For You ^_^

Tuesday, April 3, 2012

Tips Rambut Sihat

Salam 1 Malaysia,

Minggu lepas, Cik Bunny dah share Petua Keringkan Rambut dan kali ini nak share tips rambut agar kekal sihat sepanjang masa. kadangkala kita kesibukan sampai tak sempat nak manjakan rambut kita sendiri. Rambut ibarat mahkota kepada semua manusia. Tak kira perempuan atau lelaki, bertudung atau tak, Kita yakin ke bila rambut kita sendiri tu berkelemumur, kusut, gugur, gatal, rosak dan lain2? Dah tentu tidak kan? Sapelah tak nak rambut sihat =.=

mood tengah buat cubaan pakai shawl. lupakan flash kamera tak kualiti =.=

Sebenarnya simple je buat rambut kita kekal sihat tanpa belanja mahal pergi spa rambut asalkan kita pandai menjaga dan memeliharanya. Cuba ikut cara ni:


1) Amalkan Cara Hidup Sihat
seperti bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat dan tidak merokok. Tak lupa juga minum banyak air. At least 8 gelas sehari. Boleh rujuk entri ni.


2) Tidur Secukupnya
jauhi stress dan jangan bebankan fikiran korang dengan pelbagai masalah sampai tak boleh nak tidur. Ini menyebabkan peredaran darah menjadi tidak lancar so rambut akan menjadi lebih kusam. Lagi satu, jangan sesekali ikat rambut ketika tidur. Nanti rambut cepat gugur.


3) Produk Rambut yang Sesuai
jangan cepat terpengaruh dengan iklan produk rambut Sebab bila skali pakai nanti rambut jadi rosak. So, pilih produk rambut yang sesuai dengan rambut kita. Kalau boleh, pilih minyak wangi atau krim rambut yang mengandungi vitamin E dan tidak beralkohol. Nak kasih rambut lebih segar lagi, gunakan toner rambut atau moisturizer rambut.


4) Syampu yang Sesuai
seperti yang dinyatakan dalam tip no.3, tak semua produk rambut sesuai dengan rambut kita. Begitu juga dengan syampu. Apa yang Cik Bunny tahu ialah sekiranya kerap garu kepala selepas pakai syampu yang baru pernah korang pakai, itu tandanya syampu tersebut tidak sesuai dengan rambut korang. Jadi, pakai syampu ikut kesesuaian rambut. Cik Bunny sarankan pilih syampu yang diperbuat daripada bahan2 semulajadi.


5) Keringkan Rambut Dengan Cara yang Betul
bagi yang nak ikat rambut dan wanita bertudung, pastikan rambut betul2 kering sebelum diikat dan pakai tudung bagi mengelakkan rambut gugur dan berkelemumur. Boleh rujuk entri Petua Keringkan Rambut Dengan Sihat.


6) Gunakan Sikat yang Bersih
Pastikan sikat sentiasa bersih, kering, tiada habuk dan bebas bakteria. Jika perlu, cuci sikat dengan sabun antibakteria sebelum sikat rambut. Lagi satu, jangan sikat rambut kalau rambut masih basah. Ini bagi mengelakkan rambut cepat gugur.



Jika amalkan selalu, Insyaallah rambut sentiasa sihat sepanjang masa. =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



11 comments:

  1. mcm saya pulak, rambut saya panjang, serius tersangat susah nak jaga rambut panjang2 ney...

    ReplyDelete
  2. Salam.. Hai cik bunny :)
    saya ade tag awak dalam satu contest nie .. tengok page nie http://milamilo93.blogspot.com/2012/04/cantik-bertudung-by-farina-hunny.html
    kalau senang.. join lh sekali ye :))

    ReplyDelete
  3. Hi , Awesome blog and nice entry ! Done follow u. I will always support ur blog !! Chills :*

    http://secret-domokun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tapi diri ini memang jenis tak keringkan rambut betul2.sikat pon tak pakai.gune jari jela sebagai sikat kasi rambut pacak2. :P

    ReplyDelete
  5. rambut tak brape nak kering di pagi hari kerje. ;)

    ReplyDelete
  6. info berguna.. cinta...


    thank sharing...

    ReplyDelete