For You ^_^

Monday, September 29, 2014

[NEW] instagram clutch?

Salam and hello everyone,

Hari Raya Haji tak lama lagi! >.< sudah jadi keutamaan nak buat something special untuk Bunny Inspired. Alang2 nak buat items yang besar sikit. Tetiba muncul idea nak buat inspiration from ig camera....hehehe...yang pasti ianya handmade dan vintage. Raya haji ni nak pakai simple2 dah cukup baik. Korang boleh tengok my simple retro outfit kat bawah ni. Skali ngan my new item, Ig Clutch.




ig clutch 1
Color: seperti gambar diatas
Material: soft felt
Size: 23w x 12h (+/-)
Price: RM20
*include postage within Malaysia




ig clutch 2
Color: seperti gambar diatas
Material: soft felt
Size: 23w x 12h (+/-)
Price: RM20
*include postage within Malaysia

Apa yang best, harganya cukup murah serta termasuk postage. Untuk pengetahuan korang, kedua dua clutch ni limited pieces tau! so siapa cepat, dia dapat. Maybe I'll never restock clutch ni. Jika berminat nak beli, boleh mesej mana2 kat bawah ni:

website: bybunnyinspired.blogspot.com/2013/09/order-form.html (reply via email)
Facebook fanpage: https://www.facebook.com/bunnyinspired
Facebook acc.: https://www.facebook.com/inspirasi.fai
(new) Wechat id: inspirebunny

P/S: T and C apply. I only accept payment Cimb bank, Maybank and wang pos.
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Sunday, September 21, 2014

Review: Beauty Talk OxySolution Mousse

Salam and hello beauties,



Name:Beauty Talk OxySolution Mousse 110ml
Price: RM105.00 RM94.50
Where to get: http://www.hishop.my/beauty-talk-oxysolution-mousse-110ml

Packaging:

aqua blue and white pack completed with mousse =)

plastic bottle so kalau jatuh pun tak pecah and tak rugi pada masa yang sama..hehe



SUITABLE

  • Suitable for all skin type, especially for sensitive and dry skin.
  • Recommended for combination skin with oil unbalancing, acnes, whitehead and blackhead.



How To Use?

1. Removed Non-Waterproof makeup
Apply desired amount of Oxysolution Mousse to cotton pad and removed the makeup, repeat this application until impurities is entirely removed (cotton pad is totally clean without any impurities shown). Rinsing with water is required.

2. Remove Dead or Unhealthy Skin
Apply appropriate amount Oxysolution Mousse to cotton pad and gently wipe the entire skin surface to remove the dead or unhealthy skin. Rinsing with water is optional.

3. Double Cleansing Effect
For heavy makeup user may use Oxysolution Mousse as a second cleanser to clean up the impurities, it may used to prevent breakouts, blackheads, clogged pores and keep the skin hydrated.


Likes:
  1. sesuai untuk semua jenis kulit.
  2. serbaguna. Produk ni bukan sahaja bertindak sebagai remove makeup, malah boleh dijadikan sebagai cleanser. Means if korang tak de cleanser atau cleanser dah habis, korang boleh pakai produk ni =) 
  3. your skin becomes more shine. Korang akan nampak kulit berkilat lepas guna ni. (rujuk gambar before after)
  4. kulit tidak mudah kering selepas guna. Biasanya kulit kita jadi kering lepas pakai makeup remover. Berbeza pada mousse ni. Lepas pakai, kulit jadi lebih kelembapan (moisturize) dan bersih. 


Dislikes:
  1. buih cepat hilang. 
  2. mungkin kurang sesuai untuk makeup kalis air. I mean, tak sampai 100% bersih untuk buang makeup kalis air.



Rating / Overall: 4 / 5

Pertama sekali, saya tak perlu risau jika produk ni terjatuh or apa2 sebab botol tersebut adalah daripada plastik =) Walaupun mousse ni untuk non-waterproof makeup, masa try mousse ni dengan muka mekap kalis air(waterproof), wajah saya still nampak bersih lepas dicuci! Lebih lebih lagi kulit tidak mudah kering bila pakai mousse ni sebab biasanya makeup remover mudah buat kulit kita jadi kering. Paling best, bila nak apply terus keluar buih..sambil cuci, sambil main buih..hehehe...Selain mousse ni untuk makeup remover, mousse ni juga bertindak sebagai cleanser. Saya dah try cuci muka dengan mousse ni lepas bangun pagi. Hasilnya wajah saya jadi lebih segar dan bersih. Kulit berminyak pun dikawal. Sama macam cleanser saya sebelum ni tapi kali ni pakai mousse! =D Sekarang ni pencuci muka pun dah canggih...hahaha... Harga pun cukup berpatutan. Kalau nak lagi save budget, saya bagi 15% OFF coupon code sesuai untuk semua items di Hishop.my termasuk produk ni. Jadi jangan lupa masukkan kod ni sebelum checkout: FAHIMA


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 15, 2014

My latest Hishop Haul

Salam and Hello beauties,


Tadaaaaa!!! My first reaction for you...hahaha...keep calm dear. Dah lama tak shopping barang online. Sampai sekarang still nak shopping beauty stuffs kat trust online shop, Hishop.my.  Rasanya dah macam 28475067 kali shopping kat sana XD Tak nak cerita panjang panjang.  Here's my latest shopping haul di Hishop.my .


  1. Cerro Qreen Cosmetic Make-Up Brush Set (RM36.90 RM29.52) - buy here
  2. Bloop 15 Colors Palette Mini Eyeshadow - 03 (RM89.00) - buy here
  3. Dentiste Oral Rinse 50ml (Sample) - sold out
  4. SimplySiti Dermagic Starter Kit (Sample) - get FREE here
  5. Mircoz Premium Multi-Care Facial Cotton (REPURCHASED - RM15.00) - buy here
  6. b.liv Absolute Matte - Japan Silk Mask (7pcs) (RM49.90) - buy here



Packaging: 4.8 / 5
For me, their packaging sangat rapi, kemas dan safety. Kualiti servis yang sangat bagus. Sebelum ni saya dah banyak kali cakap benda yang sama camni pada my previous Hishop haul. So maknanya kualiti mereka masih kekal ke arah yang lebih baik =)


Customer Services: 4.9 / 5
Bukan sahaja packaging, malah Hishop.my punya servis sangat menyerlah. Paling suka Hishop.my ni fast reply. Kalau ada apa2 feedback atau masalah order memang cepat diorang reply. Tambahan pula, setiap kali pembelian di Hishop.my, korang boleh pilih 2 free gift + 1 free gift khas (while stock last + terms and condition apply).  Ada lagi! voucher code juga disediakan untuk next purchase. Kira dah terlebih offer ni =p


Ratings/Overall: 4.8 / 5



Saya akan review setiap produk but maybe tak semua produk k, since I'm busy with my real life tambah lagi musim hujung tahun. Dah dah jangan nangis XD Kalau korang nak tau Hishop.my sebenarnya dah bagi 15% rebate coupon code khas untuk korang yang sudi singgah blog saya dan paling best, kod tu direka khas guna nama saya! So, if korang nak beli mana mana barang kat Hishop.my, sebelum klik checkout, here's my coupon code: FAHIMA


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Wednesday, September 10, 2014

Life without internet, Real Selfie be like.....

Salam and hello everyone,

Sad news in my life. sad sad sad sangat. Chill lah. At least bersyukur dengan apa yang ada. Masih hidup. My WiFi and lappy got problems serentak lebih seminggu. Tak hairanlah jarang update blog. Paling risau bila my lappy terpaksa reformat balik TANPA save semua dokument2 tak kira penting or tak. Semua gambar2 yang diedit jadi sia sia. Luckily masih ada banyak gambar masih simpan dalam my phone. I can say yes gambar gambar itu penting sebab kebanyakkan gambar untuk saya promote dalam blog atas dari pihak sponsor. Kalau gambar untuk jadi hot kat fb tu lain cerita.


Real selfie be like these..... I can imagine that white teddy bear is my wifi and lappy. I feel it XD



Dalam masa satu hari tanpa internet, saya masih boleh hidup tanpa internet. Masalahnya, saya ada online shop dan pihak sponsor. Sememangnya agak sukar nak bayangkan bagaimana nak uruskan customer2 online dan pihak sponsor saya tanpa internet. Lebih2 lagi tak sempat bagi contact no. call dan sms. Kang tak pasal2 dituduh menipu dalam online, rite internet?
Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



Monday, September 1, 2014

New Hijab Tutorial: Wide Shawl 3 Lines by InspireBunny

Salam and hello beauties,


Masa buat teaser untuk Fanfan Ribbon Brooch, some of my readers suka dan request my hijab style ala 3 tingkat. Why 3 lines? sebab aku tak tau nak letak apa nama hijab bertingkat tingkat. Masa tu first time jugak try hijab ala 3 tingkat atau lebih senang nak panggil 3 lines (3 garisan). Pada mulanya hijab ni agak sedikit messy but need more to adjust untuk kelihatan lebih baik. Jadi, nak try buat sekali lagi untuk tutorial.


  1. sediakan anak tudung, wide shawl (cotton vincose) dan brooch.
  2. lepas pakai anak tudung, lipat sedikit shawl untuk memudahkan bentuk muka. Then letakkan shawl di atas anak tudung, lipat di bahagian tepi kiri dan kanan dan pinkan di bahagian dagu. (macam korang pakai tudung bawal). Shawl sebelah pendek dan sebelah panjang.
  3. Di bahagian panjang, lipas sedikit untuk mendapatkan garisan pertama.Barulah letak bahagian panjang itu ke sebelah atas kiri kepala. Pada masa yang sama, kita dapat garisan pertama. Pastikan belakang shawl itu betul betul labuh supaya kita dapat garisan lebih di bahagian atas kepala.
  4. Lepas itu, untuk garisan kedua dan ketiga, tarik sedikit di belakang shawl itu dan letakkan ke atas kepala(rujuk gambar 3)
  5. pinkan dengan jarum or brooch kecil di bahagian tepi kanan dan kiri shawl. Elakkan pin di bahagian atas kepala sebab ketiga tiga garisan mungkin jadi tidak rata.
  6. untuk bahagian pendek, hiaskan dengan brooch cantik. I wear Fanfan Ribbon Brooch from Bunny Inspired. kemaskan dan SIAP ^_^
Caution:  3 lines tu jangan terlalu kembang sangat sebab silap silap ianya boleh jadi hijab disaster dan messy.

Lepas buat tutorial hijab, tetiba saya rasa nak jual tudung pulak. Siap FREE postage dan FREE gift. Agak agak ada yang nak beli tak? Apa pendapat korang?

Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html