For You ^_^

Monday, September 30, 2013

Review Skinmiso Pore Beauty Nose Pack

Hi everyone,

Blackheads dan whiteheads bukanlah perkara yang dipandang rendah walaupun biasanya blackheads dan whiteheads tidak ketara pada kulit wajah. Kedua-duanya sering muncul terutamanya pada sekitar hidung. According from pakcik google, blackhead berpunca dari pemakaian produk berasaskan minyak. Jadi berkemungkinan besar juga orang yang kulit berminyak ada masalah ni. Yes, saya lah salah seorang memiliki jenis kulit muka yang berminyak baru sedar kehadiran blackhead dan whitehead pada batang hidung sendiri -.- Luckily thanks to HiShop menyedarkan aku untuk menitikberatkan masalah ni.....


Name: Skinmiso Pore Beauty Nose Pack [Step 1 (10 sheets), Step 2 (10 sheets) & Step 3 (15ml)] + Comedo Remover
Price: RM94.00 (20% off)
Where to get: http://www.hishop.my/skinmiso/skinmiso-pore-beauty-nose-pack-step-1-10-sheets-step-2-10-sheets-step-3-15ml-comedo-remover

Packaging:

product ni adalah exclusive brand dari Hishop

cover depan, Comedo remover disediakan

cover belakang, korean language on step 1 pack, English translation on step 2 pack


Formula and How to use?

Blackheads dan whiteheads sememangnya agak sukar dihilangkan walaupun dengan cleansing atau scrub. Namun, ada jalan penyelesaian yang mudah dengan cara ni.
panduan tujuan pengunaan, cr to Hishop

panduan cara pengunaan, cr to Hishop

Untuk pengetahuan, product ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Tetapi tidak digalakan sekiranya mengalami masalah hidung seperti selsema atau kurang sihat.


Selepas cuci muka, gunakan mask step 1 pada hidung dan biarkan selama 10 minit. Ini bertujuan untuk mengeluarkan dan menyinkirkan blackheads dan whiteheads.


selepas 10 minit, tanggalkan mask dan guna Comedo remover atau kapas biasa untuk membuang blackheads dan whiteheads. Selepas itu, cuci muka.

since this remover is black so you can see my whiteheads only but you can't see my blackheads XD


Selepas sesi penyinkiran blackheads dan whiteheads, gunakan mask step 2 dan biarkan juga selama 10 minit.

Rupa mask step 2 ni agak sedikit berlendir like aloe vera. Ini bertujuan untuk melembutkan semula kulit muka. Yela, masa sesi penyinkiran blackheads dan whiteheads memanglah hidung jadi agak sedikit kasar.


Tips: Untuk mengenal pasti kedatangan blackheads, hanya tekan bawah hidung maka nampaklah blackheads yang kecil kecil lagi degil tinggal disitu -.-
bulatan pada gambar sebelum tu adalah blackheads dan selepas guna skinmiso, blackheads dah hilang. Begitu juga dengan whiteheads

Like:
  1. membuang whiteheads dan blackheads dengan lembut dan mudah!
  2. tidak berasa pedih sepanjang menggunakan produk ni.
  3. hasil yang memuaskan selepas mencuba. Blackheads dan whiteheads pun tak kelihatan.

Dislike:
  1. disebabkan ini sample dan berpeluang hanya untuk mencuba sekali, jadi tak puas hati nak cuba lagi >.<
  2. memerlukan kerja step by step.

Rating / Overall: 4 / 5

walaupun harga product ni mahal tapi ianya sangat bebaloi kerana memberi kesan yang baik. kerja penyinkiran blackheads dan whiteheads pun senang. Biasanya blackheads dan whiteheads akan muncul kembali seminggu dua jadi untuk menjimatkan, boleh guna product ni untuk sekali seminggu. Tambahan pula usah risau pada postage lagipun Hishop akan bagi FREE postage untuk setiap pembelian RM50 dan keatas.


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


P/S: Khas untuk pembaca blog Inspire Bunny. Exclusive rebate RM20 untuk pembelian minimum RM99 dan keatas. Voucher code: AUGBOX Ditutup pada 31 October 2013.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 23, 2013

Review: Dermafal Placenta Serum Complex

Hi beauties,

Ramai yang menyangka oily skin tak perlu guna moisturizer. Mesti korang ingat pengunaan moisturizer tidak diperlukan hanya kerana wajah minyak semulajadi juga sudah cukup untuk moisturizing. Padahal sebenarnya oily skin juga memerlukan moisturizing. Kadangkala dengan wajah berminyak semulajadi belum tentu mampu mengawal kulit muka berminyak lagi berlebihan. So here's the best partner untuk korang. 


Name: Dermafal Placenta Serum Complex with Squalene
Price: RM119.00
Where to get: http://www.hishop.my/dermafal/dermafal-placenta-serum-complex-with-squalene

Packaging:

packaging yang sangat rapi

plastic like material tapi agak keras

selepas dibuka, balang kaca, tawaran pembelian produk Dermafal dari HiShop dan info dari Dermafal

balang besar, berat, bulat dan diperbuat dari kaca


Formula:

there are 60 gelcap for one jar

heart-shaped, so creative =)


Ianya water-based juga mengandungi placenta oil, squalene dan vitamin E untuk memberi kelembapan, keanjalan dan anti penuaan. Selain itu, this product membantu recover dari terkena sunburn dan menyembuhkan luka ^_^ Memandangkan moisturising adalah keutamaan, jadi jika digunakan sebagai rutin mambuatkan kulit rasa lebih muda dan mengurangkan kedutan.

Like:
  1. mampu mengawal kulit muka berminyak yang berlebihan.
  2. memudahkan lagi urusan aktiviti luar kerana this product membantu recover dari terkena sunburn.
  3. amat menjimatkan bagi oily face like me. Biasanya 2 gelcap sehari tapi saya guna 1 gelcap sehari.  
  4. hasilnya amat berkesan jika guna sebagai rutin. (rujuk gambar di akhir entri)
Dislike:
  1. rupa serum agak sedikit berminyak jadi agak kurang selesa bila disapu sebab I've oily face.
  2. so pricey but I think it's free postage if you buy form HiShop.
  3. balang kaca need to careful.

Rating / overall: 4 / 5

Seperti yang dikatakan tadi, hasil selepas saya guna product ni memberi kesan yang baik pada kulit muka terutamanya isu jerawat ketara.This product sesuai untuk semua jenis kulit muka. Sebenarnya Dermafal Placenta Serum Complex bukan sahaja untuk kulit muka, malah kulit badan juga. Paling sesuai guna selepas mandi.

selepas seminggu, jerawat makin hilang. yang tinggal hanya parut yang kurang kelihatan ^_^

wajah lembut selepas dipakai *awkward -.-
Walaupun harganya boleh tahan mahal tapi boleh dapat FREE postage dari HiShop sebab this product melebihi RM50 dan keatas. Sebelum luput pada 31 October 2013, jangan lupa rebate RM20 voucher code, AUGBOX untuk pembelian minimum RM99 dan keatas. Jadi, kalau nak beli produk ni, jangan lupa letak kod ni k, peluang tu =)

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 16, 2013

Jelly Pong Pong Lip Cushion Lip Balm Review

Hi everyone,


Bibir kering dan merekah merupakan masalah utama saya sejak kecil lagi. Bila bila masa saja bibir merekah muncul. Kadangkala boleh menyebabkan kurang keyakinan diri hanya disebabkan bibir. Yela setiap kali nak keluar rumah, mesti pergi cari cermin tengok bibir. Paling teruk pun kawan sedar ternampak bibir kita merekah walau pakai dengan lipstik sekalipun. Luckily Hishop brought me to introduce satu lip balm kini sesuai untuk saya =)


Name: Jelly Pong Pong Lip Cushion Lip Balm (Cerise)
Price: RM39.00
Where to get: http://www.hishop.my/jelly-pong-pong/jelly-pong-pong-lip-cushion-cerise

Packaging:
Diperbuat dari kotak biasa, kecil tapi comel =p

tertarik pada hiasan rama rama di bahagian atas kotak



made with plastic-like to secure and balang yang diperbuat dari kaca plastik.


Formula:


Strawberry red and made with evening primrose oil, beeswax & aloe vera untuk menyembuhkan bibir yang merekah dan meningkatkan kelembutan pada bibir.


Biasanya saya guna lip balm pada waktu malam sebab dah penat bekerja seharian jadi masa tu bibir nampak kering lagi kusam. Part kusam nilah paling ketara sebelum guna. Lepas guna lip balm ni, ada sedikit perubahan iaitu kelembapan pada bibir. And bonus with shine lips & kembali segar ^_^

Like:
  1. sangat menjimatkan! tak perlu sapu banyak. Bibir kekal bersinar walaupun dengan kuantiti yang sedikit ^_^
  2. Mampu melitupi bibir yang merekah ke bibir yang normal lagi bersinar.Ini lagi bertambah confident.
  3. mengekalkan kelembapan bibir yang kering.

Dislike:
  1. tidak mudah dibawa ke mana mana kerana balang kecil mungkin mudah retak atau pecah apabila jatuh.

Rating / Overall: 4.5 / 5
Bibir yang merekah sememangnya tidak menyenangkan bila dipandang orang ramai. This product juga sangat membantu bibir saya yang merekah kembali normal lagi sihat =) Saya suka bau strawberi merah dan warnanya tidaklah terlalu merah. Just transparent like macam warna lip balm yang lain. Harga sangatlah berpatutan sebab walaupun nampak kecil tapi sebenarnya isi begitu banyak dan amat menjimatkan bila diguna.

walau gambar secara zoom-out, kesinaran pada bibir masih kelihatan =)


with lip balm, no eyeliner. Yes, too far to be ulzzang. Tak mintak di kame hame ha -,-


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


P/S: Khas untuk pembaca blog Inspire Bunny. Exclusive rebate RM20 untuk pembelian minimum RM99 dan keatas. Voucher code: AUGBOX Ditutup pada 31 October 2013.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 9, 2013

Mediheal Overlab Yellow Pumpkin Real Powder Mask Review

Hello lovelies,

Hari ni saya nak review mask made in Korea dari HiShop. And yes, sebut Korea dah feel kpop in my mind. Oh, sengal XD


Name: Mediheal Overlab Yellow Pumpkin Real Powder Mask
Price: RM9.90 (1 Sheet/25ml)
Where to get: http://www.hishop.my/skin-care/mask/overlab-yellow-pumpkin-real-powder-mask-1-sheet-25ml

Packaging:

semuanya dalam bahasa Korea. Nasib baik ada English translate. Kalo tak, minta tolong kat orang pandai mcm Youngjae pun belum tentu lagi aku paham XD

Ianya besar, yellow like pumpkin and plastic-like material.


Part yang paling menarik adalah bahan mask dipisahkan kepada mask kering dan liquid (the ingredients). Sesuai pada gambar packaging tersebut, I mean the ingredients mengalir ke mask. Actually first time dapat mask dengan rekaan yang begitu kelainan dan berbeza dari packaging mask lain =D

Formula & How To Use:

Moisture Care (Penjagaan Kelembapan)

Autumn squash powder memberi manfaat kepada kelembapan kulit dan memberikan kesegaran serta kecekapan bahan bahan bersama dry mask.

gunting packaging antara mask dan liquid


kemudian celupkan mask dan biarkan selama 5 - 10 minit.
Pastikan mask menyerap sepenuhnya. lepas tu barulah pakai dan biarkan selama 15 - 20 minit. Relaks.......

keep calm and sorry for being cute XD
Lepas tanggalkan mask, selagi liquid masih terlekat pada muka, jangan lupa urutkan dan biarkan meresap pada kulit muka.

mask lepas guna. Ada sedikit kotoran masih terlekat pada mask.


Like:
  1. packaging yang menarik dan kelainan. 
  2. membuatkan kulit muka yang letih kembali segar dan kelembapan dirasai.
  3. bau sememangnya bau real pumpkin. 

Dislike:
  1. jarang jumpa mask ni kat sekitar Bintulu. Maybe available online =(
  2. kerja menyampurkan mask dan ingredient dan proses penyerapan memakan masa.

Rating / Overall: 4 / 5

Secara am, I've oily skin. Jadi, after shower & cuci muka, belum tentu lagi berwajah segar sepanjang masa. Muka berminyak sentiasa datang.


Selepas guna mask ni, ada sedikit perubahan iaitu menambahkan kesegaran dan kelembapan pada kulit muka. And oil control =) Jika ada peluang, cuba mask ni dari HiShop. Saya harap review ni berguna untuk korang =)

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


P/S: Khas untuk pembaca blog Inspire Bunny. Exclusive rebate RM20 untuk pembelian minimum RM99 dan keatas. Voucher code: AUGBOX Ditutup pada 31 October 2013.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, September 4, 2013

Preview: HiShop August Beauty Box!

Hi lovelies,

Minggu lepas saya ada review First time dan ada apa di dalam HiShop box. Hasil preview inilah akhinya membuahkan hasil. Baru baru ni saya terima email dari HiShop, luckily saya terpilih untuk menerima dan diberi peluang review HiShop August Beauty Box untuk blog ni! ^_^

happiness overload 0_0
 
Packaging:

Beautiful Hishop box pink lagi tebal. Items dibungkus begitu kemas dan rapi agar tak rosak dan secured.

What's in?


1. Overlab Real Powder Mask
Where to get: http://www.hishop.my/2-free-samples/overlab-real-powder-mask-sample
Full review: coming soon

2. Dermafal Placenta Serum Complex with Squalene
Where to get: http://www.hishop.my/index.php?route=product/product&filter_name=dermafal&product_id=2582
Full review: coming soon

3. Jelly Pong Pong Lip Cushion Lip Balm (Cerise)
Where to get: http://www.hishop.my/index.php?route=product/product&filter_name=jelly%20pon&product_id=208
Full review: coming soon

4. Skinmiso Pore Beauty Nose Pack
Where to get: http://www.hishop.my/2-free-samples/skinmiso-pore-beauty-nose-pack-sample
Full review: coming soon

5. Discount vouchers
Where to get: buy any product(s) from HiShop ^_^
Full review:  -

 
Like:
  1. This was my first time got free beauty box for review. Totally worth RM100 +++
  2. sampai dengan selamat. tiada apa yang rosak. barang kaca langsung tak retak. Luckily thanks to bubble warp XD
Dislike:


I really love Hishop box. But sadly bila dah sampai ada kesan sedikit koyak dan terlipat.


Rating / overall: 4 / 5

Sememangnya tak sabar nak cuba semua products dalam August beauty box.  Feedback mereka begitu pantas dan mesra pelanggan.

Rezeki datang lagi! Bertambah excited menang terpilih Photo of The Week from Hishop. have a great day! *joget dengan Matoki XD

how I feel.....
Dah menang, dapat tawaran boleh beli lagi. Maka boleh berpeluang lagi nak jadi beauty blogger. Mana tahu kan? ^_^ I feel like still new to be a beauty blogger. My wish since first time buat blog. Need to improve more.

Satu lagi, jangan lupa....

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


P/S: Khas untuk pembaca blog Inspire Bunny. Exclusive rebate RM20 untuk pembelian minimum RM99 dan keatas. Voucher code: AUGBOX Ditutup pada 31 October 2013.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 2, 2013

Benda Disukai Bagi Pencinta Cute stuffs dan Selca!

Assalamualaikum dan hi lovelies,

Sebelum ni saya pernah announce teaser new item kat facebook dan instagram. Dan sebelum ni juga punyalah perah otak nak design cover macam mana. Hampir 2-3 design pilihan kot dah buat. Sampai bangun pagi pun masih fikir pasal benda ni. Tak pasal pasal sendiri yang susah =_= Nevermind. Keputusannya, ok. aku nak pilih ni! 

I'm so happy that I gained more than 300 likes this pic on instagram. Thank you dearies ^_^

Hari ni saya nak reveal satu item baru buatan tangan sendiri dan sudah tentu hasil rekaan kreatif sendiri, no printed! XD

Tadah!

actually bukanlah box sangat tapi material dari paper high quality =)

Colorful position inspired by Instagram logo XD

Yes! dalam tu ada pin. Ni contoh salah satu dari set ni. dalam satu set ada 5pcs with random design & color

how to wear ideas especially hijab ^_^
Details:
Product Name: MR. Random set
Product code: MR.xoxo
what's in these set box:
  1. 5pcs hijab pins with different design & color (random)
  2. Free kawaii stickers
  3. 3pcs Free kawaii memo stick
  4. Discount voucher
  5. Free shipping voucher
Size: 21cm (width) x 12.5 +/- (height)
Price: RM10 per set box
*include postage for pos biasa or
*add RM8 if for pos laju
Order: http://bunnyinspired.blogspot.com/2012/03/order-form.html

Did you know, walaupun design nampak simple tapi unik bukan sahaja pin kita pakai, malah packaging dia sekali pun boleh digunakan sebagai hiasan atau props bagi mereka yang suka bergambar dan upload di laman sosial seperti facebook, tumblr dan instagram! =D

Buy, Selca and Happy mustache ^_^


This prop, MR. with me no makeup 0_0 also no plastic surgery XD

easy to be creative =p



ok, cukup! =_=

For more info and order,
Blog: http://bunnyinspired.blogspot.com
Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/bunnyinspired
facebook acc. : https://www.facebook.com/BunnyInspire

P/S: For payment, i accept Cimb, Maybank and wang pos.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html