For You ^_^

Monday, May 27, 2013

Tips: What's In My Bag? (Travel Edition)

Assalamualaikum dan hi,

Dah lama tak update blog. Setiap kali nak keluar especially untuk 2-3 hari tu banyak barang-barang penting kena sumbat dalam beg. For makeup and skincare stuffs, mostly nak bawa sample punya.Make takdelah rasa beban sangat kena bawa barang berat-berat.



  1. Hello Mickey Canvas Bag - Gift form Little Tuyaa Enterprise. saya lebih selesa pakai beg kanvas for travel. Ruang besar punya...
  2. Samsung Galaxy Y - get it from Park City Mall, Bintulu. nyawa intan payung. anti bosan.
  3. Charger - benda wajib bawa. Tanpa dia, say goodbye to my phone =_=
  4. Earphone - kpop, I'm coming XD 
  5. Memo pad & pen-  mana tau ada benda penting nak ditulis.
  6. Vaseline Total Moisture Nourishing (25ml)- gift from kak Hayati. kecil dan senang dibawa. Kulit lembut gebu halus bila guna, selesa dan baunya sedap =p
  7. Biore UV Aqua Rich SPF 50 sample - gift from Biore. Malaysia kan panas. So dengan losyen ni boleh protect kulit kita dari terkena cahaya matahari dan amat sesuai dalam list travel kit.
  8. Biore Make Up Remover for Eye & Lip sample - gift from Biore .untuk buang makeup satu muka sekali pun boleh. 
  9. Gervenne Clear White Toner - disebabkan botol dia agak besar, jadi nak simpan toner dalam bekas kecil.
  10. Hydra Solution Essence sample, Hydra Solution Cream sample, Hydra Solution Eye Cream sample - gift from beauty blogger, Wai Yee. sebelum bermakeup dan selepas pakai toner, guna ketiga-tiga sample dulu. super long lasting hydration untuk wajah yang lebih segar bugar lebih lebih lagi dengan mengenakan makeup.
  11. kapas muka - for remove makeup and toner.
  12. stay don't stray concealers - kalau dah ada ni, maka tak perlu bawa bb cream and foundation sebab concealers ni bukan sahaja untuk eyeshadow tapi seluruh muka.
  13. Biore UV AQUA Rich Watery BB sample (SPF50+ and PA+++) - gift from Biore. kalau tak ade No.6, guna bb ni pun ok.
  14. obuse lip tint (red) - bibir merah semulajadi, tahan lama dan masih melekat walaupun selepas makan. 
  15. MAC mascara - mascara yang long lasting punya, waterproof dan ada vitamin E.
  16. Silky White Lightening Pressed Powder - my favorite sebab oil free, nampak natural 
  17. Lelan Vital BrowPerfect compact -  senang bentuk dan tahan lama
  18. L'elan Vital Lip & Eye Palette Cool Warm Selection - seriously produk ni paling lama dan masih elok. sampai sekarang tak habis habis.
  19. Gervenne Clear White facial foam - pencuci muka paling wajib bawa.
  20. Lelan Vital Eyeliner - tahan lama dan tak comot ^_^
  21. accessories - handmade brooch, pin, jarum. dah bertudung, inilah antara wajib bawa.
  22. Watsons Pocket Tissue -  sebagai tisu tambahan.
  23. Pad / tuala wanita (tiada dalam gambar) - paling wajib bawa sebab sangatlah penting untuk emergency walaupun dah habis tempoh haid tapi mungkin kegunaan penting untuk wanita lain bersama kita.

Dah list semua nampak banyak kena bawa tapi tak berat sangat sebab mostly sample stuffs jadi lebih senang dibawa dan ringan.

Basic Tips from me: 
  •  kalau nak pergi travel, pilih produk kecantikan yang tahan lama dan sesuai dengan kulit muka. so muka takdelah macam pucat lesu dan comot dalam perjalanan yang agak lama.
  • simpan dalam bekas kecil sekiranya barang yang kita bawa ni agak besar or tak muat. Contohnya toner(NO.8). itu semua bergantung pada berapa lama kita traveling. 
  • untuk lebih ringan lagi, bawa sample yang perlu sekali.
  • Topup first before travelling.
  • Tisu or sapu tangan mesti bawa. untuk lepas makan ke or muntah dalam perjalanan ke, etc...
  • kena bawa tuala wanita untuk emergency. Kalau beli kat kedai memang tak sempat.
  • kalau ada apa-apa nak tambah, sila komen =p

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, May 13, 2013

Review Ieza Mieza Collections And Giveaway

Assalamualaikum dan hi,

facebook fanpage: Ieza Mieza Collections

*Untuk giveaway, sila scroll ke bawah.

First of all, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ieza Mieza Collections untuk sponsor for this giveaway. Ieza Mieza Collections adalah online shop yang menjual women's fashion and beauty product. Seperti maxidress, skirt, shawl, blouse, pashmina, tudung bawal, Shiseido mask, dan lain-lain. Paling menarik, Ieza Mieza Collections juga menyediakan peplum dress ready stock dan sangat cantik. juga sesuai untuk Aidilfitri akan datang.


 ♥ ♥ PEPLUM 2 LAYER 7266-1 ♥ ♥

~~ READY STOCK~~

PRICE: RM75 EXCLUDE POSTAGE 


More info and colors: click here












 ♥ ♥ PEPLUM DRESS 7302 ♥ ♥

~~ READY STOCK~~

PRICE: RM75 EXCLUDE POSTAGE 


More info and colors: Click here










 ♥ ♥ 7253 peplum sulam dress ♥ ♥

~ READY STOCK~~

RICE: RM75 EXCLUDE POSTAGE 


More info and colors: click here 












 ♥ ♥ RIBBON PEPLUM 7300 ♥ ♥

~~ READY STOCK~~

PRICE: RM75 EXCLUDE POSTAGE


 more info and colors: click here










 Lain lain
♥ Shiseido Black Mask ♥  : Click here
♥ SABUN SUSU BERAS ♥ : Click here

atau items lain boleh rujuk sini: https://www.facebook.com/pages/Ieza-Mieza-Collections/170167776375026?sk=photos_albums

How to order?
Inbox  Ieza Mieza Collections or Ieza Mieza whatsapp no. 017-2444804.



***************************************



Untuk semua pembaca bertuah blog Inspire Bunny, for my giveaway, All you need to do is

  1. Terjah SINI (tunggu sampai loading habis)
  2. FOLLOW this blog and her blog http://mieza221088.blogspot.com
  3. LIKE fanpage: Ieza Mieza Collections and InspireBunny [dot] Blogspot
  4. Facebook acc: ADD Ieza Mieza  and SUBSCRIBE  Inspirasi Fai
  5. Jika ada twitter dan/atau instagram, FOLLOW my twitter here: https://twitter.com/InspireBunny and/or my instagram here: http://instagram.com/inspirebunny (or search twitter + instagram: inspirebunny)
  6. Kalau rajin, buatkan entry tentang giveaway ni, tiada paksaan =)
  7. Leave comment with your email, follower name, facebook, blog (if any), twitter (if any) and instagram (if any).


It's that easy! The winners will be selected randomly. Giveaway ditutup pada 26/6/13 (mungkin diubah pada bila bila masa). Hadiah seperti gambar diatas. kalau tak nampak, klik SINI .Wish you good luck and thanks for those joining my giveaway. Oh lupa, this giveaway open to Malaysians only.  INBOX me if any questions/comment.

P/S: Jemput masuk contest terbaru di SINI
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, May 6, 2013

Pura-pura Pandai Masak

Assalamualaikum dan hi,

Kian masih berstatus bujang dan bab masak I think boleh lah kot.....boleh kot....boleh kot 0_0 just like masak simple simple je. Sekurang-kurangnya masak simple kira masak jugak kan =p
Kali ni saya nak share satu resipi sesuai untuk mereka yang masih bujang like me. Resipi pasta! hohohoho mula mula agak berat kot tapi sejak ada prego segalanya menjadi kerja mudah. kononnya dah pro masak pasta =p

prego + spaghetti + bowties pasta + sosej(tiada dalam gambar)

Memandangkan prego ni memiliki ramuan yang cukup, jadi usah nak pening kepala nak tambah banyak-banyak. Cendawan, sos tomato, tepung dan apa saja ramuan penting semuanya dalam kuah pasta ni. Maka tak perlu bersusah payah  nak curik cherry tomato dari adik Jun Hong lagi. kesian dia ~wuhuhuhu



kuantiti pasta dan sosej ikut sesuka hati. Kalau tak suka sosej, boleh guna bahan lain seperti daging ayam dan lain lain yang bersesuaian.


panaskan kuah pasta dan masukkan sosej. sementara itu rebus pasta selama 11-12 minit or refer kat packaging pasta tu. Kalau pasta dah timbul kira terlebih masak kot.

SIAP! simple and........sila telan air liur XD

Teringat masa first time rebus pasta. Hasilnya tipulah tak hancur. Tapi masih boleh dimakan. cuma rasa terlebih tawar. Bila check kat packaging pasta tu rupa rupanya pasta tu hanya direbus selama 11-12 minit. Me? hampir sejam rebus pasta. Banyak kali tambah air. Kebengangan terserlah =_=


Biarpun simple yang penting rajin. Sedap tak sedap tu terpulanglah. Lain orang lain citarasa =p Semakin diri rajin memasak lama kelamaan pandai masak gak. Usah berpura-pura pandai masak lagipun apa guna pandai masak tapi malas nak masak. Ikhlas jangan dilupa. So, nak pilih pandai masak atau rajin masak? 


Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, May 2, 2013

Pesanan 'Benar' Tentang Politik

Assalamualaikum dan hi,

google

Pilihan Raya Umum dah dekat. Maka dah ramailah yang post about parti politik kat fb dan twitter. Kadangkala jadi boring dengar bash itu bash ini. Benda macam nilah membuatkan fikiran saya makin lama makin terbuka.  Disini saya nak share pesanan kat blog ni dan semuanya saya rujuk dan kumpul dari fb dan twitter.

  1. [popular] Berkempenlah dengan cara yang betul bukannya berkempen tapi mengaibkan keburukan parti politik lain.Paling hebat siap fitnah menfitnah.
  2. Undian rakyat bukannya dijual beli.
  3. Tak salah kita berpolitik tapi janganlah sampai menyusahkan dan memalukan diri sendiri, keluarga lebih-lebih lagi rosak akidah.
  4. Jangan pandang rendah pada budak bawah umur sibuk tahu menahu pasal politik kerana tahap kematangan seseorang bukanlah bergantung pada umur. Yang penting berfikiran terbuka dan bijak membuat pilihan terbaik. Mereka juga masa depan untuk negara, ingat tu.
  5. sebelum mengundi, sibuk buat layanan istimewa untuk rakyat. selepas mengundi, jadi sombong dan.....tiada perubahan. Don't do it.

Kepada mereka yang layak mengundi, good luck dan selamat mengundi. Yakini anda membuat pilihan terbaik =)  Sorry for short entry =.=
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html