For You ^_^

Tuesday, January 24, 2012

5 Sebab Giveaway/Contest Yang Dilakukan Mendapat Sambutan


Sekadar gambar hiasan.Dipetik dari Tumblr


Salam 1 blogger,
Ingat tak minggu lepas Cik Bunny kongsi tips dapatkan sponsor? Kalau masih lupa atau tak tau sila baca ENTRI NI. Walaupun hadiah yang disediakan oleh Cik Bunny dan sponsor tidak seberapa yang disangkakan, Alhamdullilah giveaway ni berjaya mendapat sambutan yang menggalakan. Bayangkan, sebanyak 17 hadiah disediakan lebih2 lagi syarat penyertaan mungkin berat, lebih dari 400 peserta dah join. Macam mana boleh tarik blogger untuk join seramai ni? Ni bukan soal menunjuk nunjuk tapi sekadar contoh. So, disitulah Cik Bunny nak share pengalaman Cik Bunny ketika anjurkan giveaway sedang berlangsung supaya segala apa yang dianjurkan mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar.

1) Rancang strategi dengan Baik
Sebelum anjurkan giveaway/contest secara rasmi, pastikan korang rancang strategi terlebih dahulu. contohnya kumpulkan sponsor, buat syarat dan cari link entri senarai peserta ga/contest orang lain untuk blogwalking dan bookmarkkan link entri list tu.

2) Buat Sticky Post
point ni penting sangat supaya bile pengunjung singgah blog macam ni http://inspirebunny.blogspot.com/ , pengunjung akan TERbaca entri pertama iaitu entri giveaway/contest dan berkemungkinan besar pengunjung turut join.

3) Syarat Penyertaan Tak Berat
Cik Bunny selalu terjah giveaway/contest TAPI kebanyakkan penganjur tak ambil berat mengenai point ni. Syarat2 yang berat boleh dijadikan punca utama kenapa tak ramai orang nak join. Walaupun disediakan dengan hadiah lumayan sekalipon, tak semua orang mampu mematuhi syarat. Contohnya, contest buat karangan BI tapi kene like itu like ni, follow sana follow sini... Dahlah kena buat karangan BI, ditambah lagi kene like dan follow. Bukankah itu lagi merumitkan peserta. Disebabkan itulah kenapa ramai orang tak nak join. Korang kena fikir kemampuan peserta tahap macam mana. Jadi, Pastikan buat syarat yang mudah dan mampu peserta buat.

4) Tidak Pick Terlalu Ramai Sponsor
sebab hal ni melibatkan syarat penyertaan terutamanya follow atau like semua sponsor. Pada cik Bunny, cukuplah sekadar kurang dari 15 sponsor. Kalau lebih 30 sampai 100++ sponsor lagi memeritkan peserta untuk join. Kene ingat, peserta tak suka dipaksa! Melainkan semua sponsor sendiri buat pilihan kepada peserta sama ada nak follow atau like fanpage diorang. Seperti yang dinyatakan dalam ENTRI INI, Sekiranya sponsor minta syarat yang lebih dan berat untuk peserta seperti buat sticky post review blog/website sponsor dan sebagainya, Cik Bunny sarankan LEBIH BAIK cari sponsor lain.

5) Promote contest/ Giveaway dengan Bijak
rajinkan diri korang untuk promote contest/giveaway di fb group blogger, blogwalking dan sebagainya (nak promote tu kene bertempat) . Cik Bunny slalu promote GA melalui blogwalking (chatbox). Tapi sebelum blogwalking, kene buat ayat yang menarik ckit supaya orang lain boleh join skali. Contohnya,

" singgah sini nak jemput korang join giveaway saya di http://inspirebunny.blogspot.com/2011/12/mega-giveaway-by-cik-bunny.html
"

kalau tinggalkan link giveaway/contest di chatbox tanpa meninggalkan sebarang ayat/ keterangan link saja mungkin orang lain fikir ni link churp2 pulak. Begitu juga dengan fb group blogger.


Kepada yang menganjur giveaway/contest mahupun segmen, semoga tips ni membantu. Selamat mencuba =)

P/S: Walaupun ramai dah join, Cik Bunny paham, tak ramai peserta tak ikot syarat =.=
This Entry Requested by: Niena
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



16 comments:

  1. Alhamdulillah...giveaway mencapai sasarannya :)

    ReplyDelete
  2. memang tak suka join yang syarat melampau2 tapi kadang2 gagahkan juga diri utk buat demi kawan blogger.hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam, aku mmang tak suka kalau org bagi syarat banyak sangat bila nak join GA/Contest dia tu... banyak kerja...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Yeahh . saya tak suka kalau disuruh Follow blog .
    Hmm :3

    ReplyDelete
  5. Thnxs CB , tips yang berguna .. =)

    ReplyDelete
  6. Haii Cik Bunny, nak tanya mcm mna nk dpatkan sponsor erkk?

    Link Blog ; http://nysnyesa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. alamak...dah terlambat plak..baru nak sponser tiket wayang...maybe next time la kot...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,just nak cakap yang saya ade tag cik bunny

    http://shaherahishakstory.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terhebat.html

    ReplyDelete
  9. yaa. suka suka :)

    hope GA ni berjalan dengan lancarnya.

    please come visit me at cikziqa05.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. anda di tag...

    http://cikladybird90.blogspot.com/2012/01/jawab-jangan-tak-jawab.html

    ReplyDelete
  11. @ Princess Eyah
    jawapan di sini: http://inspirebunny.blogspot.com/2012/01/tips-dapatkan-sponsor-untuk-contest.html

    ReplyDelete
  12. tula sy pun terkejut bila tgk sponsor ramai gilerrr.....penat nk klik button follow n like haha

    ReplyDelete
  13. ntah bile la nak wat GA/contest. asek join org punye aje. hee.

    ReplyDelete
  14. Kalau 27 orang sponsor ok tak? Uhuukk ,

    ReplyDelete