For You ^_^

Sunday, February 5, 2012

Tips Elak Mengumpat

Salam 1 blogger,

Sebelum itu, Cik Bunny ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada umat islam di seluruh dunia. Sambil mengurus sponsor2 untuk giveaway seterusnya, Cik Bunny nak share macam mana nak elakkan diri dari mengumpat. Dah lama tak share tips2 camni kan~keke...orang lain sibuk menyambut Maulidur Rasul, Cik Bunny pulak sibuk buat entri mengumpat. Bukan apa, sambil menyaksikan upacara sambutan Maulidur Rasul sudah tentu ramai rakan2, saudara mara dan kenalan korang dah berkumpul disana betul tak, jadi tidak mustahil berlakunya mengumpat tau. Bila dah bosan, aktiviti mengumpat semenangnya menjadi keutamaan. Sedar tak sedar, sebenarnya mengumpat ni besar keburukan selain dapat dosa kecuali urusan yang diharuskan kita mengumpat.




dipetik dari atok google



Disini Cik Bunny nak share cara cara untuk menjauhi mengumpat:

1) Diingatkan bahawa jika kita mengumpat, secara automatik kita sedekahkan pahala kepada orang yang diumpat!

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat TIDAK AKAN DIAMPUNKAN DOSANYA sebelum diampun oleh orang yg diumpat.” - Hadis riwayat Ibnu Adib Dunya dan Ibnu Hibbad"

walaupun orang yang diumpat tu jarang melakukan kebaikkan, tidak mustahil si dia dapat catatan amalan kebaikkan yang banyak di akhirat. Sebab apa?

Sabda Rasulullah saw lagi yg bermaksud :
"Di akhirat seorang manusia terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yg tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kepada Allah, "wahai Tuhanku, daripada mana datangnya kebaikan yg banyak ini? sedangkan aku tidak pernah melakukannya. " Maka Allah menjawab "semua itu pahala orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"

Orang yang suka mengumpat tu akhirnya memakan diri kerana orang yang diumpat pulak yang dapat banyak pahala hasil amalan kebaikkan dari si pengumpat. wahai si pengumpat, jangan jeles ye XD


2) Kurangkan mendengar gosip2, cerita panas dari artis atau orang lain mahupun layari laman web gosip
Orang yang pemes2 ni mudah diumpat betul tak. cuba berusaha untuk tidak singgah laman web gosip artis. Sudah tentu bila singgah, baca dan komen negatif, caci maki habis habisan kat artis tu tak ke dapat dosa, artis tu pulak dapat pahala? =_=
Kalau boleh juga, jauhi orang yang suka mengumpat atau nasihat je kat si pengumpat. Seperti gambar yang dijelaskan kat atas tu, yang mendengar pon dapat saham(dosa) yang sama dengan si pengumpat.

3) Jauhi Dengki

selain kita berusaha menjauhi mengumpat, kita kena menjauhi perasaan hasrat dengki kerana dengki juga boleh menjadi punca utama kenapa mengumpat berlaku. Bila dah jeles dengan kelebihan yang ada pada orang lain, dah mula nak memburukan orang lain dengan mengumpat. Akhirnya, jangan kata orang tu merana, TAPI kelebihan lagi ditambah dengan pahala dari si pengumpat.

Ok, itu saja Cik Bunny nak kongsikan. yang nak tambah lagi tu silakan =) semoga tips ni membantu kita untuk menjauhi mengumpat...


P/S: Kepada yang mengumpat cik Bunny tu terima kasih banyak2. hahaha
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



14 comments:

  1. yeahh.. tips yg brguna.. mngumpat skrg dh jadi mcm kebiasaan kan.. ~_~

    ReplyDelete
  2. tip berguna,, nice entry,, slm maulidur rasul yer,, ^^

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul :)

    thanks mengingatkan, Insya'Allah :)

    ReplyDelete
  4. salam,tkasih dgn ingatan ni..salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing, btl tu kan.. dgr je dah dpt dosa.

    ReplyDelete
  6. thanks for the remind. mengumpat ni memang bahaya. dosa secara senyap2.

    ReplyDelete
  7. sempena Maulirurrasul ini bolehlah usahakan supaya kurang mengumpat.

    ReplyDelete
  8. terima kasih bg tips.Skrg nii,ssh nk elak dr mgumpat --'' salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  9. ngumpat tu nasi. makanan ruji. bukan begitu?

    ReplyDelete
  10. http://gacontestsunsweetz.blogspot.com/2012/02/1st-giveaway-by-atirah-hayati.html

    ReplyDelete
  11. Dear macam mane nak jd sponsorship ur GA ?

    ReplyDelete
  12. tips ney sangat sesuai di guna pada bulan puasa ney haha

    ReplyDelete