For You ^_^

Wednesday, March 21, 2012

Hati hati Buat Ucapan Untuk Pengantin Baru


hiasan dari google

Salam 1 Malaysia,

Ucapan kepada pengantin baru sudah menjadi kebiasaan kita. Islam telah digariskan ucapan selamat adalah paling baik dan amat digalakkan kita mengamalkannya. Tapi sedar tak sedar, bukankah ucapan kepada pengantin baru adalah satu doa? Sebut saja doa, itulah kita patut kena alert! Jangan main ucap je tanpa asal usul makna disebalik apa yang kita ucapkan.


Berikut adalah ucapan doa doa yang salah:

1. semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu
Huraian: Ucapan ini yang slalu kita dengar. Cuba baca dan fikir betul2. Bahagia hingga ke anak cucu? Bagaimana pula kebahagiaan pasangan selepas ada anak cucu? Adakah doa kebahagiaan sampai ke anak cucu saja? Lagi satu, kalau setakat bahagia bagaimana pula dengan keberkatan? Ingat, pasangan yang bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya. Wallahu’alam.


2. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
Huraian: Jika berdoa semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, bagaimana pula dengan selepas akhir hayat? Yang berkekalan belum tentu ada kebahagiaan berpanjangan dan keberkatanNya. Bagaimana pula pasangan nak berpisah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan atau mungkin membawa kesengsaraan? Takkan la kena terus kekal kalau keadaan cam ni.. Renung renungkanlah.

3. Semoga dimurahkan rezeki
Huraian: Ucapan ni jarang kot kita dengar. Kalau setakat rezeki je yang lain pulak macam mana? =.=




Cara Terbaik memberi ucapan kepada pengantin baru:


Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)“



Cik Bunny rasa ramai yang tak tau hal ni. Bukan kerana ucapan-ucapan itu salah, tetapi alangkah baiknya bagi ucapan secara menyeluruh dan tepat. Pada yang dah baca entri ni, Cik Bunny harap agar kita berhati hati apabila memberi ucapan selamat. Peringatan juga untuk diri sendiri =.=

P/S: Dapat sumber dari tok imam. Kalau nak tambah, silakan =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



6 comments:

  1. hehehe,sy slalu wish ' moga kekal hingga hujung nyawa ' :D

    ReplyDelete
  2. rujuk lagu maher zain, barakallahulakuma wabarokaalaikuma wajamaabainakumafikhair. (itu lah doa pade pengantin baru yang di attach oleh cik bunny dlm hadis di atas) :)

    ReplyDelete
  3. lamak dh pikir hal tok.. cuma.. malas nk lalek..

    ReplyDelete