For You ^_^

Wednesday, June 13, 2012

Tips: Tanda Tanda Minyak Masak Terpakai Perlu Dibuang

Assalamualaikum dan hi,

Sejak menenjak sibuk dengan kerja, tempahan dan promoting, dah lama tak kongsi tips yang pastinya amat berguna untuk korang. Hari ni Cik Bunny nak kongsi bagaimana untuk mengenali minyak masak yang digunakan perlu dibuang. Sebenarnya Cik Bunny dapat tips dari mak yang baru pulang dari bengkel SIRIM. free of charge plak tu ~keke

Back to topic. Tak salah kita boleh guna minyak masak yang digunakan untuk menjimatkan wang tapi jangan terlampau jimat minyak masak sangat sampai tahap Hagemaru sudah =.=


Sumber dari google

Berikut merupakan tanda tanda minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang:

1) Ketika menggoreng makanan, timbulnya pembuihan dan kepekatan minyak
Kalau korang mengalami situasi macam ni semasa menggoreng, Cik Bunny sarankan angkat dan tus makanan yang digoreng walaupun belum masak dan minyak tersebut kenalah dibuang sepenuhnya. Oh, ya. Jangan lupa cuci kualinya skali k http://www.wistreetscene.com/forum/images/smilies/trollface.gif

2) Makanan yang sudah digoreng tetiba mempunyai warna terlalu perang atau rasa yang tidak sedap disebabkan sisa dalam minyak masak
korang rasa nak makan lagi ke tak kalau makanan dah jadi tak sedap?

3) Warna minyak masak berubah jadi warna terlalu keperang-perangan dan perubahan bau
Bila warna minyak masak dah berubah dan baunya langsung tak macam bau minyak masak yang lain, tunggu apalagi takkan la nak guna lagi =.="


Maklumat tambahan. Pastikan minyak masak yang tidak digunakan lagi kenalah disejukkan sebelum membuangnya. Kalau boleh, kumpul minyak tersebut ke dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak. Bukan apa. kalau buang minyak masak ke dalam sinki dan longkang, berkemungkinan besar boleh menjejaskan sistem paip, longkang dan pengaliran air. Tak ke rugi besar kena beli segala bahan yang berkaitan dengan paip hanya kerana minyak masak? So, sila take note k. Harap maklum...


P/S: derma ayam goreng untuk Cik Bunny boleh? TEKAN SINI. Nak tips lain boleh TERJAH SINI k. *wat muka berpuluh puluh sen
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



11 comments:

  1. kalau dah tukar kaler mmg cik en dah tukar

    ReplyDelete
  2. minyak masak ni seeloknya guna sekali...info yg berguna. :)

    ReplyDelete
  3. minyak lama pom bau tengikk...huhu

    ReplyDelete
  4. Info yg bgos...tp mmg kalo tgk minyak 2 da btukar wrna,tkar ajer..hehe

    ReplyDelete
  5. oh baru saya tau...thanks for the info ! :)

    enciksyazwanpunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. oh !
    thanks Cik bunny sebab bagi tips ni

    ReplyDelete
  7. mekaseh 4 d info ... tp kt uma CP kalaw minyak limit 2x , then memg buang , then tgk gk , minyk tuh masak apew sebelum tuh , bukan semua boleh simpan .. hehehe ~

    ReplyDelete
  8. oooo...camtu ek.baru kutau.time kasih ye.hehe

    ReplyDelete