For You ^_^

Friday, April 10, 2015

Klairs Illuminating Supple Blemish Cream Review

Salam and hello beauties,

Musim panas sudah tiba. Saat inilah paling paling paling penting kena jaga muka. Sebab apa? saat macam ni lah paling mudah timbul masalah jerawat, sunburn, muka kemerahan dan lain lain seangkatan dengannya. Begitu juga dengan pemilihan mekap. Setiap kali nak keluar berdepan dengan panas terik, persediaan harus diutamakan. Tapi, kalau jenis nak simple dan cepat, Natta Cosme sudahpun sediakan satu bb cream yang sesuai untuk korang bila berdepan dengan situasi begini.



Name:Klairs Illuminating Supple Blemish Cream SPF40 PA++ 40ml
Price: RM89.00  RM71.20
Where to get: http://www.nattacosme.com/073-Brand/369-Klairs/Klairs-Illuminating-Supple-Blemish-Cream

[Additional Recommended]

Name:CERRO QREEN Natural Emulsion Powder Puff
Price: RM4.90
Where to get: http://www.nattacosme.com/073-Brand/115-cerro-qreen/CERRO-QREEN-Natural-Emulsion-Powder-Puff


Packaging:



Tidak dinafikan, setiap kali nak buka packaging mudah jatuh cinta dengan segala cute stuffs XD Tema vintage cukup sesuai bersama cover product.








How To Use?


  1. pastikan buat skincare routine terlebih dahulu sebelum apply cream ini.
  2. dua tiga titik pun sudah cukup sebab cream ni adalah TEBAL. apply ke kulit muka.





jika dilihat, bb cream ni bukan sekadar bb cream biasa, walaupun bukan dalam golongan skincare product, but this bb cream ni boleh mencerahkan, perlindungan dari matahari dan perlindungan dari kedutan.

Waterproof Tested: APPROVED!




Likes:

  1. harga yang cukup berpatutan seangkatan dengan kualiti dan kuantiti.
  2. waterproof dan mengandungi SPF40 PA++. Itu sudah cukup tinggi.
  3. mudah jimat kerana cara apply dengan quantity yang sedikit tapi sudah cukup tebal.
  4. pada mulanya rasa takut sebab tona warna bb cream cerah tak sama dengan warna kulit saya tapi bila dah cuba, hasilnya sangat RATA.
  5. tiada masalah jika malas apply compact powder atau foundation selepas apply bb cream sebab dah cukup rata dan tebal walaupun dalam quantity yang sedikit.
  6. bau tidak terlalu kuat, jangan risau =)




Dislike:

  1. muka akan mudah nampak cakey (terlebih tebal) sekiranya apply dengan quantity yang banyak.




Rating / Overall:  4.7 / 5

Dalam banyak banyak collection cream saya, Klairs Illuminating Supple Blemish Cream inilah yang paling tinggi SPF baru pernah saya dapat. 40++ like seriously macam whoaaaaa....makin bersemangat nak keluar rumah shopping sana sini walaupun berdepan dengan panas terik. Extra special, this bb cream ni adalah 40ml, serious ni dah kira banyak lebih lebih lagi kena pakai sikit je. So, maybe sampai setahun pun tak habis! Difahamkan, bb cream ni tebal so pakai sikit pun dah cukup rata. No more touch up! Saya ada test my skin with bb cream dan cuci berkali kali pun still melekat. Kecuali bila dicuci dengan remover. Boleh refer gambar atas sebelum ni. Gambar tu no edit filter tau! XD



My face result after applying Klairs Illuminating Supple Blemish Cream with less quantity. Not too white and not too cakey. Just natural as nice.



me and my lil sis at outside. My skin tone light enough. Mekap simple pun dah cukup memuaskan.


So, if korang tengah cari foundation atau cream yang jenis cepat, simple dan jimat lagi sesuai untuk musim panas ni, saya suggest try beli Klairs Illuminating Supple Blemish Cream di Natta Cosme, http://www.nattacosme.com/073-Brand/369-Klairs/Klairs-Illuminating-Supple-Blemish-Cream

Here's extra info special untuk pembaca blog ni, discount coupon code! ^_~




Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



3 comments:

  1. awak pakai apa pon tetap nampak cantik hehehe

    ReplyDelete
  2. wow! waterproof betul! :D tak pernah lagi try Klairs products but I'd love too! TQ for this review! :)
    - ieyra

    ReplyDelete