For You ^_^

Thursday, November 28, 2013

Koleksi Comel, Bun Bun (1.0) dan dapat FREE

Salam and hi pencinta kawaii,

Koleksi Bun Bun dari Bunny Inspired officially lunched! Untuk koleksi Bun Bun ni bukan sahaja menyediakan ribbon brooch, malah apa sahaja cute stuffs atau lebih tepat, random. Seperti dalam terms kami, ianya sangat TERHAD jadi sekali dibeli, takkan restock lagi! kejam kan...kakakah XD.....

Gambar editing untuk koleksi Bun Bun 1.0 ni ala ala cafe dan ianya juga sesuai dipakai or surprise gift untuk tersayang or as accessories pada beg,etc... especially untuk ke cafe. Kat tempat lain pon boleh. Asalkan sesuai =p Memandangkan hari cuti Natal tak lama lagi ~keke...Paling best siap ada FREE untuk setiap pembelian. Dan lebih double free untuk special items punya!

buy any regular items and get FREE mustache packaging ^_^


buy any special items and get FREE mustache packaging + FREE gift(limited edition!) ^_^


All prices tidak termasuk postage. Please add:

1 - 3pcs: add RM1 for Pos biasa or add RM9 for Pos Laju
4pcs and above: add RM9 (pos laju)

Untuk tempahan, sila isi order form atau PM fb fanpage Bunny Inspired. Untuk payment, we accept Cimb Bank, Maybank dan wang pos. T&C apply.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, November 25, 2013

Clinelle Oil Free Smoothing Compact SPF18 Review

Hi lovelies!
Mood di hati masih nak review something beautiful new product untuk di kongsi di blog. Today's review is Clinelle Oil Free Smoothing Compact SPF18. This is one of my first purchased from Hishop.my. So, this is  my first time use this product. Happy mode activated >.<


Name: Clinelle Oil Free Smoothing Compact SPF18 (12g) - Natural
Price: RM19.90
Where to get: http://www.hishop.my/clinelle-oil-free-smoothing-compact-spf18-12g-natural

Packaging:


Packaging service yang begitu rapi never disappointed me! Luckily tiada yang pecah, rosak dan selamat sampai walaupun lewat. It's okay. Bak pepatah, biar lambat, asal selamat ~keke XD

Simple blue white box yang sesuai dan saiz sederhana.  Oil free smoothing makes me become more comfortable because I've oily face type so sesuai dengan ni.

putih bulat dan kecil molek comel. Bentuknya sama biasa seperti bentuk compact powder yang lain.

Material & Formula:

Dirumuskan dan dibuat dari Italy. Dengan double-duty compact powder membantu melindungi kulit dari pencemaran alam melalui antioksidan. Sesuai untuk semua jenis kulit muka. Jadi kulit muka sentiasa dijaga dan kesegaran sepanjang masa serta kulit muka menjadi halus dan lembut. Lebih selesa dengan muka natural. So I choose natural shade. This compact powder mengandungi SPF18, actually i really love SPF sebab bila keluar dari rumah maka hilang rasa takut apabila kulit muka terkena pada cahaya matahari. Say goodbye to sunburn ~keke

Likes:
  1. kulit muka jadi nampak natural dan sihat sepanjang masa sekaligus sesuai untuk aktiviti biasa / seharian. 
  2. bertambah yakin selain natural kerana compact powder ni boleh menutupi benda yang kurang menyenangkan seperti bekas jerawat.
  3. harga murah dan berpatutan boleh dapatkan di HiShop ^_^

Dislikes:
  1. natural shade but warna powder ni agak sedikit gelap. 
  2. bau powder agak kurang menyenangkan / kurang selesa.

Overall / Rating: 4 / 5



walaupun saya pilih natural shade, but lepas tengok gambar ni I feel like so dolly XD apepun saya berpuas hati lepas pakai compact powder ni dan hasilnya tidaklah terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Ala sederhana pun sudah cukup memuaskan. Tambahan pula ianya selamat diguna dan dipakai kemana saja kerana mengandungi SPF18. Jadi bertambah keyakinan diri dan selesa untuk apa saja aktiviti seharian.


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe



Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, November 21, 2013

Review: Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup

Salam and hi all,

Sebelum ni saya ada review satu produk Pixy step 1 makeup remover ala lotion punya. Hari ni nak review step 2 ala foam iaitu Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup.


Name: Pixy Single Step Liquid Foam for Makeup
Price:   RM13.90(100ml) / RM7.90(50ml)
Where to get: boleh dapatkan di kedai runcit, farmasi dan hypermarket.

Packaging:

Pink pastel, botol dia ala slim punya XD licin tapi tebal dan isinya padat. Produk ni terbahagi kepada dua iaitu saiz besar dan saiz kecil (travel) jadi makeup remover ni boleh dibawa ke mana saja. Kandungan tetap sama cuma saiz saja berbeza =) 


Material / Formula:

Kadangkala muka kita jadi kasar lepas remove makeup. Tapi dengan adanya madu asli adalah ramuan utama lagi penting produk ini untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kulit jadi lembut. Juga tidak mengeringkan kulit walaupun digunakan berulang kali kerana tanpa alkohol dan bebas minyak. Jadi, ianya selamat guna untuk semua jenis kulit muka =)


Kali ni nak uji 5 jenis makeup yang berlainan. Secara am, dalam banyak banyak makeup, eyeliner ni lah paling sukar ditanggal. Paling benci bila sisa sisa degil mesih terlekat ~.~


Caranya seperti kita cuci muka. pada mulanya, ianya cair seperti air. Bila digosok maka bertukar jadi foam / buih. After that, bilas dengan air sampai bersih. Hasilnya seperti dibawah. Ya, dua kali cuci ni only because of bekas eyeliner...tsk..tsk...

abaikan perubahan warna gambar disebabkan lighting kamera -.-


Like:
  1. isi yang padat disertakan harganya murah dan berpatutan.
  2. Pixy makeup remover ni tidak berminyak sekaligus kembali menyegarkan kulit muka dan selesa!
  3. kulit tidak mudah kering kerana Pixy makeup remover ni tanpa alkohol walaupun guna banyak kali.

Dislike:
  1. takdelah banyak keburukan guna produk ni cuma kalau nak rajin cuci muka, cubalah guna produk ni =p

Overall / Rating: 4 / 5
Lepas saya guna produk ni, saya rasa kulit muka saya kembali segar, lembut dan menjadi lebih selesa sebaik saja makeup ditanggalkan.Cuma sisa degil seperti eyeliner sukar ditanggalkan. Tapi lebih memuaskan dan baunya wangi. Makeup remover ni tidaklah terlalu berbuih sangat jadi makeup mudah di remove. Tambahan pula ianya mudah dibawa ke mana saja.


GOOD NEWS TO ALL MY LOVELY READERS! ^_^

Hadiah bernilai RM10,000 menanti korang! Pixy mengadakan satu peraduan iaitu Pixy One-Step Dance contest. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira sama ada anda seorang penari profesional, hanya menari di rumah atau teruja dengan idea menari, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat itu dan diberi ganjaran menerusi Peraduan PIXY One-Step Dance. Easy rite ^_^
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ni, sila ke https://www.facebook.com/PixyMalaysia/app_745158385499887

Here's awesome video dari Pixy untuk korang ~keke



Website: http://pixy.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/PixyMalaysia
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, November 18, 2013

Review: 7 days Acne Trial with KiwiAC Plus

Salam and hi beauties,

Tidak dinafikan, sememangnya sudah menjadi kurang senang bila kita mengalami masalah jerawat. Terutamanya di bahagian muka. Keyakinan dah kurang! Apatah lagi kulit muka saya yang berminyak mudah ditumbuhi jerawat ~tsk...tsk...

What I Received?
Setiap masalah, ada jalan penyelesaian. Begitu juga dengan masalah jerawat. Hari ni saya nak introduce satu produk minuman kesihatan dan kecantikan iaitu KiwiAC plus. Dan produk inilah juga membantu mengurangkan masalah jerawat.

mak ai cute benar packaging ni ~kawaii >.<
KiwiAC Plus give me trial pack of 10 sachets sekaligus untuk 7 hari. Bila sebut KiwiAC Plus, teringat dengan buah kiwi. Nampaknya sudah tentu ianya diperbuat dari buah kiwi juga.


Name: KiwiAC Plus
Price:   RM160.00
Where to get: http://kiwiacplus.com/shop

Packaging?


plastic-aluminum like packaging. warna silver dan ianya waterproof! walaupun kecil panjang tapi isinya padat.

Material and How to Use?
untuk pengetahuan, produk ni lebih mengutamakan ramuan buah buahan! Ianya mengandungi 170% vitamin C disertakan pomegranate (egen anti oxidan terbaik), acerola (best brightening), bromelain(best soothing & anti inflammatory agent) dan red beet (penghadaman). Jadi sudah tentu bukan sahaja untuk mengurangkan masalah jerawat, malah terdapat banyak lagi kelebihan dan kesan yang baik pada KiwiAC Plus untuk kita kerana kebanyakannya diperbuat dari bahan semulajadi! =D

cara penyediaan
hari pertama - ketiga: ambil 2 sachets selepas sarapan.
hari keempat - ketujuh: ambil 1 sachets selepas sarapan.
atau boleh rujuk dibawah untuk lebih keberkesanan:


sebenarnya saya ni bukanlah pandai sangat makan buah buahan dan sayur sayuran atau senang nak cakap, pemakan daging lol XD tapi demi kebaikan kesihatan dan kecantikan, saya cuba. Kecantikan tak semuanya mudah. Bak pepatah, beauty is pain. Jadi, sesiapa yang suka makan buah dan try produk ni, pasti rasanya sedap! ^_^

Benefits?
Sebenarnya banyak benefits selepas muncuba KiwiAC Plus. Antaranya:
  1. pertumbuhan jerawat / kemerahan / bekas jerawat pada muka dan tubuh badan.
  2. bintik hitam dan putih.
  3. masalah kulit kering(wrinkles)
  4. kulit kusam



Result!
 rating: 3.5 / 5
Pic kat bawah ni adalah tanpa makeup dan bukan edit! jerawat serius di bawah dagu kat pic day 1 nampak ketara tapi pic kat day 7, jerawat dah berunsur pulih. Yang tinggal hanyalah bekas jerawat kat hidung.

sorry for different skin tone because of camera lighting =.=
In my opinion and based on my experience after trying KiwiAC Plus, sebenarnya KiwiAC Plus ni bukan sahaja mambantu mengurangkan masalah kulit muka dan badan, malah KiwiAC Plus juga membantu dalam masalah penghadaman. Kalau nak sihat yang pastinya buah buahan dan sayur sayuran diutamakan. Cuma kalau tak pandai makan buah buahan apatah lagi sayur sayuran juga jadi masalah. Dah macam budak budak pulak -.- Tapi hanya minum KiwiAC Plus pun dah cukup rasa macam kita makan banyak buah buahan, sangat berbaloi! Secara keseluruhan, kesihatan dan kecantikan terjaga. Harga sememangnya berpatutan! Lupa nak cakap. KiwiAC Plus sesuai diminum untuk semua jenis kulit muka.


Website: http://kiwiacplus.com
Facebook : https://www.facebook.com/kiwiacplus



Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Thursday, November 14, 2013

OOTD Zalora: Red Courage and Magic(silap mata)

Salam and hi all,

Minggu lepas adalah minggu yang bersejarah dimana FIKON 2013 (Final Konsert 2013) diadakan di Bintulu dan abang saya salah seorang yang join konsert ni. Da Great Magickstarz adalah duo group magician iaitu abang saya dan kawannya, Shafeeque. *skema punya ayat! Dipendekkan cerita, Da Great Magickstarz terpilih Top 5 dalam Bintulu Got Talent. FIKON 2013 dianjurkan selama 2 hari jadi mereka kena melakukan 2 persembahan berlainan. Ianya persaingan yang amat sengit dan sangatlah mencabar.

As family memanglah attend konsert ni. Untuk persembahan magic yang pertama berkonsepkan seram, warna hitam dan ala Chucky for kids. Jadi mengenakan outfit yang sesuai dan ianya mungkin boleh dibawa markah dari juri! Itu tips penting ^_~



Minggu lepas, saya terima satu parcel dari Zalora. Punyalah cepat sampai dan service terbaik. Saya lebih berpuas hati dengan quality baik yang tidak mengecewakan.


OOTD Zalora:
Shawl: Asian Ethnic
Cardigan: Ethnic Chic
Maxi Skirt: Ethnic Chic
Wallet: Unisa


Konsep tersebut adalah dirancang secara terbuka untuk penyokong dan peminat. Masa hadir konsert, tak sangka ramai jugak yang pakai baju hitam lol XD.... Untuk pengetahuan, persembahan magic mereka is not about sihir, blackmagic mahupun bantuan jin. MC awal awal lagi dah notify nama pun "silap mata". Setiap magic ada cara tersendiri.


Disitulah juga dapat belajar macam mana buat heavy makeup untuk diorang. Ianya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan makeup ni untuk tampak lebih scary Chucky fun. Begitu lah rasanya bagaimana makeup artis bersusah payah untuk menghasilkan teknik makeup pelakon berwatakan seram.Thanks to kakak ipar.


Hari kedua adalah penentuan. Hari tu jugaklah berkonsepkan formal dan ala kpop. Here's kenangan hari pertama >.<

red black edited XD


bersama penganjur FIKON 2013, Tuah Jili. Seriously walaupun tegas tapi hebat!

Hampir sebulan rehearsal dan bertungkus lumus menghasilkan persembahan terbaik akhirnya membuahkan hasil apabila Da Great Magickstarz dinobatkan sebagai juara Bintulu Got Talent dalam FIKON 2013! Hasil yang tak sia sia bermakeup dan bercostume membawa pengaruh ramai yang hadir konsert ni XD Congrats and terima kasih tak terhingga kepada semua penonton, penyokong dan peminat setia Da Great Magickstarz. Korang memang terbaik dan.....sporting XD


Apa yang penting, niat ikhlas dan saingan yang sihat. Disebabkan anjuran konsert lah dapat kawan baru dan pengalaman baru. Abang pernah pesan, bersainglah dalam pertandingan, bukan kehidupan. Faham tak konsep dia?

kenangan semua peserta FIKON 2013


Keesokan harinya dan hari seterusnya.......

can you see something typo? hahaha abaikan -.-
also featured especially on Borneo Post and chinese news. 
Sejak hari tu, ramai yang tak putus putus cerita pasal diorang. Yela setakat ni belum ada kat Sarawak buat persembahan magic yang terbaik sebegini terus memberi kelainan yang impak lagi memukau semua penonton. And I'm proud to my bro....wakakaka tumpang femes jap XD



P/S: terdapat part lagak ngeri dalam video ni jadi saya sarankan jangan tiru aksi ni samaada di rumah mahupun diluar rumah.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, November 11, 2013

Pixy Makeup Remover, Gentle & Moist Cleansing Lotion Review

Salam and hi beauties,

sudah menjadi rutin harian wanita bersolek untuk tampak lebih cantik dan kemas. Apatah lagi bersolek sepanjang masa. Maka sudah tentu makeup remover jadi benda penting lepas bersolek. Ianya menjadi kesan  buruk jika tidak cuci solekan. Kadangkala muka jadi nampak lesu walau cuci solekan kerana aktiviti dan solekan sepanjang masa. Jadi saya nak intro satu makeup remover yang mudah dan segar iaitu Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion.



Name: Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion
Price:   RM13.90(100ml) / RM7.90(50ml)
Where to get: boleh dapatkan di kedai runcit, farmasi dan hypermarket.

Packaging:

plastic like material yang keras, quality baik dan tidak mudah bocor. Tema merah jambu lebih kewanitaan.
in additional, Pixy bagi saya gift cotton stuffs yang kemas


Material / Formula:

Diperbuat dari madu asli untuk mengekalkan kelembapan kulit. Juga bebas alkohol jadi mampu membersihkan kulit dari solekan tanpa meninggalkan kesan kering dan sisa alkohol kosmetik. 100% berasaskan seperti air dan tidak berminyak. Pemakaian yang begitu mudah. Sesuai dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit muka.

Caranya mudah saja. Hanya tuangkan saja pada kapas dan lapkan ke seluruh muka. Tak perlu bilas dengan air! =D

hasil yang memuaskan. semuanya sudah tertanggal termasuk sisa sisa degil terutamanya eyeliner.

dengan jelasnya korang boleh nampak hasil perbezaan lepas buang makeup


Like:
  1. easy to use. Tak perlu cuci muka dengan air. this product ni dah cukup dan tidak membimbangkan.
  2. tidak meninggalkan kesan minyak. Bertambah selesa bila dipakai.
  3. amat menjimatkan serta harga yang murah dan berpatutan ^_^

Dislike:
  1. this product tak pernah mengecewakan dan menyebabkan saya sendiri tidak mampu mencari kelemahan product ni sebab terlalu awesome >.<

Ratings / Overall: 4.8 / 5

Baca rating dah tau tinggi kan =p sememangnya saya sangat berpuas hati guna Pixy Gentle & Moist Cleansing Lotion. Ianya begitu ringan dan mudah digunakan. Nak pakai pun senang dan pantas! Jadi kepada sesiapa yang nak makeup remover yang mudah diguna, tidak berminyak, bebas alkohol dan inginkan kembali kesegaran, saya lebih suggest cuba produk ni. Pixy juga menyediakan satu botol saiz versi travel (50ml) punya juga sesuai boleh dibawa ke mana mana. Maka keyakinan semakin bertambah untuk aktiviti luar ^_^



GOOD NEWS TO ALL MY LOVELY READERS! ^_^

Hadiah bernilai RM10,000 menanti korang! Pixy mengadakan satu peraduan iaitu Pixy One-Step Dance contest. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira sama ada anda seorang penari profesional, hanya menari di rumah atau teruja dengan idea menari, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat itu dan diberi ganjaran menerusi Peraduan PIXY One-Step Dance. Easy rite ^_^
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ni, sila ke https://www.facebook.com/PixyMalaysia/app_745158385499887

Here's awesome video dari Pixy untuk korang ~keke



Website: http://pixy.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/PixyMalaysia
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, November 4, 2013

Farmasi Anti-Bacterial Wet Wipes Review

Salam all,
Bila mood nak makan tak kira lapar atau kenyang, kebersihanlah paling penting. Tak kira suasana keliling ramai orang atau sorang sorang, paling pantang bila makanan terlekat di celah mulut & pipi dan tangan melekat dan kotor! Tambahan lagi di luar rumah. Kadangkala tak cukup sehelai tisu. Terlampau bersih di ngata =_=
yela dok syok makan dan bila nak cuci tangan, takda air di tengah jalan, fuuuuuuuu =_="


Finally ada penyelesaian. Setelah membeli kini terus menjadi benda wajib sumbat dalam beg XD


Name: Farmasi Anti-Bacterial Wet Wipes
Price: RM3.90 (12 pcs)
Where to get: http://www.hishop.my/anti-bacterial-wet-wipes-12-sheets-117323

Material: Tea Tree Oil & Aloe Vera yang membantu menghidrat dan mampu membantu dalam bab pembersihan. Also Triclosan FREE.



Packaging:
Red and it's waterproof as usual for wet wipes.

Like:
  • saiz yang sesuai dan mudah dibawa kemana mana.
  • baunya sedap XD
  • harga begitu murah.

Dislike:
  • quantity agak sikit kot. Kadangkala terpaksa jimat kalau kerap guna.
  • hard to get in Bintulu >.<

selca dalam perjalanan tak dilupakan XD
Overall: 4 / 5

Short conclusion: 
these makes my feels become more confident selain penampilan malah kebersihan terjaga sepanjang masa. Maka tidak jadi masalah bila berpeluh dan makan.Terutamanya makan guna tangan ~keke...This product juga sangat sesuai untuk travel. Ringan dan mudah dibawa ^_^
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html