For You ^_^

Saturday, February 18, 2012

5 Tips Persediaan Sebagai Penganjur Giveaway/Contest

Salam 1 blogger,

Persediaan Sebagai Penganjur Giveaway/Contest:


1) Cari Sponsor (jika perlu)
sebelum menganjurkan contest atau giveaway, kalau rasa hadiah yang bakal dianjur sendiri tidak mencukupi atau kekurangan atau nak tambah hadiah lagi, boleh guna tip ni. Nak tau macam mana nak cari sponsor sila ke ENTRI NI.

2) Pastikan Syarat Giveaway/Contest Tidak Terlalu Berat
Seperti yang dinyatakan dalam ENTRI INI, syarat yang berat adalah punca utama kenapa contest/giveaway yang korang anjurkan kurang mendapat sambutan. Jadi, pastikan buat syarat yang korang rasa mudah dan mampu peserta buat.

3) Promote Giveaway/Contest
Untuk lebih meriahkan lagi giveaway/contest korang, sila rajinkan diri untuk promote seperti blogwalking, fb group blogger, buat sticky post dan lain2. Pada Cik Bunny, tip ni merupakan CABARAN PALING BERAT sepanjang menganjur giveaway/contest dijalankan. Kalau nak apa yang dianjurkan tu mendapat sambutan tapi diri tu malas nak promote, Cik Bunny sarankan lebih baik jangan jadi penganjur. Lebih2 lagi dah ada sponsor. Bukan main lagi hadiah banyak disediakan. Lepas anjurkan ga/contest, dibiarkan camtu je. Lepas tarikh tutup, 2-3 orang je yang dah join. Cuba bayangkan, apa perasaan pihak sponsor bila check entri ga/contest korang tapi langsung tidak mendapat sambutan? Sebab itulah kalau betul2 nak jadi penganjur, korang mestilah ada keyakinan diri dan bijak membahagikan masa untuk promote ga/contest!

4) NO Rasuah

tidak mustahil berlakunya kes peserta cuba rasuah penganjur untuk menang seperti peserta buat special entri untuk penganjur, bloglist dan sebagainya supaya hadiah yang dinginkan berpihak pada dia/mereka padahal bukan penganjur yang nakkan. Sebagai penganjur, baik jangan layan peserta camtu. Bila orang lain yang dapat hadiah, dah mula caci maki penganjur cakap keputusan tidak adil. Kalau boleh, nasihatkan peserta camtu agar memahami konsep sebenar rezeki dan siapa yang menentukan rezeki.

5) Ikhlas Menganjur Giveaway/Contest
apa yang kita anjurkan ni yang penting niat kita ikhlas dan untuk mengeratkan silaturahim sesama peserta, bukannya nak tunjuk kemeriahan dan nak tambah follower pastu menunjuk nunjuk follower dah beriban padahal kebanyakkan peserta follow sebab nak tau update ga/contest. Bila tetiba follower berkurang lepas keputusan pemenang, baru nak sedar =.=



Cik Bunny nak minta maaf banyak2 sekiranya terkasar bahasa atau terasa dengan entri ni. Bukan apa, inilah luahan Cik Bunny sebagai penganjur giveaway yang dikongsikan untuk korang semua. Cik Bunny harap tips2 ni membantu korang membuat persediaan untuk anjurkan giveaway/contest kelak. Nak anjurkan giveaway atau contest bukanlah semudah yang disangkakan. Jadi, hargailah mereka =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



14 comments:

  1. nice sharing and tips...memang betul semua tu..yang penting no corruption....

    jemputan menyertai
    SEGMEN: Blog Saya SOKONG EARTH HOUR_ SELAMATKAN BUMI

    ReplyDelete
  2. bagus entry ni cik bunny..sebab tu akk tk berani lagi nk mintak org sponsor..tp cik bunny dah buktikan yg cik bunny antara penganjur2 yang hebat..chaiyokk cik bunny :)

    ReplyDelete
  3. errkk~ takdela hebat sangat >.< cik bunny cuma jalankan apa yang mampu

    ReplyDelete
  4. nice sharing tapi saya bab nak buat GA tu malas.join je rajin.hahaha

    ReplyDelete
  5. good point... tqvm 4 sharing... nk share

    ReplyDelete
  6. huhu..nak tlong sponsor ok je..
    nak buat ga nie x berani lg..tkut xdak yg join..huhu..

    ReplyDelete
  7. tak pernah anjur giveaway... rasa cam nak buat nanti hehe

    ReplyDelete
  8. Rasa nak cuba buat GA..tapi masih confius..nak tanya if ade peserta dah menang, then sponsor ek yg perlu pos barang direct to peserta??or kita need to be orang tengah??

    ReplyDelete