For You ^_^

Monday, May 6, 2013

Pura-pura Pandai Masak

Assalamualaikum dan hi,

Kian masih berstatus bujang dan bab masak I think boleh lah kot.....boleh kot....boleh kot 0_0 just like masak simple simple je. Sekurang-kurangnya masak simple kira masak jugak kan =p
Kali ni saya nak share satu resipi sesuai untuk mereka yang masih bujang like me. Resipi pasta! hohohoho mula mula agak berat kot tapi sejak ada prego segalanya menjadi kerja mudah. kononnya dah pro masak pasta =p

prego + spaghetti + bowties pasta + sosej(tiada dalam gambar)

Memandangkan prego ni memiliki ramuan yang cukup, jadi usah nak pening kepala nak tambah banyak-banyak. Cendawan, sos tomato, tepung dan apa saja ramuan penting semuanya dalam kuah pasta ni. Maka tak perlu bersusah payah  nak curik cherry tomato dari adik Jun Hong lagi. kesian dia ~wuhuhuhu



kuantiti pasta dan sosej ikut sesuka hati. Kalau tak suka sosej, boleh guna bahan lain seperti daging ayam dan lain lain yang bersesuaian.


panaskan kuah pasta dan masukkan sosej. sementara itu rebus pasta selama 11-12 minit or refer kat packaging pasta tu. Kalau pasta dah timbul kira terlebih masak kot.

SIAP! simple and........sila telan air liur XD

Teringat masa first time rebus pasta. Hasilnya tipulah tak hancur. Tapi masih boleh dimakan. cuma rasa terlebih tawar. Bila check kat packaging pasta tu rupa rupanya pasta tu hanya direbus selama 11-12 minit. Me? hampir sejam rebus pasta. Banyak kali tambah air. Kebengangan terserlah =_=


Biarpun simple yang penting rajin. Sedap tak sedap tu terpulanglah. Lain orang lain citarasa =p Semakin diri rajin memasak lama kelamaan pandai masak gak. Usah berpura-pura pandai masak lagipun apa guna pandai masak tapi malas nak masak. Ikhlas jangan dilupa. So, nak pilih pandai masak atau rajin masak? 


Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



7 comments:

  1. erm sedap jer tengok... yang penting simple hehe nanti dah pandai tambah2 sikit perasa oklah tu ;0

    ReplyDelete
  2. simple., nk try jugak laa.. hehe

    ReplyDelete
  3. ade prego memang senang tapi somehow I prefer the one yang make from scratch. Heheee. Tapi kalau pakai prego pun sedap jugak. LOL!

    ReplyDelete
  4. waduhhhh terus rasa laporrrr... helpppp hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete