For You ^_^

Friday, December 14, 2012

Lagi Blogger Lelaki Pilihan

Assalamualaikum dan hi,

Selepas Blogger Lelaki Malaysia Pilihan iaitu Khalid Kyle, saya nak share satu lagi blog lelaki pilihan yang Cik Bunny review dan sememangnya korang memang nak tekan butang follow blog kerana blog ni menamparkan informasi terbaru serta tips yang menarik plus berguna tanpa mengira perempuan mahupun lelaki iaitu......

*singgah dan klik follow

Siapa owner blog Kopi Ooi ?

Nama: Alif Azrai
Asal: Kota Baharu, Kelantan, Malaysia
DOB: 21 September 1987
Start blog: Disember 2012

*selanjutnya sila LIKE facebook fanpage di https://www.facebook.com/KopiOoiBelog
*harap maaf sekiranya gambar owner takde maybe sebab terlalu hensem nak share kat fb mahupun blog ~muekekeke XD

Saya nak share salah satu tips dari blog Kopi Ooi menjadi rutin harian kita.

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

selanjutnya di http://kopi-ooi.blogspot.com/2012/12/tips-mengurangkan-atau-mengelak-jerawat.html

P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan atau komen mengenai Kopi Ooi sila ke blog http://kopi-ooi.blogspot.com atau facebook fanpage https://www.facebook.com/KopiOoiBelog
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html