For You ^_^

Monday, April 23, 2012

Tuah si Budak Comel

Salam 1 Malaysia,
Timbul je tajuk macam ni korang rasa berapa ramai lelaki yang singgah entri ni?

Tahun ni Cik Bunny mengajar di kelas tuisyen. Untuk kelas junior je (tadika - sekolah rendah). Kelas ni akan start pada waktu petang. Termasuk kelas senior(sekolah menengah). Kira Sesi pembelajaran dan pengajaran antara kedua dua kelas dilaksanakan secara serentak. So, bila kelas Cik Bunny dah start waktu belajar, bukan sahaja melaksanakan pembelajaran dan pengajaran, malah gelagat murid murid sentiasa diperhatikan oleh guru. Tegas tetap tegas.

Cik Bunny nak memperkenalkan salah seorang murid cik bunny, nama tak boleh didedahkan, just bagi nama si budak comel kat blog ni. Umurnya 6 tahun. Wajahnya memang comel, ala ala korea gitu. Yang pasti, dia seorang pendiam, tak nakal dan pemalu. Sekarang, dia dah pandai bergaul dengan rakan2 sekelasnya. Dari awal2 lagi Cik Bunny dah ajar cara baik nak berinteraksi dengan rakan2. Apa yang penting dia sentiasa bersemangat untuk belajar dan peka dengan apa yang cigu ajar. Great boy! ^_^


Beg pemilik si budak comel

Buat masa ni, semua situasi kat bawah inilah diperhatikan oleh Cik Bunny antara si budak comel dengan pelajar2 senior(perempuan) .



situasi 1
Kalau si budak comel nak pinjam pensil dari pelajar senior:
berebut rebut nak bagi kat si dia. walaupun si dia dah gigit pensil milik mereka, bukan sekadar menerima kemaafan, tapi pensil tersebut tak perlu dibasuh sampai bila2.


situasi 2
Kalau si budak comel susah nak buka keropok, etc :
dialog paling first dari pelajar perempuan,"takpe, biar saya yang tolong buka"


situasi 3
Kalau ada orang kacau atau cuba buli si budak comel:
"jangan kacau boyfriend aku!" ~jerit pelajar perempuan dengan penuh perasaan perasan ~


situasi 4
Kalau si budak comel nak balik dari kelas tuisyen:
pelajar perempuan tolong buka pintu, siap cari selipar untuk si dia. Walaupun hari hujan, mereka sanggup payungkan si dia sampai ke rumah (padahal bersebelahan dengan rumah cikgu je).


situasi 5

Kalau si budak comel bagi salam dan cium tangan mereka:
ibarat reaksi peminat2 kpop fanatik apabila melihat artis idola mereka baru saja selangkah naik atas pentas.


Situasi 6
Reaksi cikgu bila berdepan dengan situasi 1 hingga situsai 5:
tak kisah comel atau tak tapi kalau sampai ada murid murid aku tu nangis, nahas korang https://lh5.googleusercontent.com/-Lsqp1Ta3O2M/TnhoxTgDyzI/AAAAAAAAFbU/-GqFAKEkbw8/s20/loo.gif


Sepanjang kelas tuisyen dijalankan, situasi macam mana skalipun, si budak comel tu tetap tidak mematahkan semangatnya untuk teruskan belajar...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



9 comments:

  1. sweetttttt. hee. patut lah cik bunny lame tak update. ;)

    ReplyDelete
  2. teringin nak tengok muke budak comel tu. :D

    ReplyDelete
  3. @Ardini Izzati
    yup

    @9n0L4
    sebab tu kot CB dah lama tak update =.=

    @Ika
    gambar murid2 memang tak boleh didedahkan

    ReplyDelete
  4. hehe. skali skale lame tak update okey jugak kan, ade org rindu. ;)

    ReplyDelete