For You ^_^

Monday, April 9, 2012

Salah Faham Usia Sebenar Cik Bunny

Salam 1 Malaysia,

Sedar tak sedar, ini yang berlaku pada Cik Bunny. Cik Bunny sendiri tak paham kenapa segelintir pengunjung mahupun saudara dan sahabat handai menganggap Cik Bunny ni budak sekolah sampai ada yang cakap muka Cik Bunny ni macam budak sekolah rendah padahal dah hampir 3 tahun Cik Bunny tinggalkan sekolah menengah. Sejak kebelakangan ni, Cik Bunny jarang nak amik gambar sendiri masuk dalam blog. Mybe malas kot =.=

Sejujurnya, pada tahun 2012, Cik Bunny dah berumur 20 tahun. Bukan 2 taun atau 12 tahun k. Gilo apo umo 2 taun pon pandai buat blog =.=" Cik Bunny tak paksa korang samaada percaya atau tidak. Di usia 20 tahun ni Cik Bunny bukan digelar budak sekolah lagi tetapi seorang guru. Guru yang mengajar semua mata pelajaran untuk sekolah rendah dan pra-sekolah. Nak layan kerenah murid2 bukanlah semudah yang disangkakan =.=




Bila gambar dikecikkan nampak macam budak skola rendah ada facebook, tapi bila gambar dizoomkan....


bukanlah budak sekolah rendah yang disangkakan =.=

Gambar diatas ni diambil pada tahun lepas iaitu 31 Disember 2011, masa tu birthday Cik Bunny yang ke-19.

Kalau jumpa face to face, mungkin korang nampak Cik Bunny macam budak sekolah menengah sebab mungkin ketinggian Cik Bunny agak rendah dan kurang kedutan pada muka. Sebut pasal kedutan, teringat khasiat daging ayam. Korang tau tak daging ayam pon ada khasiat tersendiri tau.


Apa yang Cik Bunny tahu, daging ayam bukan sahaja menyelerakan, malah daging ayam juga menbekalkan protein, niasin,vitamin B6, zat besi, zink dan selenium. Untuk pengetahuan korang, selenium yang berkesan untuk menghilangkan kedutan serta mencegah kebotakan. Bagi yang ada masalah kedutan atau serangan penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia, boleh cuba makan daging ayam ni. Jangan overdose sudah.



Cik Bunny ni seorang yang kuat makan daging ayam. Sejujurnya, tanpa daging ayam, no lunch and dinner. Kalau tak da daging ayam, daging lain pon jadila asalkan bukan daging khinzir mahupon daging manusia, yang penting BERSIH DAN HALAL =.=*



With simple makeup, just use Silky White Lightening Pressed Powder dan lips. Muka orang baru lepas jalan kaki balik dari kenduri kawin. Lipstik dah hilang sebab makan dan powder mungkin dah kurang kot.



Lastly,
FAHIMA, IN 2012, YOU ARE ALREADY 20 YEARS OLD! FULL STOP!



P/S:
Cantik itu tak hanya anugerah, tapi juga ujian yang sangat berat. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita bukannya berdengki, benci dan cemburu. Peringatan untuk diri sendiri juga =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



13 comments:

  1. akak pun ingat awak still sekolah menengah...maybe muka awak nampak awet muda...huhu..sorry sebab tersalah faham ye..:)

    ReplyDelete
  2. la....

    muda lagi ek.. jauh gak umur kita berdua nie kan

    ReplyDelete
  3. nampak mcm bukan 20. hik hik,nampak matang je muka. maybe sbb dah keje as cikgu...

    ReplyDelete
  4. @nur anis
    maaf diterima ~keke

    @bro
    tau tak pe =p

    @cik farizam
    agak cam tu kot =.=

    ReplyDelete
  5. SAMA!! -____-

    sy pon da nak masuk 20 tahun this year. tp orang selalu ingat sy sekolah menengah. kadang kadang dyeorang ingat adik sy yang form 5 tu AKAK sy! >.<

    ReplyDelete
  6. hehe..
    muke nampak kebudak2an kot..

    . encikkai.com .

    ReplyDelete
  7. tetap muda lagi walaupun 20 tahun kan.hehehe...nanti dah umur 30 pon tetap nampak cam budak skolah.dah jadi mak orang pon takde beza rasanya

    ReplyDelete
  8. Ouh, akak lah ye. ingatkan sekolah lagi. hihi (:

    ReplyDelete
  9. Lahh,ingat budak sekolah lagi..tukar la gambar kat blog..letak gmbar yg matang sikit..hehe

    ReplyDelete
  10. muka CB yg last tu mcm makcik saya yg umur 14 tahun . siyes! taktipu ^^

    ReplyDelete
  11. lorr 20 tahun ehh. muka muda cm dak skolah.. xpe tu 1 keistimewaan kita.. dapat smbunyikan umur sbnar

    ReplyDelete
  12. It's great, i've read rich knowledge in here www.wisatajawatimur.com

    thank,

    ReplyDelete
  13. hehe. sangat bese salah paham macam ni. kdg cekgu kecik je. anak murid besor. :)

    ReplyDelete