For You ^_^

Thursday, November 21, 2013

Review: Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup

Salam and hi all,

Sebelum ni saya ada review satu produk Pixy step 1 makeup remover ala lotion punya. Hari ni nak review step 2 ala foam iaitu Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup.


Name: Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup
Price:   RM13.90(100ml) / RM7.90(50ml)
Where to get: boleh dapatkan di kedai runcit, farmasi dan hypermarket.

Packaging:

Pink pastel, botol dia ala slim punya XD licin tapi tebal dan isinya padat. Produk ni terbahagi kepada dua iaitu saiz besar dan saiz kecil (travel) jadi makeup remover ni boleh dibawa ke mana saja. Kandungan tetap sama cuma saiz saja berbeza =) 


Material / Formula:

Kadangkala muka kita jadi kasar lepas remove makeup. Tapi dengan adanya madu asli adalah ramuan utama lagi penting produk ini untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kulit jadi lembut. Juga tidak mengeringkan kulit walaupun digunakan berulang kali kerana tanpa alkohol dan bebas minyak. Jadi, ianya selamat guna untuk semua jenis kulit muka =)


Kali ni nak uji 5 jenis makeup yang berlainan. Secara am, dalam banyak banyak makeup, eyeliner ni lah paling sukar ditanggal. Paling benci bila sisa sisa degil mesih terlekat ~.~


Caranya seperti kita cuci muka. pada mulanya, ianya cair seperti air. Bila digosok maka bertukar jadi foam / buih. After that, bilas dengan air sampai bersih. Hasilnya seperti dibawah. Ya, dua kali cuci ni only because of bekas eyeliner...tsk..tsk...

abaikan perubahan warna gambar disebabkan lighting kamera -.-


Like:
  1. isi yang padat disertakan harganya murah dan berpatutan.
  2. Pixy makeup remover ni tidak berminyak sekaligus kembali menyegarkan kulit muka dan selesa!
  3. kulit tidak mudah kering kerana Pixy makeup remover ni tanpa alkohol walaupun guna banyak kali.

Dislike:
  1. takdelah banyak keburukan guna produk ni cuma kalau nak rajin cuci muka, cubalah guna produk ni =p

Overall / Rating: 4 / 5
Lepas saya guna produk ni, saya rasa kulit muka saya kembali segar, lembut dan menjadi lebih selesa sebaik saja makeup ditanggalkan.Cuma sisa degil seperti eyeliner sukar ditanggalkan. Tapi lebih memuaskan dan baunya wangi. Makeup remover ni tidaklah terlalu berbuih sangat jadi makeup mudah di remove. Tambahan pula ianya mudah dibawa ke mana saja.


GOOD NEWS TO ALL MY LOVELY READERS! ^_^

Hadiah bernilai RM10,000 menanti korang! Pixy mengadakan satu peraduan iaitu Pixy One-Step Dance contest. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira sama ada anda seorang penari profesional, hanya menari di rumah atau teruja dengan idea menari, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat itu dan diberi ganjaran menerusi Peraduan PIXY One-Step Dance. Easy rite ^_^
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ni, sila ke https://www.facebook.com/PixyMalaysia/app_745158385499887

Here's awesome video dari Pixy untuk korang ~keke



Website: http://pixy.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/PixyMalaysia
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



4 comments:

  1. itu emang benar jadi bersih dan cerah atau cuma editan dari foto sop ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ia benar bersih. Cuma cahaya saja ditambah untuk lihat lebih terang :-)

      Delete