongsi untuk mengelakkan ganjaran anda tidak diterima oleh Churp2.

Mudah kan?

Selamat mendaftar =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, November 8, 2011

Terkenang Di Hari Aidiladha I Entri Bergambar

Salam 1 blogger,

Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Aidiladha buat sekali lagi kepada semua pengunjung blog cik Bunny. Sebelum ini, Cik Bunny ade post entri Sibuk sebelum raya haji, bagi yang belum tau silekan baca ^_^

Malam sebelum Raya Haji... (Bajet Masterchef XD )

Hirisan segala accessories untuk kari, kicap dan kuah satay dengan teliti


Potongan daging korban sapi buat kari, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal padahal 1 family tak dapat makan kecuali anak buah cik Bunny. Jadi, sedekah kat sanak saudara sememangnya satu amalan yang mulia di Hari Aidiladha ^_^


Kuah satay bagaikan "hidangan wajib" setiap kali hari raya puasa mahupun raya haji...baik punya =p

Ketupat baru dimasak. gilo apo amik gambar camni =.="


Hari Pertama Raya Haji...

(ayat buang tebiat) Wahai ketupat, dah lama kita tak jumpa...Rindu dah lama tak makan =.=


Memandangkan ni entri berbaur diary jadi tepek gambar sendiri sememangnya wajib XD




Terdesak punya pasal amoi ni pon nak tumpang tepek kat blog cik Bunny =p



Berkenan? Hubungi 1037890384747583394757383203475 dan anda akan menerima panggilan istimewa dari Cik Anon =p

kampung oh kampung....sememangnya indah beraya di kampung (*sambil menghirup udara segar bugar)

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, November 6, 2011

Sibuk Sebelum Aidiladha


Credit as tagged

Salam 1 blogger,
Cik Bunny ingin mengucapkan salam Aidiladha kepada korang semua yang sudi singgah blog cik Bunny. Yeah malam Aidiladha yang memenatkan yang pasti sememangnya best. sekurang kurangnya tak bosan tolong mak buat kerja itu ini. Sampaikan otot2 tangan marah kat cik bunny esok hari =.="

Bile bangun awal pagi di hari pertama Aidiladha bersemangat pegi dapur rindu dengan ketupat yang dah lama tidak jumpa XD Masih terbayang dengan kerja2 sebelum Aidiladha...

  • mengisi pulut ke dalam ketupat
  • gaul dan gaul kacang di kuali yang panas selama setengah jam
  • mengelupas kulit kacang nak buat kuah satay
  • menjemur kain
  • sapu rumah
  • kupas bawang putih & bawang merah sepinggan


dan banyak lagi....

akan update entry Aidiladha seterusnya. Sibuk beraya sat...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, November 3, 2011

Review: Tempat Online Shopping Sesuai Di Facebook

Salam 1 blogger,
Hari Raya Qurban tak lama lagi! Yang pastinya korang nak survey baju2 menarik kan ^_^
So, cik bunny suggest dan invite korang shopping di Mira Marcello Collection. Disana korang boleh tengok design baju2 yang menarik serta dress yang mantap punya. Kompem korang suka ^_^


*must buy ITEMS, nie STYLE YG PALING LATEST skg nie !
- da tak perlu cari tudung untuk matchkan ngan dress nie :)
-utk yg bertudung leh pakai ngn inner neck ,
-free hair pun cantik pakai style cmnieh!



INFO :-
-maxi skirts nie sesuai dipakai tak kire mude/tua,
yg pastinye sgt IN-TREND skrg :D
-SGT CANTIK ,boleh diGAYAKAN dgn kemeja/tshirts comel2/cardygan/jeket ,MIX & MATCH !! ♥
- lagi khelasssss kalau pakai dgn belt/clincher ..OMG!! =P


Singgah http://www.facebook.com/miramarcellocollection untuk selanjutnya.

Aik,takkan baju je? Tak yah risau. Selain baju, Mira Marcello Collection pon sediakan accessories yang pastinya comel2 belaka macam cik Bunny(prasan sat =.="). The best part is semua accessories yang ade di Mira Marcello Collection adalah FREE POSTAGE! so, tunggu apalagi? Rebutlah sekarang sebelum terlambat!



Kenapa Mira Marcello Collection menjadi pilihan?
- korang boleh tengok sendiri selepas costumer menerima tempahan dari Mira Marcello Collection. Deebak abis ma....

with her hoodie blouse ^_^ thank you Farah Nadzirah

awesome nyaa dengan dress 6810 sweetpink ♥ thanks sis Nurul Nadiya

one of customer wearing hoodie blouse with diamond & puffy pink color! awesomeness!
sangat cantik dengan maxi skirts grey color :D thanks kak Janna Suwaiba

Detail Mira Marcello Collection:
Facebook: http://www.facebook.com/miramarcellocollection
Email: miramarcello@yahoo.com
Order: https://www.facebook.com/littlemyra


P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan sila ke http://www.facebook.com/miramarcellocollection
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html