For You ^_^

Tuesday, April 17, 2012

Tips Wajah Segar Dari Cik Bunny [Part 1]

Salam 1 Malaysia,

Kulit wajah yang segar juga sememangnya menjadi idaman wanita dan lelaki. Siapa tak nak wajah segar sepanjang hari kan? Now, Cik Bunny nak share good tips bukan sahaja untuk perempuan malah lelaki pon boleh cuba bagaimana untuk mengekalkan kesegaran wajah sepanjang masa. Wajah segar tersangatlah penting agar kita yakin sentiasa, fokus dengan kerjaya or school work, and mampu kurangkan stress korang.





1) Air
nak wajah segar kena minum banyak air mineral or air yang dah masak. At least 8 gelas sehari. Air mengandungi oxygen dan hydrogen (h2o). Air bukan sahaja untuk menghilangkan rasa haus dan membuang sisa toksin dalam tubuh badan kita, actually kulit wajah kita juga memerlukan oxygen sepertimana kita menghirup udara segar setiap hari so kita perlukan air.


2) Tidur
bukan bermaksud tidur sepanjang masa tapi tidur dengan secukupnya. Kalau boleh, cuba tidur sekurang kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang tidak secukupnya akan memberi kesan pada segala hormon2 dalam tubuh kita menjadi tidak menentu kerana stress dan bebankan fikiran dengan pelbagai masalah so kulit muka yang segar jadi terbantut. Lagi satu, elakkan tidur dengan muka yang ditutup.


3) Hygiene

Pada Cik Bunny, hygiene juga bermaksud kebersihan diri dan amat penting untuk kulit muka kita. Always cuci muka selepas bangun dari tidur dan selepas pulang dari kerja atau sekolah untuk mengembalikan kesegaran wajah. Elakkan tidur dalam keadaan rambut yang masih basah. Basuh tangan sebelum menyentuh kulit muka bagi mengelakkan bakteria dan kuman akan merebak pada kulit muka. For girls yang nak make up tu, pastikan berus makeup atau span sentiasa bersih. Cik Bunny tahu tak ramai yang rajin buat camni betul tak? =.=" Kalau boleh tolong biasakan diri dengan amalkan hygiene k.


4) Produk Kecantikan yang Bersesuaian
Kulit muka setiap orang amatlah berbeza. Katakan korang ada masalah jerawat pada muka tapi guna produk untuk hilangkan black pore, apa akan terjadi pada muka korang? Mungkin kulit muka jadi lebih teruk sebab bahan kimia pada produk tu tidak sesuai dengan kulit muka korang. So,jangan buat camtu eh. Sebelum guna produk kecantikan, identify jenis kulit muka korang terlebih dahulu. Jangan cepat terpengaruh dengan iklan2 produk kecantikan di tv, radio dan lain2 dan jangan terlampau bergantung kepada produk kecantikan.


5) Amalkan Cara Hidup Sihat
seperti bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, tidak merokok dan jauhi stress. For those yang nak atau terpaksa menghadap depan komputer sepanjang masa kerana urusan kerja, kalau boleh lepas 20-30 minit menghadap komputer, sekali sekala berjalan kaki keliling rumah or pejabat dalam masa 5-10 minit and after that barulah menghadap komputer semula. Pastu ulangi apa yang kita buat lepas 20-30 minit menghadap komputer.




Good Luck ^_^


pasni sambungan part 2 pulak...

Sumber inspirasi: Bubzbeauty
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



12 comments:

  1. that good..thanks for the tips..:)

    ReplyDelete
  2. nice tips. btw, akak punye kulit cantik (:

    ReplyDelete
  3. wah kulit cik bunny xde jerwat n parut pun.. oh tersgat jeles.. muka sy byk parut ekeke

    ReplyDelete
  4. @NeRBidaYu MoNer
    sama2 =)

    @shiema sufian & @AMALINA YAAKUB
    kembang hidung lepas baca ur comment XD

    ReplyDelete
  5. nice one.saya pakai pe yang aaron azis pakai.aci tak??hahah

    ReplyDelete
  6. terima kasih cik bunny utk tips ni... lps ni mseti cuba dah.. xmau la muka kusam2..

    ReplyDelete
  7. yg no 5 tu kadang² tak dapat nak buat sbb ralit sgt ngadap pc. hee.

    ReplyDelete
  8. tips yang terbaik . kena amalkan nie :D

    ReplyDelete
  9. cik bunny anda ditag

    http://meeralymie.blogspot.com/2012/04/segmen-aien-nak-review-blog-korang.html

    ReplyDelete
  10. macam mana nak atasi susah tidor. ehehe. susah tido la skang :)

    ReplyDelete