For You ^_^

Sunday, November 29, 2015

Casual Wear For Ladies


Salam and hello everyone,

Tidak dapat dinafikan bahawa kita sendiri ingin memiliki waktu rehat, off day or hari cuti ketika diri kita masih tampak stylish. Kadang-kadang kita pakai simple pun akan sentiasa nampak sempurna untuk dipakai jadi kita dapat bebas keluar dengan selesa. Selain dari tu, pakaian biasa/kasual membolehkan anda untuk 'mencipta' personaliti tersendiri dengan menggabungkan pelbagai printed stuffs dan accessories bersama. For the ladies who are clueless on how to pull together the perfect casual appearance, should check out these three casual wear for ladies look ideas!




The Basic




Semua orang tahu pakaian asas atau lebih tepat, basic clothing memberikan kita keselesaan dan tampak simple. Contohnya basic tees, basic jumpers dan one peice romper antara outfit sempurna dan lebih kepada kesederhanaan di kalangan wanita. Bagi saya, basic outfit adalah salah satu cara terbaik untuk mengelak diri dari menjadi 'mangsa fesyen' di mata orang lain. Saya lihat kebanyakkan basic clothing style yang saya jumpa di instagram adalah pakaian simple berwarna hitam, putih dan kelabu. Probably monochrome. Sometimes less is better and basic clothes will never make you appear out of style.


Saya mengenakan kemeja putih + seluar jeans denim hitam for my basic outfit bila time nak pergi shopping. Sebagai tambahan, saya padankan basic outfit dengan grid shawl untuk nampak lebih menarik.


Trendy Jeans





Jeans denim adalah salah satu fesyen pakaian 'abadi'. Sejak kecil lagi saya selalu mengenakan jeans denim tanpa mengira di luar rumah mahupun di dalam rumah. Lebih tepat, pakaian seharian. In my opinion, jeans denim biasanya lebih dipadankan dengan kasut sneakers dan flats untuk tampak lebih bergaya jika dibandingkan dengan sandals dan heels. Normally gaya hipster sememangnya kebanyakkan lebih mengenakan jeans denim. Untuk basic pula, anda boleh pakai jeans denim bersama basic tee, nice blouse, smart shirt or even a tank top akan tampak lebih menyerlah dari kepala hingga ke hujung kaki.



Untuk accessories pula, saya recommended untuk try padankan jeans denim warna gelap bersama basic or classic sunglasses. Menarik bukan =)


Ini adalah contoh saya pakai light jeans denim bersama basic sweater putih memandangkan musim sejuk sudah tiba di hujung tahun ^_^


Maxi Dress



Untuk wanita yang inginkan gaya lebih feminin, maxi dresses mudah menjadi pilihan terbaik. Hanya sarungkan sekali dan hangout sahaja setiap hujung minggu sepanjang di bandar. Sama ada memadankan sekali dengan flip flops, flats, sandals for high heels, step out of the house feeling confident the entire day. You can always perk up the maxi dress with a few pieces of jewellery for a complete fashionista look. Kadang-kadang jika memadankan basic plain maxi dress dengan basic cardigan atau denim jacket, ianya akan tampak lebih basic atau lebih kepada ala2 'hipster' jika dipadankan sekali bersama sneakers. Sebenarnya banyak cara lain untuk memadankan apa sahaja pada maxi dress yang bersesuaian.



Apapun, semua yang saya kongsikan untuk entri ni sebagai rujukan atau ilham anda lebih-lebih lagi untuk beginner dalam dunia fesyen. Saya harap agar entri ini boleh membantu anda untuk kekal lebih stylish sepanjang masa. Anda boleh cari ilham untuk outfit anda dengan casual wear for ladies.



Instagram: @inspirebunny
Facebook: Inspirebunny [dot] blogspot
Twitter: @inspirebunny
Ask me/Advertorials: http://inspirebunny.blogspot.com/2011/03/ruang-tamu.html



2 comments: