For You ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Tips: Lagu best TAPI Tak tahu apa nama Tajuk Lagu tu?

Salam 1 blogger,
Mood blogwalking sambil promote giveaway, kebanyakan blog yang Cik Bunny terjah letak autoplay song. Ada yang best dan ada yang tak best.Bergantung pada taste pengunjung. Ada juga pengunjung yang tak suka autoplay sebab menggangu.

Sekarang Cik Bunny nak tanya, Korang pernah tak singgah blog orang lain dan TERdengar lagu best tapi tak tahu apa nama tajuk lagu sebab owner blog tak letak tajuk lagu? Semestinya pernah kan *angkat kening Maka timbul lah nak kongsi tips macam mana nak cari tajuk lagu best dari blog.

1) Tanya Owner Blog/website
Apa salahnya cuba tanya kat owner blog nama tajuk lagu yang dimainkan. Sekiranya tiada balas dari owner atau dia sombong bongkak tak nak jawab, sila ikut tips kedua.

2) Page Source
Buka mozilla Firefox, cari blog yang ada lagu best tu, kat atas sebelah kiri klik view dan klik page source ATAU tekan keyboard ctrl + u . Kat situ korang jumpa segala html code yang ade kat blog tu *baru padan muka owner =p. Ape yang korang perlu buat ialah:



Sekiranya blog tu ada autoplay camni, just korang tekan keyboard ctrl + F serentak dan taip 'youtube'. Dah jumpa? Ok, cari link camni: http://www.youtube.com/***** kalau dah jumpa korang copy paste link tu dan terjah.




Sekiranya blog tu ada gratisan music seperti diatas, tekan keyboard ctrl + F serentak dan taip "gratisan", cari link ni: http://www.4shared.com/embed/, kalau dah jumpa, korang copy link dan paste kat google.com, contoh camni: "http://www.4shared.com/embed/487933567/23a4a01f" (buang /preview.swf ) klik search. Korang akan jumpa tajuk lagu tu ^_^

Sekiranya blog tu hide lagu untuk gratisan music, seperti biasa tekan keyboard ctrl + F serentak dan cari link ni "http://ghucy.info/fullmusik/" If korang jumpa perkataan lain selepas fullmusik, itulah tajuk lagu! Contoh: http://ghucy.info/fullmusik/1/Black_Eyed_Peas-The_Time.swf

Untuk pengetahuan korang, tip ni tidak membantu sekiranya blog/website tu disable page source agar pengunjung tak curik mana2 code.

3) Hayati Lirik Lagu
Yang ni agak rumit skit. Maksud Cik Bunny, cuba tangkap ayat atau perkataan yang dinyanyikan dan search di google. Kalau lagu Melayu memang senang nak cari. Lirik mudah difahami. Bagaimana pula dengan lagu korea? Sekiranya lagu korea tu sedikit diselitkan dengan ayat dalam bahasa English, mungkin boleh membantu. Contohnya cuba dengar lagu Korea ni,



Lepas dengar lagu ni, apa yang Cik Bunny paham cuma 'Hello hello.....thank you thank you' . So, dengan ayat ni Cik Bunny cuba google kan ayat ni dan hasilnya,



Semoga tips ni membantu korang. Selamat mencuba =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



17 comments:

  1. kmk salu k part num 3.. dgr lagu ya, then taip lirik kat google.. hehe

    ReplyDelete
  2. aah la.. buat y no 3.. sbb kdg2 lagi cpt.. hayati lirik dl.. ahaha

    ReplyDelete
  3. saya selalu buat nombor 3..

    tapi selalunya bila start blogwalking, mutekan laptop siap2. tak sanggup nak dengar memacam lagu bercampur gaul..

    ReplyDelete
  4. saya hafal lagu Hello hello! lalalalala~~

    ReplyDelete
  5. kite biase pasang speaker kuat2 and buat mcam y last tu ..

    ReplyDelete
  6. kmk selalu tanyak jak dengan owner...tapi mun dah sik reply ya malas juak nak cari...kekeke...

    tapi mun lagu korea yang keluar, senang kmk nak cari...buka jak folder lagu kat pc kmk, melobo2 jak lagu korea..hehehe

    ReplyDelete
  7. memang slalu jd situasi cmni.seyes tensen.kadang2 satu lagu dah hafal tapi tajuk lak tak tau.hahaha..thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. selalu buat yg no 1 dgn 3.. hehe

    ReplyDelete
  9. no. 3 paling senang sbb saya selalu buat mcm tu (:

    ReplyDelete
  10. besenya lagu2 yg memekak kt blog tu la yg byk blogger complaint..right?tp depends kat empunya blog bub diowg punya citarasa kan??? kan?hehe

    ReplyDelete
  11. cari tajuk lagu pun jadi tips. huhu. kreatip sungguh budak sorang ni. ;)

    ReplyDelete
  12. YANA selalu guna yang akhir tuu , haha , tangkap lirik lagu , dan try salin , sangat berkesan !^^V

    ReplyDelete
  13. Kutuliskan lagu ini untukmu
    Agar kau mengerti perasaanku
    Kupandang potretmu
    Kubaca suratmu
    Menitis airmataku

    Bridge:
    Kau menyuruh tuk melupakanmu
    Sehingga ku memaksa diriku
    Semakin kucuba
    Semakin tak berdaya(wajahmu menjelma)

    CHORUS:

    Sesungguhnya kau jangan tinggalkanku
    Sesungguhnya kau masih diriku
    Sampai hati kau tinggalkan ku
    Sendirian tanpa cintamu

    Sesungguhnya jangan tinggalkanku
    Sebahagian dirimu tetap diriku
    Hancurnya hatiku
    Luruhlah jantungku
    Kehilangan kasih sayangmu


    2nd verse:
    Mengapa cinta kita tak bersatu
    Sedangkan kutahu kau menyayangiku
    Mungkinkah takdirku
    Tak bersama kamu
    Mungkin kau bukan untukku

    Kau memaksa tuk melupakanmu
    Terdiam ku dengan dirimu
    Semakin tak berdaya
    Makin tak percaya
    ape tajuk lagu nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan Tinggalkan Aku by Abstrak Hingga Ke Bulan.

      Delete
  14. Apa tajuk lagu dikir pattani yg alunannya mcm lagu aci aci buka pintu
    'adik adik buka pintu, abe kelik pukul satu, abe mat bkn lobey, abe mat gi jual kayu, tokey xdok abe mat tunggu'

    ReplyDelete
  15. karaoke
    Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
    Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
    mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
    bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu
    Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
    waktu kau kesusahan akulah tempat lah engkau mengadu
    tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
    dan kau bersuka ria dengan orang yang lain
    Waktu susah kau cari aku
    waktu senang engkau tinggalkan aku
    begitulah sikap mu tak tahu kenang budi
    Waktu duka akulah teman
    waktu perlu akulah kekasih mu
    tapi selepas itu mengapa kau kianati
    apa gunanya dikenang kenang
    pada orang yang tak menghargai
    segala pengorbanan diri ku
    akhirnya aku terluka
    Aku hanya bersabar
    sambil dalam hatiku bertanya
    bahagia kah engkau
    membiarkan ku terkilan rasa
    sesungguhnya dirimu adalah
    manusia yang lupa daratan
    dengan mudah kau mungkiri segala janji mu
    Waktu susah kau cari aku
    waktu senang engkau tinggalkan aku
    begitulah sikap mu tak tahu kenang budi
    Waktu duka akulah teman
    waktu perlu akulah kekasih mu
    tapi selepas itu mengapa kau kianati
    apa gunanya dikenang kenang
    pada org yang tak menghargai
    segala pengorbanan diri ku
    akhirnya aku terluka
    Aku hanya bersabar
    sambil dalam hatiku bertanya
    bahagia kah engkau
    membiarkan ku terkilan rasa
    sesungguhnya dirimu adalah
    manusia yang lupa daratan
    dengan mudah kau mungkiri segala janji mu
    Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
    dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku

    ReplyDelete