For You ^_^

Friday, January 20, 2012

Tips Dapatkan Sponsor Untuk Contest / Giveaway

Salam 1 blogger,
Cik Bunny terima satu request dari Blogger Khairina di shoutbox.



Sebelum itu, Cik Bunny nak minta maaf banyak2 sekiranya kelewatan untuk menjawab request anda. Cik Bunny tahu ramai diantara blogger nak planning buat giveaway atau contest. So, Cik Bunny nak share pengalaman cik Bunny sendiri bagaimana ingin tarik sponsor untuk join sekaki jadi sponsor contest atau giveaway korang.

1) Buat Pengumuman Di Blog
Buatkan entri mencari sponsor, mane tau kot ade orang baca dan berminat nak jadi sponsor giveaway/contest korang.

2) Cari Sponsor Melalui Entri contest/giveaway orang lain Yang Mempunyai List2 Sponsor
Maksud Cik Bunny, korang boleh cari entri giveaway/contest yang mempunyai list sponsor2. Contohnya, Nisa Kay pernah buat giveaway akhir tahun dan kat entri dia listkan sponsor2. So, nak ambil kesempatan ni untuk terjah blog/website sponsor dan.....sila baca tips seterusnya

3) Cari Email Sponsor untuk contact
Yang ni tersangatlah penting untuk korang bertanya, request dan sebagainya tentang sponsor. kalau setakat tinggalkan di shoutbox sahaja mungkin tak cukup.

4) Gunakan Bahasa yang Baik dan Indah Terhadap Sponsor
Sebelum bertanya tentang sponsor, cubalah bagi salam dulu atau hi dan lastly sedekahkan diri dengan senyuman. Ni tak. "weh, saya nak minta awak jadi sponsor untuk giveaway saya boleh?!" Ayat macam ni kompem reject dan pada masa yang sama boleh memalukan diri sendiri sebagai penganjur.


5) Terangkan kelebihan Jadi Sponsor untuk Giveaway/Contest korang
Cubalah bagi special skit untuk pihak sponsor seperti review, peserta follow blog/website sponsor dan sebagainya. Dengan cara ni orang lain akan berminat untuk menjadi sponsor giveaway/contest korang =)

6) Jangan Paksa Orang lain Untuk jadi Sponsor Giveaway/Contest Korang
Kalau pihak sponsor tak nak sponsor, cuba berusaha untuk cari sponsor lain. Tak perlulah sampai cari nahas nak malukan orang sebab tak nak sponsor. Silap haribulan korang sendiri dimalukan!

7) Terima Pandangan Sponsor
Sekiranya sponsor nak tukar hadiah, tetapi pemenang nak hadiah tu, korang marah marah pulak kat sponsor sebab beri hadiah lain. Sedar skit yang korang ni cuma peminta sahaja. Ingat, pihak sponsor ada hak buat camtu. Sekiranya sponsor minta syarat yang lebih dan berat untuk peserta seperti buat sticky post review blog/website sponsor dan sebagainya, Cik Bunny sarankan LEBIH BAIK cari sponsor lain. Sebab apa? Kalau korang buat syarat yang berat berkemungkinan besar contest/giveaway korang kurang mendapat sambutan.

8) Jangan Terima Request Orang lain Untuk Jadi Sponsor Last Minute sebelum Tarikh Giveaway/Contest Ditutup
Bukan apa. Kalau terima sponsor baru, dikhuatiri semua peserta terlepas pandang untuk mengetahui sponsor baru, lebih2 lagi tambah syarat untuk follow blog sponsor baru. Korang kene ingat, tak semua peserta baca update terbaru mengenai giveaway/contest walaupun diorang dah follow blog korang. Bagi mengelakkan hal ni terjadi, better bagi peluang diorang untuk jadi sponsor next giveaway/contest.


Buat masa ni, Cik Bunny anjurkan Mega Giveaway dan Alhamdullilah walaupon tak ramai sponsor TAPI jumlah penyertaan sememangnya cukup memuaskan sampai Cik Bunny sendiri pon dah semput tengok angka penyertaan ~.~ Dan disebabkan giveaway mendapat sambutan, belum sempat nak umumkan cari sponsor baru untuk next giveaway, bukan Cik Bunny yang cari sponsor dulu tapi ada orang lain yang nak jadi sponsor next giveaway Cik Bunny dulu ~keke

Cik Bunny harap tips ni membantu korang untuk dapatkan penaja giveaway/contest korang. selamat mencuba =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



21 comments:

  1. Ohh terima kasih sebab sudi menjawab :) Lagi satu contoh dah ada sponsor hadiah dan dah ada pemenang contest dah, hadiah tu hantar kat rmh khairina keh ? hantar dekat pemenang tu terus ?

    ReplyDelete
  2. yup, hantar kat pemenang. Means penganjur sendiri tanggung kos penghantaran ke alamat pemenang.

    ReplyDelete
  3. thank for the tips...kmk pun baru first time polah GA pakai sponsor....perlu tebalkan muka mintak cdak sponsor....tapi mesti win-win situation la nak....

    jemput join my segmen http://www.zahidahwahid.com/2012/01/5292/

    ReplyDelete
  4. tak pernah dah join... asyik2 tak dapat... hehe! tengok lah rezeki 2012 ni camna.... :)

    ReplyDelete
  5. Ouhh just wanna share something...
    Kalau minta sponsorship dari online shop, kebanyakan online shop amat menitikberatkan balasan yg mereka akan dapat dari pihak penganjur,contohnya free pengiklanan ke, entry review ke... Dan mereka menitikberatkan trafik blog. Sebab kebanyakannya menaja hadiah dan dalam pada masa yang sama ingin mempromosi online shop mereka.

    THANKS.

    ReplyDelete
  6. Waa! Nice sharing, saya masih mentah lagi dlm bab2 ni, buat GA pun t'agak2 pasal sambutan...hmm

    ReplyDelete
  7. haah, tahniah cik bunny..nanti nak gift sponsor..roger2 kat blog ahkak eks :)

    ReplyDelete
  8. Wahh , nice entry . TQ
    saya tag cik bunny http://atirahhayati.blogspot.com/2012/01/candid-photo-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. saya copy eh . nanti creditkan (:

    ReplyDelete
  10. great info... thanks... follow back.. :)

    ReplyDelete
  11. thankz for the sharinh^^ TAPI
    cmne lak proses pembahagian hadiah nye..adkah kita bagi alamat para pemnenag kepad asponsor atau sponsor anta hadia kepada kita n then kita postkan?? emmm

    ReplyDelete
  12. @ ::Misz sunsWeetz::
    kita bagi alamat para pemnenang kpd sponsor

    ReplyDelete
  13. @Nur Anisah
    copyla janji kreadit =)

    ReplyDelete
  14. wahhhhhhh. tahniah dear. belum pape lagi orang nak sponser. tak payah susah² carik. hee. ;)

    ReplyDelete
  15. Jawapan yg bernas! Tp ade sesetgh sponsor yg sampai skrg tak bagi hadiah. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
  16. Hai,, terima kasih banyak atas informasinya.
    Salam kenal

    ReplyDelete
  17. Salam. kalau awk cari sponser utk giveaway, boleh cntct saya yaa. sedia membantu disini ^_^
    http://wanieymahassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. Kalau nak cri sponsor utk giveaway dgn contest boleh contact saya.. Instashop: @by_elynnshaz

    ReplyDelete
  19. Tip yang bagus untuk jadi sponsor. Saya kini sedang mencari sponsor untuk contest minuman kesihatan antioksida terbaik seisi keluarga.

    ReplyDelete