For You ^_^

Monday, January 21, 2013

Dilema Penganjur Giveaway/Contest Blog

Assalamualaikum dan hi,

air mata nak jatuh tapi punyala payah nak jatuh =_=

"Giveaway by Cik Bunny", dengar je ayat ni mereka yang pernah join, pernah dengar ayat ni XD Oh lupakan =_=

Saya nak share satu experience pahit sepanjang jadi penganjur giveaway sememangnya sukar untuk dilupakan walau dengan eraser sekalipun. Jadi penganjur ga contest kat blog ni ingat manis je ke? aipp... Sorry to say giveaway @ contest kebelakangan ni makin lama makin tak seberapa dah. Tak macam dulu-dulu. Aku sendiri pon tak tau kenapa.

Sejak pernah organizing ga, setiap kali nak buat ga, satu perkara yang tetiba terlintas dalam fikiran iaitu bukan senang nak puaskan hati semua orang. Kadangkala perkara remeh camni pun diperbesarkan. Saya sedar bukan saya sorang je yang kena. Bagi mereka yang pernah anjurkan giveaway, contest mahupun segmen pastinya mengalami situasi yang sama dimana timbulnya terima feedback yang tidak diingini. Nak buat macam mana nama pun manusia.

1. Peserta sukar terima kenyataan
see? kita takkan mudah nak puaskan hati semua orang. lebih lebih lagi bila keputusan diumumkan. ini tak adil, itu tak adil. Aku tak kisah siap unfollow, dislike, bla bla bla. Tapi lagi teruk bila dikutuk, dicaci, dimaki atau seangkatan dengannya. Fitnah lagilah bahaya. Bukankah maklamat utama untuk mencari kenalan baru dan mengeratkan silaturahim sesama peserta? Aku dah siap linkkan semua peserta yang dah join. Lain pulak jadinya. Hati mana tak sedih campur menangis kan. I'm asking apa makna R.E.Z.E.K.I?. So, kalau dah bukan rezeki kau, dihalang macam mana sekalipun kau takkan dapat punya! cmon lah... Rezeki bukan satu tempat je. Rezeki tak kemana mana pon sebenarnya TAPI kalau tak usaha cari rezeki, macam mana nak dapat rezeki? =_=
Lebih luar biasa hanya disebabkan giveaway, I got more haters. hebat kan..... =(

2. Ditipu pihak penganjur dan sponsor
Pihak sponsor tipu pihak penganjur. Pihak penganjur tipu pihak sponsor. Seriously memang ada kes macam ni. Siap report polis lagi. Pernah dengar jugak kes sendiri anjur, sendiri menang 0_o Siapa tak terkedu kan. Saya sendiri pernah kena tipu oleh sesetengah pihak sponsor tapi malas nak komen apa-apa. Pemenang pun dah lama tunggu hadiah dari pihak sponsor =( Hanya mampu bersabar dan redha jela. That penipu, think yourself .Di akhirat mana nak lari? Walaupun tak makan duit aku, tapi mereka dah makan usaha aku! Lagipun, setiap kali aku buat ga ada sponsor, aku akan berusaha. Tanggungjawab ada sponsor sangatlah besar supaya masing masing ada kebaikan dan keuntungan. Next time, kita kena beware. Bab tipu menipu, minta dijauhkan =_=

3.Karenah Si Peminta sponsor
Sejak ga berlangsung mahupun dah habis ga, punyala banyak terima dari fb dan email minta sponsor. Bukan tak suka atau tak nak sponsor, tapi segelintir kelakuan diantara mereka agak kurang diingini bila nak minta sponsor. Paling tak suka bila orang tak nak sponsor, fikiran negetif terlintas...sombong,kedekut tak nak sponsor. Lebih sadis siap aibkan orang sebab tak nak sponsor! 0_o Bila minta sponsor secara automatik you're peminta sponsor. So faham faham la makna peminta sponsor.Kalau orang tak nak sponsor, berusahalah cari sponsor lain bukannya menambahkan masalah orang lain. kang tak pasal pasal terkena batang hidung sendiri! Tolonglah jangan buat perangai camni. Double facepalm aku dibuatnya. Cara terbaik minta sponsor? KLIK SINI.




Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan terasa. Bukan niat nak menyakitkan hati sesiapa tapi itulah pengalaman saya dan juga jumpa kat mana-mana blog sampai saya ada jumpa penganjur ga/contest mengadu perkara ni. Sekadar peringatan untuk kita semua. Saya harap peserta, penganjur, pihak sponsor dan mana2 yang terlibat janganlah buat perangai macam ni. Biarlah apa orang kata at least buatlah elok elok and be fair.  Ada menang, ada kalah. Dah nama pun rezeki. Setakat hal kecik pon nak bising. oh.....speechless =_="


P/S: masalah pelik gini doesn't mean Cik Bunny terus patah semangat tak buat ga lagi =_=
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



16 comments:

  1. saya pernah kena..menang tapi tak dapat2 pun hadiah..dah msg fb dia pun dia tak bls2..sbar je lah..tak kemana org macam tu..sbar ye

    ReplyDelete
  2. mungkin niat awak pun tak betul masa buat g.a! ini niat semua nak tambah follower. memang macam2 lah halangannya. asyik2 buat g.a. hadiah ntah apa2 janji buat je g.a. jangan macamtu. biar letak quality as your first priority. jangan quantity je memanjang!


    btw, dulu saya ok je dgn awak makin lama makin annoying! geli gila. buat tutorial bagai lah. apa benda nya ni?? takde idea ke???

    ReplyDelete
  3. betul tu, GA dulu best and gempak gile sbb mungkin otai2 dah penat nak buat GA kot, plus ngan blogger2 baru yang tak berape nak kretip buat GA. Konsep yang sma...

    tak dinafikan alif pun penah kne tipu GA ok..cuma malas nak aibkan mane2 pihak. sometimes, silence is better than a word...

    ReplyDelete
  4. sy dah byk sgt menang gA tp hadiah tak dpt2. tp takdela serang penganjur tu. biarlah dia. lagipun join saje2. bila menang rezeki la. sponsor & penganjur, dua2 kena bertanggungjawab. tapi Alhamdulillah, sy baru abis anjur GA sy, setakat ni takde yg tak puas hati. CUma pemenang tak bagi details je.

    ReplyDelete
  5. @kiah propa
    kalo stakat niat, belum start ga lagi dah awal2 pasang niat baik. Tuhan nampak, kiah je yang x nampak ~huhu =p

    sudah tentu kualiti at first. part quantity tak payah nak tunggu sgtla asalkan diri rajin jemput org lain sudi join. tak pernah pun buat istilah wajib join =p

    Soal annoying atau tak, itu terpulang. malas nak panjangkn lagi komen kang tak pasal2 tambah dosa layan komen macam ni =_=

    itulah, jangan nak pandai menilai benda buruk je pasal orang lain. nilai sendiri? pikirlah sendiri

    ReplyDelete
  6. bella tak pernah lg la buat GA . takut nak buat pun ada . takut timbul masalah cenggini la . tapi akak sabar ye . org yg tipu tu boleh la bersenang lenang kat dunia . kat akhirat mana mau larik .

    ReplyDelete
  7. sabar je la..semua dugaan..hadiah awak bagi saya tu dah sampai taw..thank..hehe..insyaallah saya nak buat GA semua nie saya buat sdn bhd je..tak menyusah yang nak join..hehe..kalau mintak sponsor saya pun malas..bukan malas apa takut dorang tak hantar plak hadiah yang dorang join..saya dah banyak kali terkena..hmm..apa-apa pun sabar je banyak2..thank hadiah tu..(^_^)DKDE

    ReplyDelete
  8. dah pernah rasa :) sejak dari tu malas nak join ..lebih better just anjurkan jer

    ReplyDelete
  9. tapi sorry to say lah ye kak...ade jugak penganjur GA yang pilih bulu..yg buat GA tu boleh kata hot jugaklah kat dunia blogging ni...and ade ramai yg join GA dia...yg menang and terpilih blogger yg seangkatan & sama hebat hot mcm die jugak...kat situ dah boleh nampak die hanya nk carik followers lebey je sbb die tau kalau si blogger hot tu menang GA mesti die akan buat entry khas utk si penganjur blogger tu..hrmm kat situ dh boleh nmpk betapa dia memilih bulu & tk adil..

    ReplyDelete
  10. lyeen mmg kena dilema kena tipu sponsor...dah la first time buat GA kena tipu plak tu..:( lepas tu lyeen tpksa jwb soalan2 dr pemenang..jawbny lyeen kena tgung risiko..:(

    ReplyDelete
  11. Sabar Cik Bunny ^_^
    Memang sudah menjadi adat manusia, ada jak yang tidak berpuas hati dengan kita kan...
    Wilma pun pernah kena, dah claim hadiah GA, tapi, tak dapat2 sampai sekarang...
    So, Wilma biarkan jak la...
    Lagipun, tujuan Wilma join GA bukan nak menang apa-apa pun, hanya nak meramaikan peserta jak ^_^

    ReplyDelete
  12. @Nurul Ain @Alif Ismail @Lyeen De Syifa
    hanya mampu bersabar, sama-sama nasib =_=


    @Nur Hafizah | Eija
    minta dijauhkan =_=


    @Dunia Wilma @Mardihah Mohamad @eymasu @sabella mohamad @Adi Herman
    thanks atas nasihat. tambah lagi semangat + tabah ~keke =)

    ReplyDelete
  13. pernah gak menang, tp x dpt apa2..
    haaa
    tp tak kesah lah. mgkin salah alamat kot. ki ki ki..
    menyumbang di sini....

    ReplyDelete
  14. betul tu, nak handle GA bukan senang. cukup sekali tu buat GA, macam serik dah. huhu, sedih juga kadang2.

    ReplyDelete