For You ^_^

Tuesday, February 14, 2012

Tips Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Salam 1 blogger,
Dah lama cik Bunny tak buat tips2. Yela dah terikat dengan segala entri review. Sebenarnya bab review sponsor belum habis lagi. Ingat nak bagi peluang cik Bunny untuk berkongsi tips penting hari ni. Harap semua pihak sponsor bersabar ye *rayuan membajet cute

Credit as tagged

Walaupun Cik Bunny dah tamat persekolahan, Cik Bunny masih ingat lagi pesan kawan2 Cik Bunny macam mana nak menguasai grammar dengan mudah. Patutla diorang expert semacam je rupa rupanya ada tips jugak. XD

1. Tak Perlu Nak Baca Buku Grammar Mahupun Kamus Inggeris

  • Uit, kenapa? Sebab kalau korang baca, pasti korang serabut dan keliru segala perkataan2 dalam bahasa lain ke bahasa Inggeris betul tak? Bukannya mudah apa yang dibaca terus masuk ke otak. Jadi, daripada asyik baca dan hafal grammar, lebih baik ikut tips yang seterusnya.

2. Tonton filem/drama dengan sari kata Bahasa Inggeris

  • yang ni ramai penonton di Malaysia suka tonton filem atau drama atau animasi dari luar negara, amik remote astro dan terus tukar sari kata dalam bahasa Melayu. Nak belajar bahasa Inggeris, kalau boleh cuba elakkan menggunakan sari kata dalam bahasa Melayu dan belajar memahami jalan cerita guna sari kata bahasa Inggeris. Dengan tip ni boleh membantu meningkatkan grammar korang. Tapi ingat, pastikan korang cari filem/drama yang sesuai untuk korang.

3. Baca novel, buku cerita, majalah Dalam Bahasa Inggeris

  • Sejak demam filem Ombak Rindu, ramai dah minat baca novel especially pompuan. Cuba biasakan diri untuk baca novel atau buku cerita dalam bahasa Inggeris. kalau ada ayat yang tak paham, boleh rujuk kamus. If korang slalu amalkan tip ni, bukan sahaja korang paham jalan cerita tapi pada masa yang sama membantu memperbaiki grammar. Untuk majalah, Cik Bunny sarankan baca majalah yang berunsur scholastic magazines. Contoh majalah bahasa Inggeris yang dijual kat Malaysia ni adalah majalah Choice, Action, dan Scope.

4. Dengar dan Fahami Lagu Dalam Bahasa Inggeris
  • Sebelum itu, pastikan cari lagu2 yang mempunyai unsur grammar k sebab tak semua lagu omputih ada grammar. Bila sekali dengar pasti korang kurang paham apa maksud disebalik lagu tu. Seperti biasa cari je lirik lagu tu kat google dan bila dah jumpa, cuba fahami lirik lagu tu. Dengan cara ni lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.

5. Cuba Buat Entri Dalam Bahasa Inggeris
  • Sebagai blogger, tak usah fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak baca. Ingat, tak semua situasi cam ni akan berlaku. Buktinya, Eqbal Zack pon blogger yang banyak buat entri dalam bahasa Inggeris TAPI still banyak orang baca, komen dan follower pon dah beriban. Sebab ape? Sudah tentu sebab gaya penulisan yang menarik. So, cuba buat ayat sendiri dalam Bahasa Inggeris, no copy paste. Kalau ada yang silap, jangan malu (bukannya jumpa face to face pon), mungkin ada orang lain datang sudi betulkan yang salah. Kalau ada yang komplain, kutuk grammar tak betul, anggap saja itu dugaan dan menaikkan semangat untuk teruskan berblogging. Dengan cara ni boleh membantu menguasai grammar mahupon karangan BI.

Learning English actually is FUN jika korang kreatif menguasainya. Semoga tips ini membantu korang. Good luck =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



16 comments:

  1. tapikan...skrg ni....sarikata english kat dvd cam kentut!byk yg direct translation.hancusss....

    ReplyDelete
  2. good tips. Some people learn english tru blogging.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, empunya Blogger.
    Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com.

    Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

    Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html.

    ReplyDelete
  4. saya sekarang banyak baca novel english. hehe

    ReplyDelete
  5. ditag http://fatmafazira.blogspot.com/2012/02/mini-giveaway-by-cik-iylia.html

    ReplyDelete
  6. cik bunny..cik bunny ditag..
    jum join.. :)

    http://letsmeshowupyoursmile.blogspot.com/2012/02/luna-shoppes-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. hihihi sama kes la,mas klu english dok lemah.fhm,tpi bila nk ckp tak brpa cfdnt.hihi

    now tv pun dah siap alih suara melayu..abizla kanak2 nnti

    ReplyDelete
  8. nice.saya sendiri dah bertahun tak pakai english.pegi jepun,lagi teruk jawabnya.hahahah

    ReplyDelete
  9. bagus ni:) blh tgkatkan lg penguasaan bhsa inggeris,

    ReplyDelete
  10. huhu english sya memg teruk..good tips..sya akan cube amalkan..selalu gak bace article english tp through paper je..heee kalo novel, insyaAllah akan dicube..thanks...

    ReplyDelete
  11. tengok jer rancangan oh my english tu

    ReplyDelete
  12. betol2...VP mase skol2 dlu pown nak mahirkan BI banyak tgok Cartoon...huhu..

    ReplyDelete
  13. done following.. jemput lah ke ekynsnay.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  14. tips yg berguna

    ReplyDelete
  15. Saya amat setuju dengan pendapat awak... cuma saya rasa...
    hal nie perlu di kaji dengan lebih mendalam...


    my weblog; Buat Duit Online

    ReplyDelete