For You ^_^

Saturday, April 28, 2012

Jom UNDI sponsor pilihan untuk Giveaway Cik Bunny




Salam 1 Malaysia,
seperti yang dinyatakan dalam entri ini, hanya pilih seorang penaja sahaja yang terpilih berdasarkan undian tertinggi kecuali kalau ada sponsor dapat markah seri atau undian tiada sambutan.


Berikut adalah senarai butiran penaja yang diterima:

Sponsor Nombor 1
NMA Shop (sponsor baju couple untuk 1 pemenang) - gambar hadiah

Sponsor Nombor 2
Cik Lily (sponsor cash rm20 untuk 2 pemenang. Means RM10 seorang)

Sponsor Nombor 3
noorlina (sponsor topup RM5 untuk 1 pemenang)

Sponsor Nombor 4
Miss Amateur Cook (sponsor keychain & fridge magnet dari mesir setiap seorang untuk 3 pemenang)

Sponsor Nombor 5
HAZIATI ATIEY (sponsor Free Blog Design untuk 1 pemenang)

Sponsor Nombor 6
Pupel Liyana (sponsor Shawls Cotton Dwi Corak untuk 2 pemenang) - gambar hadiah

Sponsor Nombor 7
TehaaNFM (sponsor topup RM5 untuk 2 pemenang)

Sponsor Nombor 8
Misz MariA (sponsor 2 pcs Voucher KFC untuk 1 pemenang) - gambar hadiah

Sponsor Nombor 9
Fyza (sponsor keychain nama untuk 1 pemenang) - gambar hadiah

Sponsor Nombor 10
AmerCorner (sponsor buku komik: Kompilasi Lawak Campus untuk 1 pemenang)- gambar hadiah

Sponsor Nombor 11
Atirah Hayati (sponsor header untuk 3 pemenang) - gambar hadiah


Apa yang perlu korang buat ialah just undi penaja mana yang korang nak untuk giveaway Cik Bunny nanti.


How To Vote?
Tinggalkan komen dengan ayat ni, " Saya pilih sponsor nombor __" . Tu je. tak susah kan ^_^


Syarat Mengundi:
  1. mempunyai id follower / google account.
  2. boleh undi lebih dari seorang TAPI sekiranya undi lebih dari 3 sponsor, undian tersebut automatik tidak dikira. Tepat 3 sponsor tak pe.
  3. undi melalui komen entri ini sahaja. kat tempat lain tidak diterima.
  4. Undian akan dibuka selama 2 hari. Jadi undian ditutup pada 29 April 2012, pukul 8 malam. Selepas itu Cik Bunny akan disable comment untuk entri ni.
  5. Sebarang penipuan sepanjang undian dijalankan automatik tidak diterima.



Tips untuk menang?
share, share dan share entri ni tak kisah dengan cara apa skalipun. Jangan paksa orang mengundi sudah =p



GOOD LUCK ^_^

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, April 26, 2012

Sponsor Untuk Giveaway Cik Bunny DIBUKA lagi!

Salam 1 Malaysia,

Semalam Cik Bunny ada buat entri pasal giveaway di INI. Pada mulanya Cik bunny nak minta sponsor cash, memang ada orang sudi nak sponsor cash. Tapi memandangkan dah ramai merayu untuk sponsor barangan lain selain cash. So, Cik Bunny nak putuskan untuk buka peluang sekali lagi kepada mereka yang sudi sponsor untuk giveaway Cik Bunny. Jadi, korang boleh sponsor apa saja tak kisah sponsor barangan, topup blog content dll....


Kelebihan sponsor:
1. saya cuma cari 2-4 sponsor saja. jadi lebih memudahkan peserta ikut syarat. sbb kalo ramai sponsor, syarat lagi berat.
2. buat review.
3. tapak iklan free selama sebulan( pakej A)
4. peserta kena follow blog & like fanpage sponsor dll. (bergantung pd syarat permintaan sponsor samaada wajib @ tidak)
5. logo sponsor di banner giveaway.
6. target yang akan join: 500 peserta atau keatas.



Jika berminat, hantarkan butiran berikut:


  • URL blog/fb fanpage:
  • nama hadiah:
  • untuk berapa pemenang:
  • ada apa2 syarat untuk peserta GA? :
  • gambar hadiah (jika ada):
  • kos penghantaran kpd alamat pemenang (diisi utk sponsor barangan sahaja) : Penganjur @ sendiri?

hantarkan ke Facebook atau email: imafahima@yahoo.com


Peringatan:
  1. serious sponsor only.
  2. apply sponsor akan ditutup pada 27 April 2012, pukul 4 petang.
  3. butiran yang tidak lengkap takkan dilayan.


Cik Bunny akan buat satu entri untuk undi sponsor. Jadi hanya seorang sponsor sahaja dipilih berdasarkan undian tertinggi dari blogger lain. Bukan undi like itu like ini k. Just drop komen nak pilih siapa. Undian hanya dilakukan selama 2 hari saja. Sebab kalau Cik Bunny yang pilih sponsor takut tak pasal2 Cik Bunny kena marah dari pihak sponsor lain. Bukan apa, kalau Cik Bunny pick ramai sponsor boleh menjejaskan benefits apa sponsor dapat. Cik Bunny harap korang faham. Dengan cara ini, lebih adil kalau blogger lain atau bakal jadi peserta GA yang tentukan. Win win situation rite image01_2.gif


Cik Bunny: itulah cabaran jadi seorang penganjur giveaway. Nak amik hati dari pihak sponsor bukanlah semudah yang disangkakan apatah lagi keadilan. Kalau kita bijak menguruskan, Insyaallah semuanya berjalan dengan lancar.

P/S: selalunya undi peserta, tup2 undi sponsor plak =.="
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, April 25, 2012

Cik Bunny Rancang Buat Giveaway Senyap senyap?

Salam 1 Malaysia,

Cik Bunny sendiri dah seram baca tajuk entri ni. Sebelum entri ni muncul, nobody yang tahu sebenarnya awal2 lagi Cik Bunny dah rancang nak buat giveaway soon melainkan sponsor sendiri dan saksi yang tengok Cik Bunny minta sponsor ~hahaha

Dah 2 kali Cik Bunny anjurkan giveaway dan ni kali ke-3 Cik Bunny nak rancang buat giveaway lagi. Dah confirm ke? Yup memang dah confirm Cik Bunny nak buat giveaway yang ke3! Tapi untuk giveaway ni agak beza skit. Kalau nak tau giveaway kali ni mempunyai syarat yang PALING MUDAH berbanding giveaway2 Cik Bunny yang lepas. Sebab apa? sila baca entri ni sampai habis =.=*

Baru baru ni Cik Bunny terima tajaan dari Butikpinkku dan akhirnya sampai ke tangan Cik Bunny. Ada 5 tudung. Bab berapa pemenang tu terpulang pada Cik Bunny sendiri.


Hai Cik Bunny. Tak jemu lagi ke jadi penganjur giveaway/contest lagi? loh, sukahati akulah nak buat apa. Cuti kerja tak lama lagi. So, peluang banyak luangkan masa dengan blog. siapa tak nak hadiah free kan? =.=



Untuk pengetahuan korang, Cik Bunny hanya pick 2-3 sponsor saja so giveaway inilah yang paling sedikit amik sponsor. Lagi mudah lah peserta ikut syarat ^_^

Buat masa ni Cik Bunny dah ada sponsor barangan, voucher dan blog content. Cik Bunny cuma nak minta kepada sesiapa yang berminat sudi sponsor cash, ringgit Malaysia punya, boleh contact Cik Bunny di Facebook atau email: imafahima@yahoo.com . Disini Cik Bunny nak share kelebihan kepada yang sudi sponsor untuk giveaway Cik Bunny akan datang.


Kelebihan sponsor:
1. saya cuma cari 2-3 sponsor saja. jadi lebih memudahkan peserta ikut syarat. sbb kalo ramai sponsor, syarat lagi berat.
2. buat review.
3. tapak iklan free selama sebulan( pakej A)
4. peserta kena follow blog & like fanpage sponsor dll. (bergantung pd syarat permintaan sponsor samaada wajib @ tidak)
5. logo sponsor di banner giveaway.
6. target yang akan join: 500 peserta atau keatas.


Cik Bunny akan start buat giveaway secara rasmi pada 1 Mei 2012 iaitu hari cuti pekerja. Stay tuned.....
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, April 24, 2012

Jumpa Di Facebook! =D

Salam 1 Malaysia,

Jumpa di Facebook? siapa? Nak tahu jawapannya sila baca sampai habis la~keke
Korang masih ingat tak bulan ni iaitu April 2012, setiap minggu Cik Bunny buat entry mengenai Anjung Streamyx? Kalau tak ingat atau tak tau boleh rujuk di bawah ni:

First Entry: Tips: Susah Sangat Ke Nak "Daftar" Internet?
Second Entry: Jom Kita ber-Unifi
Third Entry: Info: Streamyx Bukan Sekadar Untuk Pengguna Biasa?
Fourth Entry: Entri ni la =p


Untuk pengetahuan umum, Anjung Streamyx merupakan laman pendaftaran talian internet yang beroperasi di atas talian. Proses pendaftaran hanya perlu dibuat di laman web tanpa perlu kemana-mana sehingga anda memperolehi talian internet anda.

Tanpa permohonan talian internet dah tentu la susah nak layari internet. So, kepada sesiapa yang mengalami masalah pemohonan talian internet atau pertanyaan boleh jumpa Anjung Streamyx di Facebook. Pada Anjung Streamyx, fungsi facebook sebagai Kaunter Internet Online bukan sahaja untuk pemohonan talian internet malah untuk menyampaikan maklumat berkaitan promosi, dan sebagainya dengan pantas. Dan juga sebagai medium interaksi dengan Anjung Streamyx. Jadi, sekiranya korang susah nak contact Anjung Streamyx melalui email, korang boleh contact Anjung Streamyx di facebook.



atau

https://www.facebook.com/anjungstreamyx

Jangan lupa like tau ^_^




Kalau korang tak nak post kat wall, jangan risau. Korang boleh hubungi Anjung Streamyx dengan menghantar mesej terus kepada Anjung Streamyx melalui laman facebook ini. korang hanya perlu klik butang mesej yang seperti dibawah gambar ini. Mudah kan?




Facebook Anjung Streamyx

Kaunter Internet Online - Daftar Streamyx, UNIFI dan Celcom Broadband anda secara online di sini dengan PERCUMA Layari: http://www.anjungstreamyx.com/


Description
Anjung Streamyx menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan upgrade Streamyx secara online.

Tidak terhad kepada perkhidmatan Streamyx, kami juga menawarkan pendaftaran bagi Celcom Broadband dan UNIFI. Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan.

Pendaftaran melalui Anjung Streamyx adalah PERCUMA tanpa sebarang bayaran yang dikenakan oleh pihak kami.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh menggunakan borang di blog kami atau terus ke facebook. Kami akan memberi respon.

Layari blog kami untuk mengisi borang online dan mengetahui promosi terbaru.

Penafian:

1. Anjung Streamyx HANYA menguruskan perkara yang berkaitan dengan permohonan talian internet sahaja. Mana-mana masalah yang berkaitan selain dari ini, kami tidak dapat memberi respon dengan tepat. Sila hubungi talian 100 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

2. Pakej Streamyx Cool UniPack TIDAK lagi ditawarkan oleh TM kepada pelajar, pakej Streamyx untuk pelajar adalah pakej Streamyx GradPack. Harap Maklum.


P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan atau komen mengenai permohonan talian internet, sila ke http://anjungstreamyx.com/hubungi-kami atau https://www.facebook.com/anjungstreamyx

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 23, 2012

Tuah si Budak Comel

Salam 1 Malaysia,
Timbul je tajuk macam ni korang rasa berapa ramai lelaki yang singgah entri ni?

Tahun ni Cik Bunny mengajar di kelas tuisyen. Untuk kelas junior je (tadika - sekolah rendah). Kelas ni akan start pada waktu petang. Termasuk kelas senior(sekolah menengah). Kira Sesi pembelajaran dan pengajaran antara kedua dua kelas dilaksanakan secara serentak. So, bila kelas Cik Bunny dah start waktu belajar, bukan sahaja melaksanakan pembelajaran dan pengajaran, malah gelagat murid murid sentiasa diperhatikan oleh guru. Tegas tetap tegas.

Cik Bunny nak memperkenalkan salah seorang murid cik bunny, nama tak boleh didedahkan, just bagi nama si budak comel kat blog ni. Umurnya 6 tahun. Wajahnya memang comel, ala ala korea gitu. Yang pasti, dia seorang pendiam, tak nakal dan pemalu. Sekarang, dia dah pandai bergaul dengan rakan2 sekelasnya. Dari awal2 lagi Cik Bunny dah ajar cara baik nak berinteraksi dengan rakan2. Apa yang penting dia sentiasa bersemangat untuk belajar dan peka dengan apa yang cigu ajar. Great boy! ^_^


Beg pemilik si budak comel

Buat masa ni, semua situasi kat bawah inilah diperhatikan oleh Cik Bunny antara si budak comel dengan pelajar2 senior(perempuan) .



situasi 1
Kalau si budak comel nak pinjam pensil dari pelajar senior:
berebut rebut nak bagi kat si dia. walaupun si dia dah gigit pensil milik mereka, bukan sekadar menerima kemaafan, tapi pensil tersebut tak perlu dibasuh sampai bila2.


situasi 2
Kalau si budak comel susah nak buka keropok, etc :
dialog paling first dari pelajar perempuan,"takpe, biar saya yang tolong buka"


situasi 3
Kalau ada orang kacau atau cuba buli si budak comel:
"jangan kacau boyfriend aku!" ~jerit pelajar perempuan dengan penuh perasaan perasan ~


situasi 4
Kalau si budak comel nak balik dari kelas tuisyen:
pelajar perempuan tolong buka pintu, siap cari selipar untuk si dia. Walaupun hari hujan, mereka sanggup payungkan si dia sampai ke rumah (padahal bersebelahan dengan rumah cikgu je).


situasi 5

Kalau si budak comel bagi salam dan cium tangan mereka:
ibarat reaksi peminat2 kpop fanatik apabila melihat artis idola mereka baru saja selangkah naik atas pentas.


Situasi 6
Reaksi cikgu bila berdepan dengan situasi 1 hingga situsai 5:
tak kisah comel atau tak tapi kalau sampai ada murid murid aku tu nangis, nahas korang https://lh5.googleusercontent.com/-Lsqp1Ta3O2M/TnhoxTgDyzI/AAAAAAAAFbU/-GqFAKEkbw8/s20/loo.gif


Sepanjang kelas tuisyen dijalankan, situasi macam mana skalipun, si budak comel tu tetap tidak mematahkan semangatnya untuk teruskan belajar...
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, April 19, 2012

Guru Paling Suspen

Salam 1 Malaysia,

ATTENTION! ini adalah kisah benar dan sering berlaku pada diri sendiri mahupun korang sendiri yang pernah buat ketika masih belajar. Jadi, agak mustahil tak pernah kena.

Sumber dari Facebook

always happen rite? Jangan tipulah ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, April 17, 2012

Tips Wajah Segar Dari Cik Bunny [Part 1]

Salam 1 Malaysia,

Kulit wajah yang segar juga sememangnya menjadi idaman wanita dan lelaki. Siapa tak nak wajah segar sepanjang hari kan? Now, Cik Bunny nak share good tips bukan sahaja untuk perempuan malah lelaki pon boleh cuba bagaimana untuk mengekalkan kesegaran wajah sepanjang masa. Wajah segar tersangatlah penting agar kita yakin sentiasa, fokus dengan kerjaya or school work, and mampu kurangkan stress korang.





1) Air
nak wajah segar kena minum banyak air mineral or air yang dah masak. At least 8 gelas sehari. Air mengandungi oxygen dan hydrogen (h2o). Air bukan sahaja untuk menghilangkan rasa haus dan membuang sisa toksin dalam tubuh badan kita, actually kulit wajah kita juga memerlukan oxygen sepertimana kita menghirup udara segar setiap hari so kita perlukan air.


2) Tidur
bukan bermaksud tidur sepanjang masa tapi tidur dengan secukupnya. Kalau boleh, cuba tidur sekurang kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang tidak secukupnya akan memberi kesan pada segala hormon2 dalam tubuh kita menjadi tidak menentu kerana stress dan bebankan fikiran dengan pelbagai masalah so kulit muka yang segar jadi terbantut. Lagi satu, elakkan tidur dengan muka yang ditutup.


3) Hygiene

Pada Cik Bunny, hygiene juga bermaksud kebersihan diri dan amat penting untuk kulit muka kita. Always cuci muka selepas bangun dari tidur dan selepas pulang dari kerja atau sekolah untuk mengembalikan kesegaran wajah. Elakkan tidur dalam keadaan rambut yang masih basah. Basuh tangan sebelum menyentuh kulit muka bagi mengelakkan bakteria dan kuman akan merebak pada kulit muka. For girls yang nak make up tu, pastikan berus makeup atau span sentiasa bersih. Cik Bunny tahu tak ramai yang rajin buat camni betul tak? =.=" Kalau boleh tolong biasakan diri dengan amalkan hygiene k.


4) Produk Kecantikan yang Bersesuaian
Kulit muka setiap orang amatlah berbeza. Katakan korang ada masalah jerawat pada muka tapi guna produk untuk hilangkan black pore, apa akan terjadi pada muka korang? Mungkin kulit muka jadi lebih teruk sebab bahan kimia pada produk tu tidak sesuai dengan kulit muka korang. So,jangan buat camtu eh. Sebelum guna produk kecantikan, identify jenis kulit muka korang terlebih dahulu. Jangan cepat terpengaruh dengan iklan2 produk kecantikan di tv, radio dan lain2 dan jangan terlampau bergantung kepada produk kecantikan.


5) Amalkan Cara Hidup Sihat
seperti bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, tidak merokok dan jauhi stress. For those yang nak atau terpaksa menghadap depan komputer sepanjang masa kerana urusan kerja, kalau boleh lepas 20-30 minit menghadap komputer, sekali sekala berjalan kaki keliling rumah or pejabat dalam masa 5-10 minit and after that barulah menghadap komputer semula. Pastu ulangi apa yang kita buat lepas 20-30 minit menghadap komputer.




Good Luck ^_^


pasni sambungan part 2 pulak...

Sumber inspirasi: Bubzbeauty
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 16, 2012

Info: Streamyx Bukan Sekadar Untuk Pengguna Biasa?

Salam 1 Malaysia,

Pernah dengar tak mana2 pakej jalur lebar khas untuk pelajar? mungkin jarang kot atau sukar nak cari pakej jalur lebar untuk pelajar. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni pihak TM dah buka satu lagi pakej khas untuk pelajar iaitu pakej Streamyx Gradpack.




Streamyx Gradpack adalah pakej jalur lebar khas untuk pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Penggunaan internet yang semakin meluas di kalangan pelajar dalam menuntut ilmu dan menyiapkan tugasan menjadi salah satu faktor, pakej jalur lebar ini diwujudkan oleh pihak TM.
Pakej jalur lebar ini merupakan salah satu usaha TM bagi menarik golongan pelajar menggunakan perkhidmatan ini. Pakej ini wujud bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini memiliki talian internet dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat beberapa nilai tambahan.
Selain memberikan pelbagai nilai tambahan yang menarik, pihak TM menawarkan promosi terhad penjimatan iaitu percuma bagi yuran pemasangan streamyx (RM88) dan juga yuran pengaktifan streamyx (RM88 RM75). Pastinya penjimatan ini menguntungkan pelajar-pelajar yang ingin memohon pakej jalur lebar ini.
Pakej ini juga boleh dilanggan dengan talian TM sedia ada sama ada Talian tetap prepaid (Italk) ataupun talian tetap biasa.
Perincian pakej mengikut kelajuan dan harga adalah seperti di bawah:
1) Streamyx Gradpack 384 kbps (RM50/bulan) - Pakej ini telah ditutup, harap maklum

  • Percuma modem biasa
  • Percuma id TM Wifi


2) Streamyx Gradpack 1 mbps (RM100/bulan)
  • Percuma modem Wifi
  • Percuma id TM Wifi
  • Percuma Hypptunes (3 bulan)
  • Percuma akses Hypp.Tv selama 3 bulan
  • Percuma 15000 mata MMO
3) Streamyx Gradpack 2 mbps (RM120/bulan)
  • Percuma modem Wifi
  • Percuma id TM Wifi
  • Percuma Hypptunes (3 bulan)
  • Percuma akses Hypp.Tv selama 3 bulan
  • Percuma 15000 mata MMO
4) Streamyx Gradpack 4 mbps (RM130/bulan)
  • Percuma modem Wifi
  • Percuma id TM Wifi
  • Percuma Hypptunes (3 bulan)
  • Percuma akses Hypp TV selama 3 bulan
  • Percuma 15000 mata MMO
Bagi memohon pakej ini pelajar perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan kad pelajar


Berminat? Sila ke http://anjungstreamyx.com/borang-permohonan-streamyx-gradpack untuk borang pemohonan pakej Streamyx Gradpack





Selain untuk pelajar, Cik Bunny nak kongsikan satu lagi pakej Streamyx untuk pengguna biasa iaitu Pakej Streamyx Blockbuster Deal.


Streamyx Blockbuster Deal atau BB Deal adalah pakej jalur lebar dari TM yang diwujudkan untuk menggantikan pakej Streamyx Combo pada awal tahun 2010. Pakej ini ditawarkan dengan capaian kelajuan serendah 384 Kbps sehingga 4 Mbps. Pakej ini menawarkan pelbagai ciri-ciri istimewa yang hanya boleh diperolehi dengan melanggan pakej jalur lebar ini sahaja.
Selain menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dilanggan, pelanggan yang memohon pakej jalur lebar ini boleh berjimat dengan pemberian tawaran percuma kos pemasangan (RM75) dan percuma kos pengaktifan (RM88) bagi pakej ini. Dengan melanggan pakej ini juga pelanggan sudah tidak perlu membayar sewa talian telefon bulanan (RM25). Berbaloi bukan?
Perincian pakej mengikut kelajuan dan harga adalah seperti di bawah:
1) Blockbuster Deal 384 Kbps (RM60/bulan)
  • PERCUMA modem WiFi
  • PERCUMA id TM Wifi
  • KADAR RATA 25sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
2) Blockbuster Deal 512 Kbps (RM90/bulan)
  • PERCUMA modem WiFi
  • PERCUMA id TM Wifi
  • KADAR RATA 25sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
3) Blockbuster Deal 1 Mbps (RM110/bulan)
  • PERCUMA modem WiFi
  • PERCUMA id TM Wifi
  • PERCUMA cordless phone
  • PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
  • KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
4) Blockbuster Deal 2 Mbps (RM130/bulan)
  • PERCUMA modem WiFi
  • PERCUMA id TM Wifi
  • PERCUMA cordless phone
  • PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
  • KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
5) Blockbuster Deal 4 Mbps (RM140/bulan)
  • PERCUMA modem WiFi
  • PERCUMA id TM Wifi
  • PERCUMA cordless phone
  • PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
  • KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain

Cordless Phone ini akan diberi secara percuma kepada pelanggan yang memohon pakej Blockbuster Deal 1Mb dan ke atas.

Berminat? Sila ke http://anjungstreamyx.com/borang-permohonan-streamyx untuk borang pemohonan pakej Streamyx Blockbuster Deal



UPDATED!



1. Promosi Streamyx Blockbuster Deal: PERCUMA kos pemasangan (RM88) dan kos pengaktifan (RM75) di mana anda dapat berjimat sehingga RM163. Maklumat lanjut di http://anjungstreamyx.com/promosi-streamyx-blockbuster-gradpack

2. Promosi Streamyx untuk pelajar IPTA/IPTS(GradPack): Nikmati kadar bulan lebih MURAH, juga terdapat PERCUMA kos pemasangan (RM88) dan kos pengaktifan (RM75) di mana anda dapat berjimat sehingga RM163. Maklumat lanjut di http://anjungstreamyx.com/promosi-streamyx-blockbuster-gradpack




P/S:
Disable comment. Sebarang pertanyaan atau komen mengenai permohonan talian internet, sila ke http://anjungstreamyx.com/hubungi-kami atau https://www.facebook.com/anjungstreamyx
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, April 15, 2012

Nak Mug Comel? Join Sini!





Nak mug comel diatas? Rebut sekarang di SINI! =D

I tag dan invite semua yang singgah entri ni
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Friday, April 13, 2012

Tips Tingkatkan Jualan Ruang Iklan di Blog

Salam 1 Malaysia,

According dari entri lepas iaitu Catat Lebih dari RM100 kerana Jual Ruang Iklan di Blog Sendiri! dan memandangkan dah ramai yang setuju untuk minta Cik Bunny kongsi tips bagaimana untuk tingkatkan jualan ruang iklan di blog, so hari ini cik Bunny pon nak share. Untuk pengetahuan anda, menjual ruang iklan di blog merupakan salah satu cara untuk buat duit melalui blog selain Heartbeat, Churp2 dan lain2. Tips? sila baca entri ni sampai habis....





1) Buatkan Entri

Yela, kalau nak buka ruang iklan mestilah kena buatkan entri skali. Jangan main letak banner ruang iklan je tanpa ada link entri pengiklanan. Sebab pelanggan yang berminat untuk sewa iklan dah jadi tak minat sebab mereka tak tahu mana perginya maklumat mengenai pengiklanan =.=
Korang boleh tengok contoh entri pengiklanan di blog Cik Bunny di SINI. Cik Bunny tahu sekarang ni ramai blogger yang copy entri Pengiklanan Cik Bunny di blog mereka. Tapi takpe. Cik Bunny maafkan. Nama pon Inspire Bunny


2) Harga sesebuah ruang iklan hendaklah ditentukan berdasarkan trafik dan saiz iklan
Biasanya harga sesebuah ruang iklan ditentukan berdasarkan jumlah pelawat atau unique visitors(UV) yang singgah blog setiap hari, setiap bulan mahupun setiap tahun. Juga kebanyakan blogger menyediakan saiz iklan seperti 100 x 100px, 125 x 125px dan sebagainya. Jadi, pastikan letak harga ruang iklan berpatutan. Contohnya, sekiranya trafik blog anda mencecah 10k sebulan, Cik Bunny cadangkan letak harga dalam lingkungan RM5 hingga RM20 dan sekiranya saiz ruang iklan lebih besar, maka harga tersebut lebih tinggi. If korang nak buka ruang iklan kat blog, Cik Bunny sarankan untuk letak harga yang murah walaupun trafik tinggi dan berkemungkinan besar dengan cara ni mungkin ramai pelanggan berminat untuk menyewa ruang iklan korang ^_^

3) Promosi Entri Pengiklanan
Bermacam macam cara nak promosi entri pengiklanan, sama seperti kita promosi blog jugak. Seperti ping entri pengiklanan di facbook fanpage/group blogger, blogwalking dan lain2. Tapi kalau nak promosi entri pengiklanan tu kena bertempat k.


4) Review Secara Percuma di Blog
Walaupun blog anda personal, sekali sekala la untuk menulis mengenai review produk kecantikan, filem dan sebagainya secara percuma. Paling bagus buat review yang menarik perhatian pengunjung. Berkemungkinan besar dengan cara ni akan menarik perhatian pelanggan untuk menyewa ruang iklan di blog anda melalui hasil penulisan review anda sendiri. Dulu Cik Bunny pernah buat free review sekali, lepas tu ada 2-3 pelanggan yang berminat untuk menyewa ruang iklan Cik Bunny. Berbaloi kan buat free review ^_^


5) Tiada unsur penipuan sepanjang pengiklanan dijalankan

Contohnya, lepas korang dah letak banner pelanggan di blog, then korang sendiri klik banner pelanggan supaya pelanggan fikir trafik blog/website referral mereka dari blog korang sendiri.
Mereka tu dah la bayar korang, senang2 je nak tipu diorang. Cuba fikir, duit jualan ruang iklan dengan cara menipu pelanggan, halal ke tak? Berkat ke tak? Renung renungkanlah...



Ok, setakat ini saja Cik Bunny kongsikan untuk korang semua. Semoga tips2 diatas ni membantu korang buat side income melalui ruang iklan di blog. GOOD LUCK ^_^


P/S: Kepada sesiapa yang berminat untuk promosi bisnes atau personal blog/website anda di Blog Cik Bunny, sila rujuk di entri Pengiklanan. Untuk rujukan trafik di SINI.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, April 12, 2012

Cantiknya Bila Wanita Bertudung...

Salam 1 Malaysia,

Nak lagi cantik? Sila baca entri ni sampai habis ~keke

Berita baik kepada semua pengunjung wanita mahupun lelaki. Cik Bunny tahu sekarang ni memang susah kot nak cari tudung2 dengan sulaman. Apatah lagi sudah menjadi kegemaran ramai wanita. Macam ni:



Tudung bawal kalau dihiaskan dengan sulaman lagi cantik bagi si pemakai. Dari mana nak dapat tudung ni? Yang tu korang tak perlu risau sebab korang boleh beli tudung ni secara online iaitu di Lalatulips Collection. Jom kita tengok tudung bawal dengan sulaman yang lain lagi:




Tudung ini dinamakan Tudung Bawal Anis. Koleksi Anis adalah koleksi terhad dengan kualiti kain & sulaman yang dijamin serta harga yang berpatutan. Selanjutnya di http://lalatulips.blogspot.com/2012/03/tudung-bawal-anis.html


Lalatulips Collection juga bukan sahaja menjual tudung bawal, malah Lalatulips Collection menyediakan pelbagai jenis jubah sesuai menepati ciri2 wanita muslimah. Yang pasti koleksi jubah di Lalatulips Collection tersangatlah cantik, berkualiti dan originally dari luar negara.


Jubah Vietnam



Look smashing in this animal pattern jubah from Vietnam. The combination of black and yellow is outstanding. Can be worn for every day wear or to special occasions. Jubah is also adorned with fine beads.

Look smashing in this animal pattern jubah from Vietnam. The combination of black and yellow is outstanding. Can be worn for every day wear or to special occasions. Jubah is also adorned with fine beads.


Look smashing in this high quality lycra jubah from Vietnam. Can be worn for every day wear or to special occasions. Jubah is adorned with fine lines as well as flower patterns in contrasting colors.


Info Mengenai Jubah Vietnam:

Material: Korean Lycra.
Origin: MADE IN VIETNAM.
Color: As shown.
Best matched with a similar tone color shawl.
Untuk saiz jubah ini dan harga, sila rujuk http://lalatulips.blogspot.com/2012/04/jubah-vietnam.html




Koleksi Jubah





Lalatulips Collection juga merupakan agen bagi produk Catalyst, Avon & Alfio Rado. Terbaru, Lalatulips Collection menyediakan produk Catalyst iaitu FEMME VITA.


KOD: Femme Vita
HARGA: RM45 SEM, RM50(SABAH&S'WAK)
KANDUNGAN: 15 sachets per box


Apakah Catalyst Femme Vita?
Catalyst Femme Vita merupakan makanan kesihatan / supplement khas untuk wanita , terutamanya untuk Wanita yang sudah berkahwin.


KHASIAT FEMME VITA:
  • Meningkatkan kesihatan dalaman wanita
  • Berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga
  • Membina kesihatan terutama membina sistem rahim
  • Meningkatkan seri wajah
  • Menjadi pemangkin kepada kenikmatan hubungan kelamin (suami isteri)
  • Menyalurkan tenaga harian - untuk lebih sihat dan aktif.
  • Sangat sesuai diambil bagi mereka yang sedang merancang untuk menimbang cahaya mata.
  • Membantu menegang dan memejalkan payudara (kerana ianya mengandungi kandungan herba istimewa dan khusus bagi mencantikkan payudara dan memejalkan otot2 pinggul anda. )
  • Selanjutnya di http://lalatulips.blogspot.com/2012/04/femme-vita.html

HOW TO ORDER?

  1. Sila ke http://lalatulips.blogspot.com dan baca syarat tempahan di sebelah kanan.
  2. Pilih item(s) seperti biasa.
  3. Dah confirm? Sila isi order form dengan lengkap di http://lalatulips.blogspot.com (bahagian atas).
  4. Tunggu reply dari Lalatulips Collection untuk pengesahan.
  5. Kalau dah confirm, sila buat pembayaran secukupnya dalam masa 2 hari. Lebih dari itu, nama anda akan di black-list.
  6. Barangan anda akan dipos. DONE ^_^
Senang kan? Tunggu apalagi, jum shopping di Lalatulips Collection!

Detail Lalatulips:
Facebook: https://www.facebook.com/lalatulips
Email: lalatulips@gmail.com
Order: http://lalatulips.blogspot.com/


P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan sila ke http://lalatulips.blogspot.com/ atau emelkan ke lalatulips@gmail.com
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, April 11, 2012

Catat Lebih dari RM100 kerana Jual Ruang Iklan di Blog Sendiri!

Salam 1 Malaysia,

Sekarang ni, ramai blogger2 dah buka ruang iklan di blog atau website mereka sendiri. Kenapa? Untuk pengetahuan anda, menjual ruang iklan di blog juga merupakan salah satu cara buat duit dengan blog. Sebenarnya banyak cara lain lagi nak buat duit dengan blog tapi apa yang penting kalau betul2 nak buat duit dengan blog buatlah dengan cara baik k.



Income blog tidak hanya bergantung pada churp2 saja. So, Cik Bunny start buka ruang iklan pada tahun lepas iaitu Julai 2011. Hasil usaha dan kesabaran, akhirnya membuahkan hasil. Alhamdullilah setakat ini hasil keuntungan agak memuaskan hanya dengan bermodalkan blog, trafik dan banner sewa buatan sendiri. Walaupun nilainya sedikit, Cik Bunny bersyukur sangat at least ada yang sudi nak sewa iklan pon dah kira ok. Cukup simpan tabung untuk masa depan, sikit sikit lama lama jadi bukit


Cik Bunny ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan2 yang sudi beriklan di blog Cik Bunny, tak lupa juga kepada pengunjung2 yang terjah blog/website pelanggan.

Berikut adalah senarai pelanggan yang sudi beriklan di blog Cik Bunny setakat ini, jom terjah ^_^

  1. Anjung Streamyx
  2. Luna Shoppe
  3. Mira Marcello Collection
  4. Mira Marcello
  5. Blog Nurul Ain Yassin
  6. Blog Rayyan Haries
  7. Kedai Kaspersky Online
  8. Angel Fire2806
  9. Pashmina Wardrobe
  10. Kelab Jutawan
  11. Zaralyla Shop
  12. Tri Fa Wardeobe
  13. Atirah Hayati
  14. Lalatulips Collection

Kepada sesiapa yang berminat untuk promosi bisnes atau personal blog/website anda di Blog Cik Bunny, sila rujuk di entri Pengiklanan. Untuk rujukan trafik di SINI.

Buat masa ni tajaan ruang iklan di Blog Cik Bunny masih dibuka. Kepada penganjur contest/giveaway yang berminat untuk hire Cik Bunny sebagai sponsor ruang iklan boleh rujuk entri SINI

Cik Bunny nak share tips tingkatkan jualan ruang iklan di blog, setuju?

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, April 10, 2012

Jom Kita ber-Unifi

Salam 1 Malaysia,

Pernah dengar Unifi tak? Blogger Ben Ashaari pon pernah citer pasal Unifi. Kalau tak pernah biar Cik Bunny nak terangkan.
Sebenarnya Unifi ini adalah pakej jalur lebar berkelajuan tinggi dari TM. Anjung Streamyx juga authorized seller dari TM. Sekarang ini, Anjung Streamyx menawarkan 2 pakej Unifi iaitu Pakej VIP Unifi dan Pakej BIZ Unifi. So, Cik Bunny nak mulakan pakej VIP Unifi terlebih dahulu.

Kepada sesiapa yang belum ada internet kat rumah atau kerap masalah internet terlampau slow tu, disinilah jalan penyelesaian.

Unifi VIP adalah pakej jalur lebar berkelajuan tinggi yang dikhaskan untuk pengguna kediaman. Pakej ini ditawarkan bermula daripada RM149 sebulan dengan kelajuan 5 Mbps sehingga RM249 dengan kelajuan 20 Mbps. Perincian pakej mengikut harga dan kelajuan adalah seperti dibawah:
1) VIP 5 (RM149 sebulan/5 Mbps)
  • 60 GB had muat turun bulanan (tidak akan dikenakan buat masa sekarang)
  • Percuma
    • Panggilan tanpa had ke talian tetap TM seluruh Malaysia dan kadar rata 10sen/min ke talian mudah alih
    • Telefon dect, Wifi Residential Getaway dan Set-Top-Box(STB)
    • 1 × ID TM Wifi
    • 1 × Emel 2GB
    • 1 × Akaun Infoblast
    • 1 × lesen Online Guard Plus
    • 1 × lesen iShield Plus
  • Servis HyypTV (klik untuk melihat saluran yang ditawarkan)
2) VIP 10 (RM199 sebulan/10 Mbps)
  • 90 GB had muat turun bulanan (tidak akan dikenakan buat masa sekarang)
  • Percuma
    • Panggilan tanpa had ke talian tetap TM seluruh Malaysia dan kadar rata 10sen/min ke talian mudah alih
    • Telefon dect, Wifi Residential Getaway dan Set-Top-Box(STB)
    • 1 × ID TM Wifi
    • 1 × Emel 2GB
    • 1 × Akaun Infoblast
    • 1 × lesen Online Guard Plus
    • 1 × lesen iShield Plus
  • Servis HyypTV (klik untuk melihat saluran yang ditawarkan)
3) VIP 20 (RM249 sebulan/20 Mbps)
  • 120 GB had muat turun bulanan (tidak akan dikenakan buat masa sekarang)
  • Percuma
    • Panggilan tanpa had ke talian tetap TM seluruh Malaysia dan kadar rata 10sen/min ke talian mudah alih
    • Telefon dect, Wifi Residential Getaway dan Set-Top-Box(STB)
    • 1 × ID TM Wifi
    • 1 × Emel 2GB
    • 1 × Akaun Infoblast
    • 1 × lesen Online Guard Plus
    • 1 × lesen iShield Plus
  • Servis HyypTV (klik untuk melihat saluran yang ditawarkan)
Pihak TM sedang menawarkan promosi terhad bagi pakej ini iaitu percuma kos pemasangan unifi yang bernilai RM200 bagi pemasangan standard. Menarik bukan tawaran ini? Anda boleh memohon tanpa mengeluarkan apa-apa kos.

Berminat? Sila ke http://anjungstreamyx.com/borang-permohonan-unifi-vip untuk borang pemohonan pakej Unifi VIP





BIZ UniFi adalah pakej jalur lebar berkelajuan tinggi untuk premis perniagaan. Pakej ini diwujudkan untuk memenuhi permintaan daripada industri perniagaan yang semakin berkembang maju untuk lebih maju ke hadapan dengan kemudahan internet pantas yang akan memudahkan urusan perniagaan mereka seharian.
BIZ UniFi ditawarkan dengan harga serendah RM199 dengan kelajuan 5Mbps sehingga RM899 dengan kelajuan 20Mbps. Kontrak langganan adalah 24 bulan. Pencirian pakej mengikut harga dan kelajuan adalah seperti di bawah:
1) BIZ 5 (IP Dinamik)
  • RM149 sebulan/5Mbps
  • Percuma
    • Telefon dect
    • Percuma
      • 2 Gb Emel
      • 10 Gb Web Hosting
      • 1x Id TM Wifi
      • 1x Akaun Infoblast
  • Kadar panggilan ke Favourite 5
    • 3sen/minit panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 12sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
  • Kadar Rata
    • 5sen/minit panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 15sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
2) BIZ 10 (IP Dinamik)
  • RM289 sebulan/10Mbps
  • Percuma
    • Telefon dect
    • Percuma
      • Panggilan sehingga RM30/bulan
      • 2 Gb Emel
      • 10 Gb Web Hosting
      • 1x Id TM Wifi
      • 1x Akaun Infoblast
  • Kadar panggilan ke Favourite 5
    • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 9sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
  • Kadar Rata
    • 3sen/minit panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 12sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
3) BIZ 20 (IP Dinamik)
  • RM359 sebulan/20Mbps
  • Percuma
    • Telefon dect
    • Percuma
      • Panggilan sehingga RM50/bulan
      • 2 Gb Emel
      • 10 Gb Web Hosting
      • 1x Id TM Wifi
      • 1x Akaun Infoblast
  • Kadar panggilan ke Favourite 5
    • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 9sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
  • Kadar Rata
    • 3sen/minit panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 12sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
4) BIZ 10 (IP Tetap)
  • RM599 sebulan/10Mbps
  • Percuma
    • Telefon dect
    • Percuma
      • Panggilan sehingga RM50/bulan
      • 2 Gb Emel
      • 10 Gb Web Hosting
      • 5 Gb e-storage basic
      • 1x Id TM Wifi
      • 1x Akaun Infoblast
      • 2x iShield plus
      • 2x Online Guard Plus
  • Kadar panggilan ke Favourite 5
    • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 9sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
  • Kadar Rata
5) BIZ 20 (IP Tetap)
  • RM899 sebulan/20Mbps
  • Percuma
    • Telefon dect
    • Percuma
      • Panggilan sehingga RM100/bulan
      • 2 Gb Emel
      • 10 Gb Web Hosting
      • 5 Gb e-storage basic
      • 2x Id TM Wifi
      • 1x Akaun Infoblast
      • 3x iShield plus
      • 3x Online Guard Plus
  • Kadar panggilan ke Favourite 5
    • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 9sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
  • Kadar Rata
    • 3sen/minit panggilan ke talian tetap TM seluruh negara
    • 12sen/minit ke lain-lain nombor seluruh negara
Kesemua pakej kelajuan di atas menawarkan muat turun bulanan tanpa had.


Berminat? Sila ke http://anjungstreamyx.com/borang-permohonan-unifi-biz untuk borang pemohonan pakej Unifi VIP



P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan atau komen mengenai permohonan talian internet, sila ke http://anjungstreamyx.com/hubungi-kami atau https://www.facebook.com/anjungstreamyx
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 9, 2012

Salah Faham Usia Sebenar Cik Bunny

Salam 1 Malaysia,

Sedar tak sedar, ini yang berlaku pada Cik Bunny. Cik Bunny sendiri tak paham kenapa segelintir pengunjung mahupun saudara dan sahabat handai menganggap Cik Bunny ni budak sekolah sampai ada yang cakap muka Cik Bunny ni macam budak sekolah rendah padahal dah hampir 3 tahun Cik Bunny tinggalkan sekolah menengah. Sejak kebelakangan ni, Cik Bunny jarang nak amik gambar sendiri masuk dalam blog. Mybe malas kot =.=

Sejujurnya, pada tahun 2012, Cik Bunny dah berumur 20 tahun. Bukan 2 taun atau 12 tahun k. Gilo apo umo 2 taun pon pandai buat blog =.=" Cik Bunny tak paksa korang samaada percaya atau tidak. Di usia 20 tahun ni Cik Bunny bukan digelar budak sekolah lagi tetapi seorang guru. Guru yang mengajar semua mata pelajaran untuk sekolah rendah dan pra-sekolah. Nak layan kerenah murid2 bukanlah semudah yang disangkakan =.=




Bila gambar dikecikkan nampak macam budak skola rendah ada facebook, tapi bila gambar dizoomkan....


bukanlah budak sekolah rendah yang disangkakan =.=

Gambar diatas ni diambil pada tahun lepas iaitu 31 Disember 2011, masa tu birthday Cik Bunny yang ke-19.

Kalau jumpa face to face, mungkin korang nampak Cik Bunny macam budak sekolah menengah sebab mungkin ketinggian Cik Bunny agak rendah dan kurang kedutan pada muka. Sebut pasal kedutan, teringat khasiat daging ayam. Korang tau tak daging ayam pon ada khasiat tersendiri tau.


Apa yang Cik Bunny tahu, daging ayam bukan sahaja menyelerakan, malah daging ayam juga menbekalkan protein, niasin,vitamin B6, zat besi, zink dan selenium. Untuk pengetahuan korang, selenium yang berkesan untuk menghilangkan kedutan serta mencegah kebotakan. Bagi yang ada masalah kedutan atau serangan penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia, boleh cuba makan daging ayam ni. Jangan overdose sudah.



Cik Bunny ni seorang yang kuat makan daging ayam. Sejujurnya, tanpa daging ayam, no lunch and dinner. Kalau tak da daging ayam, daging lain pon jadila asalkan bukan daging khinzir mahupon daging manusia, yang penting BERSIH DAN HALAL =.=*



With simple makeup, just use Silky White Lightening Pressed Powder dan lips. Muka orang baru lepas jalan kaki balik dari kenduri kawin. Lipstik dah hilang sebab makan dan powder mungkin dah kurang kot.



Lastly,
FAHIMA, IN 2012, YOU ARE ALREADY 20 YEARS OLD! FULL STOP!



P/S:
Cantik itu tak hanya anugerah, tapi juga ujian yang sangat berat. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita bukannya berdengki, benci dan cemburu. Peringatan untuk diri sendiri juga =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, April 8, 2012

Kek Marble Cheese dan Resipi

Salam 1 Malaysia,
Pernah dengar tak Kek Marble Cheese? Kalau tak pernah, sila google sekarang =p



walaupun kali pertama buat kek ni akhirnya menjadi juga. Segalanya hasil air tangan ibu.


Resepi Marble Cheese ni Cik Bunny cedok dari buku Kak Rabiah Amit. Jadi, bahannya terbahagi kepada dua iaitu bahan untuk coklat dan bahan untuk cheese. Bahan coklat perlu dimasak terlebih dahulu sebelum bahan cheese. Ha, time nak masukkan bahan cheese, masak guna Double Boiler. Kalau tak tau ape tu Double Boiler sila google buat sekali lagi ~keke


Cik Bunny nak share skit link untuk resipi Kek Marble Cheese. Jangan risau, ni bukan link churp2 mahupun seangkatan dengannya. Good Luck ^_^

Resipi Kek Marble Cheese
http://www.myresipi.com/top/detail/4813
Nak kek macam kat gambar diatas tu just pegi kedai buku dan cari buku Kek Lapis Sarawak Jilid 3 dari Rabiah Amit =)
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Saturday, April 7, 2012

Cik Bunny nak Jadi Penaja Contest/Giveaway! ^_^


Salam 1 Malaysia,
Sekarang ni ramai blogger2 atau penganjur nak minta Cik Bunny untuk jadi sponsor diorang. Cik Bunny pulak asyik2 jadi penganjur giveaway. Contest tak pernah. ~keke...

Sejak Cik Bunny dah buka ruang iklan dari dulu sampailah sekarang, Alhamdullilah pendapatan hampir mencecah RM100. So, Cik Bunny nak sponsor 3 tapak iklan pakej A untuk 3 pemenang.
3 penganjur terpantas akan dapat sponsor dari Cik Bunny. Jadi satu hadiah untuk sorang penganjur. Tapi ada syaratnya...


Syarat:
  1. penganjur yang beradab bukan biadap. Jadi, nak minta sponsor tu mintalah dengan cara yang sopan. Bukannya minta dengan cara macam dalam entri ini. *bukan link entri Cik Bunny
  2. minta sponsor kat Cik Bunny SEBELUM start giveaway/contest.
  3. pastikan giveaway/contest yang anda anjurkan itu kurang dari 10 sponsor. Sebab? Sila baca entri ini.
  4. Dah jadi penganjur kenalah rajin promote giveaway/contest. Jangan anjurkan giveaway/contest dan dibiarkan macam tu je. Lepas tarikh tutup tinggal 2-3 orang je dah join =.=
  5. peserta wajib follow Blog Cik Bunny dan like facebook fanpage.

Itu je. Jika berminat sila berikan detail seperti dibawah:

- url blog/website
- bila contest berlangsung
- tempoh masa
- kelebihan yang akan sponsor dapat


dan hantarkan ke imafahima@yahoo.com atau melalui fb Cik Bunny iaitu Inspirasi Fai .3 penganjur terawal diconfirm oleh Cik Bunny akan dapat sponsor iklan dari Cik Bunny.

Kepada sesiapa yang berminat untuk promote bisnes/personal di blog Cik Bunny, sila ke entri ini.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, April 4, 2012

Baru Umur 13 Tahun dah Pandai Berblog

Salam 1 Malaysia,
Cik Bunny rasa dah ramai kot baru 13 tahun dah start ke dunia blogging. Paling muda yang Cik Bunny pernah terjah pon sampai 11 tahun. Sedangkan Cik Bunny start blogging ketika umur 18 tahun. jauhkan =.="

Hari ini Cik Bunny nak memperkenalkan salah seorang blogger 13 tahun iaitu Atirah Hayati.


Nur Atirah Hayati
Kuala Terengganu
04 Julai 1999
Sweet 13

Blogger ni bukan setakat pandai berblog, kecik2 dah jadi penganjur giveaway. Apatah lagi pandai buat blogskin sendiri. Tak caye? klik ENTRI NI. Jangan lupa join 1st Giveaway by Atirah Hayati . Tak lupa juga untuk klik FOLLOW dan LIKE fanpage untuk sebarang update. Tutorial blog pon juga ada disana! =D


P/S: Disable comment. Sebarang pertanyaan atau komen sila ke blog http://atirahhayati.blogspot.com dan facebook fanpage Nur Atirah Hayati
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, April 3, 2012

Menternak Lemak la Sangat!

Salam 1 Malaysia,
Tetiba saja diri membajet Cik Epal. Nasib baik post entri ni bukan bulan puasa tau. MyiMart punya pasal, sekarang ni senang je booking makanan melalui online. Ala ala Itali punya. Ditambah lagi dengan presentation yang tersangat mengiurkan pengunjung yang singgah entri ni *devil. Terima kasih MyiMart.

CAESAR SALAD WITH PARMESAN & BREAD CROUTON

CHICKEN & MUSHROOMS IN CREAMY SAUCE WITH POTATO WEDGES

MUSHROOM SOUP

INDIVIDUAL PIZZA MUSHROOM & SPICY BEEF SAUSAGES

MUSHROOM SOUP again

PENNE SPICY TOMATO WITH GARLIC OLIVE OIL AND FRESH TOMATO


Sekarang korang cuba teka brapa harga semua menu untuk seorang seperti diatas? Yang pasti harga tersebut mungkin korang mampu beli (jangan terkejut, buat2 terkejut takpe XD). Jawapannya korang boleh RUJUK SINI. Also kepada sesiapa yang ingin menternak lemak makanan itali ni korang boleh booking secara online di Garibaldi. Jangan terlambat!
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html