For You ^_^

Friday, April 13, 2012

Tips Tingkatkan Jualan Ruang Iklan di Blog

Salam 1 Malaysia,

According dari entri lepas iaitu Catat Lebih dari RM100 kerana Jual Ruang Iklan di Blog Sendiri! dan memandangkan dah ramai yang setuju untuk minta Cik Bunny kongsi tips bagaimana untuk tingkatkan jualan ruang iklan di blog, so hari ini cik Bunny pon nak share. Untuk pengetahuan anda, menjual ruang iklan di blog merupakan salah satu cara untuk buat duit melalui blog selain Heartbeat, Churp2 dan lain2. Tips? sila baca entri ni sampai habis....





1) Buatkan Entri

Yela, kalau nak buka ruang iklan mestilah kena buatkan entri skali. Jangan main letak banner ruang iklan je tanpa ada link entri pengiklanan. Sebab pelanggan yang berminat untuk sewa iklan dah jadi tak minat sebab mereka tak tahu mana perginya maklumat mengenai pengiklanan =.=
Korang boleh tengok contoh entri pengiklanan di blog Cik Bunny di SINI. Cik Bunny tahu sekarang ni ramai blogger yang copy entri Pengiklanan Cik Bunny di blog mereka. Tapi takpe. Cik Bunny maafkan. Nama pon Inspire Bunny


2) Harga sesebuah ruang iklan hendaklah ditentukan berdasarkan trafik dan saiz iklan
Biasanya harga sesebuah ruang iklan ditentukan berdasarkan jumlah pelawat atau unique visitors(UV) yang singgah blog setiap hari, setiap bulan mahupun setiap tahun. Juga kebanyakan blogger menyediakan saiz iklan seperti 100 x 100px, 125 x 125px dan sebagainya. Jadi, pastikan letak harga ruang iklan berpatutan. Contohnya, sekiranya trafik blog anda mencecah 10k sebulan, Cik Bunny cadangkan letak harga dalam lingkungan RM5 hingga RM20 dan sekiranya saiz ruang iklan lebih besar, maka harga tersebut lebih tinggi. If korang nak buka ruang iklan kat blog, Cik Bunny sarankan untuk letak harga yang murah walaupun trafik tinggi dan berkemungkinan besar dengan cara ni mungkin ramai pelanggan berminat untuk menyewa ruang iklan korang ^_^

3) Promosi Entri Pengiklanan
Bermacam macam cara nak promosi entri pengiklanan, sama seperti kita promosi blog jugak. Seperti ping entri pengiklanan di facbook fanpage/group blogger, blogwalking dan lain2. Tapi kalau nak promosi entri pengiklanan tu kena bertempat k.


4) Review Secara Percuma di Blog
Walaupun blog anda personal, sekali sekala la untuk menulis mengenai review produk kecantikan, filem dan sebagainya secara percuma. Paling bagus buat review yang menarik perhatian pengunjung. Berkemungkinan besar dengan cara ni akan menarik perhatian pelanggan untuk menyewa ruang iklan di blog anda melalui hasil penulisan review anda sendiri. Dulu Cik Bunny pernah buat free review sekali, lepas tu ada 2-3 pelanggan yang berminat untuk menyewa ruang iklan Cik Bunny. Berbaloi kan buat free review ^_^


5) Tiada unsur penipuan sepanjang pengiklanan dijalankan

Contohnya, lepas korang dah letak banner pelanggan di blog, then korang sendiri klik banner pelanggan supaya pelanggan fikir trafik blog/website referral mereka dari blog korang sendiri.
Mereka tu dah la bayar korang, senang2 je nak tipu diorang. Cuba fikir, duit jualan ruang iklan dengan cara menipu pelanggan, halal ke tak? Berkat ke tak? Renung renungkanlah...



Ok, setakat ini saja Cik Bunny kongsikan untuk korang semua. Semoga tips2 diatas ni membantu korang buat side income melalui ruang iklan di blog. GOOD LUCK ^_^


P/S: Kepada sesiapa yang berminat untuk promosi bisnes atau personal blog/website anda di Blog Cik Bunny, sila rujuk di entri Pengiklanan. Untuk rujukan trafik di SINI.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



13 comments:

  1. owh ,macam tu ek , kadang2 ada jugak blogger yang letak harga tinggi bagi satu2 tempat pengiklanan dia , haishh ,

    satu info baru hari nih , terima kasih :D

    ReplyDelete
  2. tak sampai tahap nie lagi... blogger kecik jer... mgkn satu hari info nie berguna utk ain jgk :)

    jom baca entry ni

    http://nurain82.blogspot.com/2012/04/aaron-aziz-putar-belit-betul-ke.html

    ReplyDelete
  3. It's great, i've read rich knowledge in here www.wisatajawatimur.com

    thank,

    ReplyDelete
  4. kagum denagn fahima ni, rajin sangat :)

    ReplyDelete
  5. Hee , nak copy entri ni boleh tak?

    Mana tau , kalau hati saya terniat nak buat ^^

    ReplyDelete
  6. @AMNA
    boleh =)

    @Wisata Jawa Timur
    sama2

    ReplyDelete
  7. tu lahhhh. cik bunny ni, ade je idea die. ;)

    ReplyDelete
  8. terima kasih cik bunny,kakzi berminat dan buat dah :) nanti kakzi pun nak ikut tips yang cik bunny bagi ni. sangat2 informative and thanks for sharing dear..

    ReplyDelete