For You ^_^

Tuesday, April 2, 2013

Penjagaan Kulit Sihat dan Cantik

Assalamualaikum dan hi,

lip tint dan skin care dari Pupel Liyana Shop with bunny origami  ~wink

Excited rasanya ingin mencuba produk beauty baru generously dari Pupel Liyana Shop. Baru je guna beberapa hari, hasilnya sangat memuaskan hati saya sendiri. The best part is kebanyakkan produk tersebut mengandungi bahan-bahan semulajadi dan dijamin halal.



Details
Product: Tony Mony Lips Tint Cherry Pink
Price: RM12

darahkula mode.............ceh, ini lip tint, jangan mengarut >.<

korang paham tak? paham tak? aku pun tak paham XD

Originally made in Korea. patutlah tak paham XD meh sini aku terangkan. lip tint ni mengandungi Jojoba oil dan Stevia extract. Packaging begitu kecik comel molek bila dipakai, bibir kita nampak natural, cantik dan sihat. Ala korea gitu-gitu *slapped
Nampak je kecik, tapi amat menjimatkan! tak perlu pakai banyak sangat, cukuplah 2-3 titis kat bibir dan sapu dengan jari, tak berapa suka guna berus sebab kasar. Guna jari lagi lembut >.<. Tak sampai beberapa saat dah terus menyerap kat bibir. sayer suka, sayer suka *slapped lagi

before and after applying Tony Mony Lips Tint Cherry Pink
kepada sesiapa yang mempunyai bibir kering dan merekah macam saya, I suggest this for you sebab ia membantu pembentukan sel kulit baru & membekalkan vitamin E yang membantu melembapkan bibir kita. Apa yang lagi best, lip tint ni masih melekat walau lepas kita makan =D Apply lip-balm dulu barulah apply lip tint ni k. Tapi saya ni agak degil sikit sebab pakai lip tint terus tanpa lip-balm. Padah terlalu excited =_=

**************************

Details
Product: Sabun Susu Beras
Price: RM3

Seriously saya suka bau sabun ni. 100% bau pandan! Rasa nak makan sabun ni, tapi nasib baik sedar awal-awal bahawa ini adalah sabun yang tak boleh dimakan *kebengangan terserlah

Luckily cheap sebab Sabun Susu Beras serbaguna tau! Sabun ni boleh digunakan untuk pencuci muka, sabun mandian dan syampu. Mengandungi Rice Milk Extract, Vitamin B3, Vitamin E, Olive oil, Palm Oil dan Natural Glycerin. Sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Info Sabun Susu Beras dari Pupel Liyana Shop,
  • Mencerah, memulus dan menggebukan kulit muka dan badan 
  • Menghilang dan memudarkan noda-noda dan bintik-bintik hitam di muka 
  • Menghalus dan memurnikan kulit muka dan badan 
  • Memudar dan menghilangkan parut jerawat dan calar2 
  • Melembap dan menyerikan kulit muka dan badan
*Additional: Boleh menanggalkan kesan-kesan hitam dibawah ketiak ataupun sebarang cela di bahagian badan.

Masa mula-mula cuci muka dengan sabun ni agak kasar, lama-kelamaan muka jadi lembut semacam. Dan kulit muka yang berminyak dah kurang. Hasilnya ada kat bawah, itu baru result untuk beberapa hari lepas guna sabun ni. Very less makeup ok >.<

with applying lip tint. sorry for being beautiful mengada XD

**************************

Details
Product: Sabun Susu Beras Collagen
Price: RM5

with new packaging
Sabun ni hampir sama dengan sabun di atas cuma sabun inilah paling best sebab ada collagen. Sabun ni bukan sahaja untuk cuci muka(sesuai untuk semua jenis kulit) dan sebagai sabun mandi, malah dengan sabun ni boleh dijadikan sebagai remove makeup!

cubaan buat pertama kali, solekan mudah ditanggalkan cuma eyeliner sahaja payah sikit nak buang =_=

Berminat dan ingin mencuba produk-produk di atas? boleh dapatkan di sini:

Pupel Liyana Shop
Pupeliyana Enterprise [No Pendaftaran : 002204825-A]
email : pupeliyanashop@yahoo.com

Seronok jugak berskin care ni. Kadangkala, kalau kita terlalu malas nak jaga kulit untuk sihat, tak pasal-pasal nampak macam orang tak cukup makan vitamin dan nutrien *pengalaman ni =_=

So, apa pendapat korang mengenai produk-produk di atas?
 Let me know your comments here ^_^


Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



12 comments:

  1. sha guna sabun susu bras mmg berkesan la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berkesan teruskan guna ~keke

      Delete
  2. wah!byknya produk..hihi..Eyz baru nak order sabun susu beras collagen tu..ehhee

    ReplyDelete
  3. mcm best je lip tint tu, nak cuba lah nnt..

    mane lah taw boleh kalah kan bibir anjelina jolie nnt kan...
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah lip tint tu. boleh nak kalahkan bibir AJ XD

      Delete
  4. Terima kasih kasi info.. Nurrul interest sgt dgn sabun susu beras.. :D NAK TRY CUBA JUGA..

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing!

    Hope you have a great day!

    xx

    Kelly

    ReplyDelete
  6. sabun susu beras tu bagus pernah try :)
    aurawhite pun bagus, yang hanez suraya pakai tu..
    cantik dan sihat. Promo sat na~
    Ingin cantik & sihat macam Hanez Suraya ? Dapatkan AuraWhite dengan : RM 150 + FREE SHAKER + FREE 3D WHITENING MASK + *FREE GIFT SET(boleh pilih set) + FREE POS .
    SET A : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + GOLD LIP MASK
    SET B : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
    SET C : GOLD LIP MASK + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
    untuk lebih lanjut : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/demam-aura-white-harga-promosi-cepat.html

    ReplyDelete
  7. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  8. salam ukhuwah dan salam kenal juga dari bunda....

    ReplyDelete