For You ^_^

Monday, April 22, 2013

Tips: 3 Application Edit Gambar

Assalamualaikum dan hi,

seperti yang diterangkan dari entry lepas, saya nak share app untuk mengedit gambar sememangnya boleh dapatkan di android iaitu google play store. Sejak ada app sebegini sememangnya menjadi kerja mudah dan singkat. Boleh dibawa kemana-mana saja (selagi ada internet) ^_^ Jadi sekarang ni dah tak main DSLR apatah lagi photoshop.

1. Line camera
antara paling kerap guna dan bakal dimasukkan dalam instagram. Saya paling suka stiker-stiker dia yang cukup comel dalam app ni. Apatah lagi nak conteng-conteng gambar pun nampak comel. Siapa nak gambar nampak lebih comel maka pergilah jumpa doktor line camera =p

good luck teddy bear XD


2. Photogrid
setiap kali nak letak gambar banyak banyak dalam satu gambar atau lebih tepat buat collage, app inilah jawabnya.

cik bunny versi yoona snsd dah berisi 0_o

3. Cymera
Selain ada collage yang mantap, cymera ni boleh edit wajah kita jadi lebih cerah dan berseri. Kira macam beauty effect ala ala Korea gitu. siap ada edit mekap lagi. Jimat blusher aku =p  cymera juga mampu shot banyak gambar dalam satu masa. maka jimatlah tenaga jari jemari dari tekan butang banyak kali =_= apa yang saya tau tentang app ni satu kepala dengan laman sosial iaitu cyworld (laman sosial dari Korea). correct my info if im wrong.

bawal + pyjamas = gwiyomi XD

sebenarnya ada banyak lagi app edit gambar cuma 3 app di atas saja saya dah cuba. kalau korang ada app lain lagi best selain diatas, jom kongsi! sharing is caring ^_^

p/s: Jom try wechat di SINI
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 15, 2013

Tipikal Selca + cabaran

Assalamualaikum dan hi,

belum tonton? silakan. dah tengok? sila baca entri ni sampai habis =p


From JinnyboyTV

yang pasti ramai yang hensem-hensem dan cantik cantik comel belaka tergolong dalam video tersebut termasuk saya sendiri tapi x de lah sampai selalu buat kan =p kecuali part stance seriously tak pernah buat XD

kadangkala bila berselca sampai siap amik gambar mi segera sekali. Itulah pepatah kata gambar first, then eat. Nampak cool upload gambar sendiri  padahal gambar jadi nampak awkward dan annoying dimata orang lain. Maka timbul lah lain orang, lain pandangan. Sedar dan sedar kita takkan mudah puaskan hati semua orang. Okay.... hohohohoho

lepas tonton video ni timbul pulak satu idea nak pilih golongan photographer mana dan dijadikan sebagai cabaran untuk entri ni. memandangkan ni dah musim kiyomi (maaf terlampau malu nak buat), so i choose ZERO TO TEN. *trying to accepted =_=

...
zero

one
two

three
four

five

six

seven

eight

nine

ten


CLOSE ENOUGH =_="
 penat jari jemari buat satu sampai sepuluh.
I'm 21 and saya sedar versi saya agak awkward. Just for fun yah, jangan marah, nanti cepat tua =p
kalau korang nak buat, silakan

P/S: Kalau ada masa, In Sha Allah next week or minggu kemudian saya akan share kat mana nak edit gambar free. Ramai yang tanya pasal benda ni. sabar ye....keke ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 8, 2013

Random Tips Penjagaan Smartphone

Assalamualaikum dan Hi,

Since dah ada telefon pintar baru yang bernama galaxy y, jadi sudah tentu kena dijaga dengan baik. Jadi, ingin menyempatkan diri nak berkongsi sikit pengetahuan dan tips untuk smartphone ni. Rindu pulak dengan telefon lama ~sobs~


A) Keselamatan (jika smartphone terjatuh)
untuk mengelakkan smartphone dari rosak ketika jatuh, sila pilih casing silikon dan lebih baik tebal punya. Atau casing dari bahan ala-ala getah. Lebih kurang macam tu lah. Casing ni dah cukup melindungi smartphone kita apabila terjatuh.  Elakkan pilih casing yang nipis dan keras serta yang mempunyai magnet sebab kadangkala magnet boleh menganggu LCD smartphone tersebut.

Tuan kedai baik hati terus kasi saya diskaun besar
sedangkan saya sendiri tak minta apa-apa diskaun ^_^


B) Clean touchscreen dari berdebu
Step 1: pastikan off telefon tersebut atau kalau rajin sangat boleh buka baterinya sekali.

Step 2: cucilah dengan air.(lupakan) Baru baru ni dah jumpa cara terbaik untuk menanggalkan debu-debu yang masih degil melekat kat screen. Jawapannya adalah guna sellotape transparent. Agak pelik kot bersihkan screen guna sellotape. Lain orang, lain cara =p


caranya just lekat tarik lekat tarik dan make sure lalukan secara lembut. Hasilnya seperti dibawah.

nampak kotor buat seketika tapi tak melekit

Step 3: akhir sekali, lapkan screen guna kain jenis microfiber. Selain lembut, malah microfiber tersebut mampu menanggalkan debu dengan mudah dan menjadikan screen telefon pintar lebih bersih! tak ada? sila beli satu =p

Why I choose microfiber?

google

hasil yang memuaskan
sememangnya bukan mudah sebenarnya nak jaga telefon canggih. sangat sensitif. Siapa ada benda ni memang akan faham situasi ni. Reti beli mahal-mahal, reti jaga baik-baik. Kepada anda yang ingin mencuba, selamat mencuba. kalau rosak, saya tak tanggung =p Sharing is caring.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Tuesday, April 2, 2013

Penjagaan Kulit Sihat dan Cantik

Assalamualaikum dan hi,

lip tint dan skin care dari Pupel Liyana Shop with bunny origami  ~wink

Excited rasanya ingin mencuba produk beauty baru generously dari Pupel Liyana Shop. Baru je guna beberapa hari, hasilnya sangat memuaskan hati saya sendiri. The best part is kebanyakkan produk tersebut mengandungi bahan-bahan semulajadi dan dijamin halal.



Details
Product: Tony Mony Lips Tint Cherry Pink
Price: RM12

darahkula mode.............ceh, ini lip tint, jangan mengarut >.<

korang paham tak? paham tak? aku pun tak paham XD

Originally made in Korea. patutlah tak paham XD meh sini aku terangkan. lip tint ni mengandungi Jojoba oil dan Stevia extract. Packaging begitu kecik comel molek bila dipakai, bibir kita nampak natural, cantik dan sihat. Ala korea gitu-gitu *slapped
Nampak je kecik, tapi amat menjimatkan! tak perlu pakai banyak sangat, cukuplah 2-3 titis kat bibir dan sapu dengan jari, tak berapa suka guna berus sebab kasar. Guna jari lagi lembut >.<. Tak sampai beberapa saat dah terus menyerap kat bibir. sayer suka, sayer suka *slapped lagi

before and after applying Tony Mony Lips Tint Cherry Pink
kepada sesiapa yang mempunyai bibir kering dan merekah macam saya, I suggest this for you sebab ia membantu pembentukan sel kulit baru & membekalkan vitamin E yang membantu melembapkan bibir kita. Apa yang lagi best, lip tint ni masih melekat walau lepas kita makan =D Apply lip-balm dulu barulah apply lip tint ni k. Tapi saya ni agak degil sikit sebab pakai lip tint terus tanpa lip-balm. Padah terlalu excited =_=

**************************

Details
Product: Sabun Susu Beras
Price: RM3

Seriously saya suka bau sabun ni. 100% bau pandan! Rasa nak makan sabun ni, tapi nasib baik sedar awal-awal bahawa ini adalah sabun yang tak boleh dimakan *kebengangan terserlah

Luckily cheap sebab Sabun Susu Beras serbaguna tau! Sabun ni boleh digunakan untuk pencuci muka, sabun mandian dan syampu. Mengandungi Rice Milk Extract, Vitamin B3, Vitamin E, Olive oil, Palm Oil dan Natural Glycerin. Sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Info Sabun Susu Beras dari Pupel Liyana Shop,
  • Mencerah, memulus dan menggebukan kulit muka dan badan 
  • Menghilang dan memudarkan noda-noda dan bintik-bintik hitam di muka 
  • Menghalus dan memurnikan kulit muka dan badan 
  • Memudar dan menghilangkan parut jerawat dan calar2 
  • Melembap dan menyerikan kulit muka dan badan
*Additional: Boleh menanggalkan kesan-kesan hitam dibawah ketiak ataupun sebarang cela di bahagian badan.

Masa mula-mula cuci muka dengan sabun ni agak kasar, lama-kelamaan muka jadi lembut semacam. Dan kulit muka yang berminyak dah kurang. Hasilnya ada kat bawah, itu baru result untuk beberapa hari lepas guna sabun ni. Very less makeup ok >.<

with applying lip tint. sorry for being beautiful mengada XD

**************************

Details
Product: Sabun Susu Beras Collagen
Price: RM5

with new packaging
Sabun ni hampir sama dengan sabun di atas cuma sabun inilah paling best sebab ada collagen. Sabun ni bukan sahaja untuk cuci muka(sesuai untuk semua jenis kulit) dan sebagai sabun mandi, malah dengan sabun ni boleh dijadikan sebagai remove makeup!

cubaan buat pertama kali, solekan mudah ditanggalkan cuma eyeliner sahaja payah sikit nak buang =_=

Berminat dan ingin mencuba produk-produk di atas? boleh dapatkan di sini:

Pupel Liyana Shop
Pupeliyana Enterprise [No Pendaftaran : 002204825-A]
email : pupeliyanashop@yahoo.com

Seronok jugak berskin care ni. Kadangkala, kalau kita terlalu malas nak jaga kulit untuk sihat, tak pasal-pasal nampak macam orang tak cukup makan vitamin dan nutrien *pengalaman ni =_=

So, apa pendapat korang mengenai produk-produk di atas?
 Let me know your comments here ^_^


Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, April 1, 2013

3 Restoran Makanan Segera Pilihan

Assalamualaikum dan hi,

Check punya check gambar segala gambar dalam usb lama, TERjumpa beberapa gambar yang pastinya berkaitan dengan kami family kat restoran makanan segera. Lebih-lebih lagi kebetulan gambar-gambar tersebut berusia 3 tahun, 2 tahun dan ada pula tahun ni(2013). Lupa pulak. Sebelum ni pernah terniat nak buat entri pasal ni cuma hati asyik tertangguh tangguh entah mengapa =_= maybe malas kot. Rasanya lebih baik blog post secara serentak.

2011 -  Sugarbun
dibuka pada tahun 2010 (tak pasti). For me, burger dan ayam biasa-biasa saja. Tapi saya lebih suka sos cheese dia, 4/5 bintang. kurang satu bintang sebab sikit sangat! Nak lagi........ ~.~

selca lama
servis lambat sikit kot mungkin ramai orang punya pasal. Tempatnya 3/5 bersih. Baru buka lah katakan =p

makan dah abis, air bile nak abis? 0_0


2012 - Marrybrown
yang ni dah lama dibuka. Entah tak ingat kali keberapa singgah marrybrown ni. Tengok ayam goreng pun boleh tahan jugak dari segi rupa dan rasa.


servis cepat dan tempat 4/5 bersih cuma disebabkan ni kat mall so agak kurang selesa bila tengok orang lalu lalang sambil makan. kene control lah jawabnya ~grrrrrr =_=



2013- MC Donald's
Di Bintulu, Mekdi dibuka pada akhir tahun 2012 dan makan disana pada tahun 2013. ok, lupakan =_=
Dari segi rupa burger ni secara reality cuma biasa biasa saja dan rasanya ok gak.

on nom nom nom nom....why im so serious? 0_o
walaupun ramai, tapi servisnya cepat. Maybe staff ramai kot. Disebabkan baru dibuka so tempatnya 4/5 bersih. Banyak punya order so kami sepahkan satu meja. ~keke *devil

tak terliur? jangan tipu! XD

The awkward moment when we're ordering at Mekdi should be more burger and burger but............

dan saya mengaku, saya gila kentang ~wuuuuuu =_=
Dengan buat muka yang comel membuatkan orang muntah pelangi, oleh kerana terlalu kenyang so nak minta bungkus siap dulangnya sekali. Yeah, padah tamak =_=

Antara Sugarbun, Marrybrown dan MC Donald's, mana satu pilihan korang?.......dan kenapa?(extra question, extra komen XD)

P/S:  just my short opinion. I am not paid to promote these.

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html